Monday, 25 November 2013

KLMBH Hash #230 - Empangan Sungai Tenggi - 24 November 2013

Sudah sekian lama tidak ride bersama KLMBH, kali terakhir pada bulan October tahun lepas di Kampung Gerachi Jaya, Kuala Kubu Bahru. Kali ini di Empangan Sungai Tenggi, Bukit Tagar. Jumlah peserta diangarkan seramai lebih kurang 120 orang. Laluan "long" sejauh 30km dengan pendakian yang banyak di ladang sawit dan "downhill" yang sudah tentu mengujakan.

Distance : 30.1 Kilometer
Moving Time : 2 hours 21 minutes
Stopped Time : 13 minutes 32 seconds
Max Speed : 48.2 km/hour
Moving Avg : 12.5 km/hour


Tag ID pendaftaran sebelum memulakan kayuhan...
Tetapi kali ini tag ini terpaksa ditanggalkan pada handlebar atas faktor keselamatan...

Kaunter registration....

Ramai peserta telah bersiap sedia..... 

Briefing mengenai laluan trail yang akan dilalui....


Kayuhan road sejauh 2km sebelum memasuki laluan offroad....

Surau tanpa penghuni....kali terakhir berkayuh ke sini pada bulan April 2010....

Laluan yang masih sama menuju Empangan Sungai Tenggi...

Pendakian di kawasan empangan...


Pemandangan di sekitar empangan....

Menarik....

Laluan offroad pulak....apa lagi pendakian pun bermula...

Climbing lagi...

Banyak pendakian....

Credit to Robert Madge....


Pemandangan dari puncak....

Kawasan terbuka....panas....
Tanah sedang dibangunkan oleh pemaju.....tak pasti nak buat apa.... tak mungkin kawasan perumahan disebabkan berhampiran kawasan pengumpulan sampah Bukit Tagar....


Laluan road sejauh 3km...menuju penamat

Sampai di khemah pendaftaran...sign off...


Jarak keseluruhan hanya 30km....tetapi agak memenatkan...

Jika ada sesiapa yang berminat untuk ride bersama KLMBH....boleh layari website tertera untuk mengetahui lokasi dan tarikh kayuhan....

Sunday, 17 November 2013

Kampung Ku MTB Jamboree 2013 - 17 November 2013

Kampung Ku Mountain Bike Jamboree 2013 telah berlangsung di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh telah menarik minat seramai lebih kurang 500 penyertaan. Acara ini telah dianjurkan oleh ADZ Auto Engineering dengan kerjasama daripada MPP Zone 23, Majlis Bandaraya Shah Alam.  

Laluan trek adalah santai dan bersahaja. Banyak laluan road berbanding dengan laluan offroad serta kurang pendakian. Jarak keseluruhan trek hanya 23km dan merupakan jarak yang paling pendek berbanding dengan jamboree yang pernah disertai. Laluan trek berlumpur dan berselut akibat cuaca hujan sejak kebelakangan ini.

Distance :  23.0 kilometers
Moving Time : 1 hours 24 minutes
Stopped Time : 25 minutes 56 seconds
Max Speed : 44.7 km/hour
Moving Avg : 16.3 km/hour



Prima Riders berkumpul semula di Paya Jaras....

Menuju ke starting line...

Peserta bersiap sedia di garisan permulaan....



Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi....

Kayuhan road di jalan utama Sungai Buloh....

Laluan offroad.... traffic jam...laluan di jambatan kayu....


Jambatan sempit....kena berhati-hati...

Laluan berlumpur dan berselut....di tepi Highway Guthrie Elmina

Bau lumpur ini pun boleh tahan jugak.....

Ramai yang menolak di kawasan lumpur ini....memang sukar untuk berkayuh di kawasan ini.....

Water Station.... air Extra Joss sejuk memang menarik...penghilang dahaga.... 
 
Tol Elmina....

Melepak di water station.....berjumpa dengan rakan-rakan kayuhan....memang meriah...


 
Laluan road menuju finishing line....
 
Prima Riders kayuh saing-saing sehingga ke finishing line....

Sampai di finishing line....


Bergambar bersama pelakon Zamarul Hisham...

Puncak paling tinggi...183.3ft...