Pintu sempadan daerah sudah di buka, sempadan dah boleh direntas, tiada lagi halangan untuk berkayuh tetapi SOP penjarakan perlu dipatuhi. Selain SOP Covid yang perlu dipatuhi, peraturan serta adab berbasikal di jalanraya juga perlu diberikan perhatian. Dengan keadaan yang tengah panas dengan isu pengayuh basikal ketika ini, cuba elakan dengan menambah kecaman masyarakat kepada para pengayuh. Isu yang hangat sekarang ini disebabkan oleh trend berbasikal yang sedang meningkat naik dikalangan rakyat Malaysia tetapi kesedaran tentang keselamatan serta bahaya berbasikal di atas jalanraya hanya dipandang remeh oleh segelintir pengayuh menyebabkan seluruh warga basikal dikecam di media sosial. Bukan setakat kecaman malah makian juga dilemparkan kepada semua pengayuh tanpa mengira latar belakang.
Diharapkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia basikal, mempelajari sedikit sebanyak peraturan serta kayuhan berhemah semasa di atas jalanraya. Untuk mereka yang sudah lama di dalam sukan ini sepatutnya dapat memberikan teguran dan bukannya menunjukkan adab yang kurang baik. Semasa berkayuh pada pagi ini juga dapat melihat beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan jika berlaku pun akan mengundang kecaman dari pengguna jalanraya yang lain.
Kepada rider-rider bangsawan yang mempunyai ascort car semasa berkayuh, adalah kira eloknya kenderaan pengiring tersebut menunggu di lokasi tertentu dan bukannya mengiringi pengayuh disepanjang laluan. Ini akan menyukarkan pengguna jalanraya yang lain terutama kererta atau lori untuk memotong. Anda bukannya pengayuh Le Tour yang perlu diiring dan diberikan bantuan jika ada kerosakan pada basikal. Yang perlu jika bermasalah, berhenti di tepi jalan yang selamat dan meminta bantuan rakan yang lain. Ada pulak buat aksi lagak ngeri dengan berpaut di kenderaan ascort disebabkan sudah tidak mampu untuk berkayuh. Terdapat jugak pengayuh lain yang terpaksa mengelak daripada dilanggar dan kenderaan lain terpaksa bergerak perlahan sambil cuba-cuba memotong kenderaan pengiring tersebut. Fikir-fikir lah keselamatan orang lain. Jangan fikir diri sendiri sahaja.