Sunday, 29 December 2013

Jamboree sepanjang tahun 2013 dalam kenangan......

Berikut merupakan jamboree yang telah disertai sepanjang tahun 2013. Banyak suka dan duka yang dilalui disepanjang tahun ini. Terdapat jamboree yang mantap dari segi persediaan dan pengurusan dan terdapat juga jamboree yang mendapat kritikan daripada peserta disebabkan lemah dari segi pengurusan dan persediaan.



LTDL Hot Ride 2013
27 January 2013
Lokasi : Justice of Palace, Putrajaya
Kayuhan sempena Le Tour De Langkawi 2013....kayuhan "On Road" disekeliling Putrajaya sambil bersantai dan relax.... 

Fearless MTB Jamboree 2013
24 February 2013
Lokasi : Taman Meru Jaya, Ipoh, Perak
Antara jamboree yang terburuk bagi tahun 2013....pengurusan serta persediaan yang lemah oleh pihak penganjur...dikritik hebat oleh peserta...

MH Jamboree Lasak 360 @Kota Warisan
10 March 2013
Lokasi : Kota Warisan, Sepang
Antara jamboree terbaik disepanjang tahun ini....trek yang menarik walaupun terdapat banyak climbing tetapi mencabar...kayuhan di puncak bukit 360 pasti sentiasa diingati...

Tekas Fun Ride 2013
17 March 2013
Lokasi : Taman Rimba Ampang, Selangor
Kayuhan santai "road" bersama pasangan pengantin disekitar Ampang...dianjurkan oleh Team Kayuh Santai Ampang (Tekas)...

Scorpion Army Aviation MTB Race & Jamboree 2013
7 April 2013
Lokasi : Kem Mahkota, Kluang, Johor
Jamboree yang menarik dan meriah seperti tahun sebelumnya....tahun hadapan pasti di tunggu-tunggu....

PKNM Mini Jamboree Ride with TUCC 2013
14 April 2013
Lokasi : MTUC, Air Keroh, Melaka
Mengharungi cabaran di laluan trek Burung Hantu Nite Ride 2012....trek yang menarik serta mencabar mental dan fizikal...

Heart To Heart Pahlawan Charity Ride 2013
1 May 2013
Lokasi : Avanti Bike Plus, TTDI
Kayuhan sempena hari pahlawan disekitar Kuala Lumpur menuju Tugu Negara sempena memperingati pengorbanan perajurit tanahair kita....

Janda Baik Waterfall Ride 2013
12 May 2013
Lokasi : Janda Baik, Bentong, Pahang
Jamboree yang menarik...kayuhan dalam suasana hutan serta alam semulajadi...

Sutama Cyclo MTB Jamboree 2013
19 May 2013
Lokasi : Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor
Trek yang mantap di kawasan ladang kelapa sawit Elmina...penganjuran yang meriah serta hebat...

Plentong Epic Ride 2013
26 May 2013
Lokasi : Plentong, Johor
Ride yang sememangnya ditunggu-tunggu...singletrek yang memang menarik serta mantap....antara trek laluan yang terbaik yang pernah dilalui....tahap kesukaran yang sememangnya menguji metal dan fizikal secara maximum...event yang pasti dinanti pada tahun hadapan....

Ulu Bernam MTB Charity Ride 2013
1 June 2013
Lokasi : Hentian Rehat & Rawat Ulu Bernam (arah selatan)
Laluan trek yang menarik....mengimbau kembali trek Bernam Jaya Jamboree 2010 (PKNS)....trek ladang pisang antara yang terbaik....

Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013
2 June 2013
Lokasi : Dataran Diplomatik, Putrajaya
Kayuhan "road" dan "offroad" disekitar Putarjaya yang telah dianjurkan oleh akhbar Harian Metro...acara race yang disertai oleh racer handalan di Malaysia...memang teruja...
  
Simpang Renggam S2H 2nd Prison Jamboree 2013
30 June 2013
Lokasi : Penjara Simpang Renggam, Johor
Kayuhan bermula di Penjara Simpang Renggam dan seterusnya memasuki laluan trek kelapa sawit di sekitar Simpang Renggam....trek yang landai serta santai...tetapi bermandikan hujan disepanjang kayuhan...

Ipoh MTB Ride Day 2013
7 July 2013
Lokasi : Taman Berchamraya, Ulu Kintar, Perak
Laluan trek yang mencabar serta banyak pendakian di kawasan terbuka serta meletihkan tetapi tetap menarik.... 

 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 - Kellie's Castle
25 August 2013
Lokasi : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
Trek yang menarik serta mencabar fizikal dan mental setiap peserta. Banyak penambahbaikan telah dilakukan pada circuit kali ini berbanding di Putrajaya.

Campaign For A Lane 5th Edition 2013
8 September 2013
Lokasi : Esplanade (Padang Kota Lama)
Kayuhan di dalam hujan disepanjang jalan dalam keadaan kesejukan sambil mengelilingi Pulau Pinang....

ECC Nite Ride Burung Hantu 2013
 14 September 2013
Lokasi : Stadium Hang Jebat, Melaka
 Kayuhan malam yang cukup menarik sambil bermandi dengan hujan serta bermain lumpur dan selut di dalam trail....

Gempak HyperTrax Rampage 2013
22 September 2013
Lokasi : Medan Selera Dengkil, Sepang
Kayuhan santai serta landai dan sedikit pendakian diakhir kayuhan di sekitar Taman Wet Land serta kawasan berpaya di Dengkil....

110Km UTHM Mini Century Ride 2013
5 October 2013
Lokasi : Universiti Teknologi Hussien Onn,Batu Pahat, Johor
Event "road bike" yang pertama diikuti. Kayuhan di sekitar Batu Pahat yang cukup mengujakan kerana kali pertama berkayuh "road bike Avanti Corsa DR2"...

Cameron Highland Thompson Trail MTB Fun Ride 2013
25 October
Lokasi : Tanah Tinggi Cameron Highland, Pahang
Kayuhan "fun ride" yang cukup menyeronokkan sambil menikmati udara yang nyaman serta pemandangan yang indah di ladang teh. 

Kampung Ku Mountain Bike Jamboree 2013
17 November 2013
Lokasi : Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh
Kayuhan santai dan landai dengan jarak kayuhan hanya 23km sahaja....

Cycle for Life 2013
8 December 2013
Lokasi : Setia Alam Welcome Center, Shah Alam
Kayuhan road sejauh 130km menuju Kuala Selangor dan balik semula ke Setia Alam melalui laluan Dragon Back yang cukup mengujakan..... 


MTB Jamboree D'Paya Indah Wet Land 2013
15 December 2013
Lokasi : Paya Indah Wet Land, Dengkil, Sepang
Kayuhan di sekitar Paya Indah Wet Land....walaupun landai namum tetap memenatkan terutama di laluan paya tanah gambut...

Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 - Circuit Johor
22 December 2013
Lokasi : Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor
Antara laluan yang mencabar pada tahun ini... tetapi puas berkayuh...


Secara keseluruhannya, sebanyak 24 acara jamboree telah disertai disepanjang tahun ini. Seronok dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan basikal yang lain serta dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita. Semoga tahun hadapan akan diberikan lagi peluang untuk berkayuh serta memeriahkan lagi sukan berbasikal di Malaysia..... Kayuh Tetap Kayuh....

Analisis Event :

Jamboree MTB            : 22 Acara
Jamboree Road Bike    : 2 Acara

Lokasi Event :

1. Selangor : 8
2. Putrajaya : 2
3. Kuala Lumpur : 1
4. Melaka : 2
5. Johor : 5
6. Perak : 3
7. Penang : 1
8. Pahang : 2

Tahun hadapan, 2014 mungkin akan memperbanyakan lagi acara "road bike" dan akan berkayuh di negeri-negeri yang tidak tersenarai pada tahun 2013.

Berjumpa di tahun hadapan & Selamat Menyambut tahun 2014..........

Monday, 23 December 2013

Harian Metro MTB Grand Prix 2013 (Circuit Johor) - 22 December 2013

Circuit terakhir Harian Metro MTB Grand Prix 2013 telah berlangsung di Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor. Acara penutup bagi tahun 2013 kali ini menghidangkan laluan trek yang menguji mental dan fizikal para peserta. Seramai lebih kurang seribu peserta menyahut cabaran kali ini. Jarak kayuhan sejauh 42km dengan pendakian di ladang kelapa sawit, berlumpur serta berselut di laluan landai dan downhill yang licin serta berlumut. Pesta lumpur di sepanjang laluan disebabkan oleh musim hujan pada ketika ini telah menjadi cabaran untuk menghabiskan kayuhan kali ini.

Walaupun berlaku kerosakan teknikal semasa kayuhan tetapi kayuhan tetap diteruskan kerana ini merupakan penutup acara jamboree pada tahun ini. Berbekalkan semangat, kayuhan diteruskan sehingga garisan penamat.

Distance : 42.4 kilometers
Moving Time : 3 hours 54 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 41.2 km/hour
Moving Avg : 11.1 km/hour


Circuit terakhir pada tahun ini.....semoga tahun hadapan akan diteruskan lagi....


Bersama Fairuz dan anak-anak yang memberikan semangat....


Garisan permulaan....


Ceria....jersey sama kali ini...

Seramai lebih kurang 1000 penyertaan di saat akhir....

Kayuhan road sejauh 7km sebelum memasuki laluan offroad....

Pendakian pun bermula....

Laluan licin....



Banyak pendakian di ladang kelapa sawit....

Masuk parit....

Pendakian lagi....

dan lagi.....

Kawasan perindustrian yang sedang dibangunkan....


Menuju puncak....

11km lagi..... tapi tak semudah itu....azab seksa belum selesai lagi...banyak lagi bukit dihadapan....

Mengharungi lopak air....tenggelam basikal...dan jadi macam motorboat...

Dalam lopak air nie....

Bearing linkage pecah semasa jarak kayuhan berbaki 30km lagi....cukup tersentak kali ini...fikiran dah fikir "chicken loop"...tapi semangat cakap jangan....

Dah lama basikal tak kotor macam nie.....

Selamat sampai jugak ahkirnya....

Sempat lagi basuh basikal kat tasik.....

Climbing saje......

Tapi puas.......