Thursday, 28 July 2022

Peewaaiii Ride @Bukit Beruntung Loop - 24 July 2022

Kayuhan hujung minggu yang tidak dirancang bersama dengan Pak Brahim dengan membuat Loop Bukit Beruntung. Rancangan kayuhan pagi ini menuju ke Empangan KKB, namun semasa berhenti di traffic light terserempak dengan Pak Brahim yang mengajak kayuhan bersama ke Batang Kali. Terus mengubah fikiran dengan kayuhan bersamanya berserta dengan seorang lagi sahabat kayuhan. Kayuhan santai sahaja dari Bukit Beruntung menuju ke Sungai Choh melalui jalan belakang Perodua dan seterusnya menuju ke Batang Kali. Pit stop di Ulu Kalong untuk bersarapan pagi di gerai mee sup yang terkenal di situ. Ramai penggunjung di gerai tersebut terutama geng motor berkuasa tinggi yang bersarapan di sini sebelum melipat naik ke Genting Highland ataupun Ulu Yam Sungai Tua.

Kayuhan kali ini agak panas serta berbahang. Dah lama tak main panas dan dah lama jugak tak berbelang lenggan tangan.


Jambatan di Ulu Yam lama....melintasi laluan keretapi dan kayuhan berbukit di sini....

Lepak rehat sekejap di atas jambatan setelah lebih kurang 25km berkayuh tanpa henti....sinaran matahari pagi sudah mula melihatkan cahayanya....panas terik waktu tengahari sudah mula terasa...

Perkampungan di Ulu Yam Lama....lepas ini menuju ke Ulu Kalong....

Bergambar dulu sebelum meneruskan kayuhan....


Rail keretapi dekat bawah jambatan....tapi tak ada keretapi yang lalu....tak ada peluang nak ambil gambar....

Jalan menuju ke Ulu Kalong...tak masuk ke pekan lama Ulu Yam....potong laluan di sini....jalan tak banyak kenderaan....

Sampai di pit stop untuk breakfast.... orang dah ramai, nasib baik masih ada lagi meja yang kosong....

Menu favorite di sini...mee sup...tapi tak makan pun....hanya order teh-o-ais dan roti kosong sahaja...jarak kayuhan masih lagi jauh....

Kayuhan balik melalui Empangan Pecah KKB dan lepak rehat di Petronas Jalan KKB...terserempak dengan geng-geng kelajuan yang baru balik dari Warung Misteri di Tanjung Malim...tak follow geng-geng berdarah muda ini...semuanya kaki tekan...tak mampu nak ikut...

Sampai di Bukit Beruntung....setelah melayan roller coaster di Jalan Lama Rasa....hajat nak berkayuh bersama Pak Brahim tercapai jua....dulu dah pernah plan untuk berkayuh bersama tetapi hujan sebelum kayuhan...kayuhan terpaksa dibatalkan... 

Cukup untuk kali ini.....letih dan pewaaii....penat sebab dah lama tak kayuhan....peewaii sebab panas terik sangat....

Kayuhan Fraser Hill masih lagi tidak berjaya....dah lama tak berkayuh sehingga ke puncak...lesen Fraser pun dah lama expired... tak renew lagi....in sya Allah kayuhan akan datang....

Friday, 22 July 2022

Kayuhan Lemang @BB-Sirim Rasa - 12 July 2022

Kayuhan Lemang atau Kayuhan Lemau dari Bukit Beruntung ke Sirim Rasa. Niat di hati hendak kayuh sampai KKB tapi nafas tak sampai. Dah lama sangat rehat berkayuh sampai semput semasa climbing roller coaster di Jalan Rasa. Kenderaan banyak pagi ini, maklumlah orang dah start mula bekerja setelah cuti Hari Raya Haji. Agak tertekan juga kayuh di laluan Rasa disebabkan jalan sempit dan banyak lori serta bas yang lalu-lalang.


Dah lama tak berkayuh...rasa nak putus nyawa....penat gile rasanya...

Tunggu keretapi lalu....tapi tak ada....hampir 15 minit tunggu...malas nak tunggu lagi, terus balik Bukit Beruntung...

Kuda besi lama yang masih lagi berjasa....gunakan apa yang ada...

Breakfast pagi ini.....makan coklet dengan air kosong jea...

Sibuk simpangan ini....banyak kenderaan pagi ini...

Jom balik...

Bukit 2Hinggit tinggal kenangan...bukit ini sedang ditarah untuk membinaan sebuat sekolah memandu...dah tak boleh nak hiking dekat sini....puncak bukit pun dah hilang....hanya tinggal kenangan...



Cukup buat kali ini....

Tuesday, 12 July 2022

Babat Jr. Ride @UMW High Value Park - 9 July 2022

Kayuhan santai di UMW High Value Park berhampiran dengan kilang pemasangsan kenderaan Perodua. Kawasan seluas 861 ekar yang akan menjadi pemangkin pertumbuhan utama ekosistem HVM serta dengan pelaksaan prinsip asas Industry 4.0. Antara kilang perintis yang pertama didirikan selain UMW Aerospace adalah kilang T7 Kilgour.  Kilang ini merupakan loji rawatan logam seluas 2 ekar dan menjalankan rawatan permukaan logam, pemprosesan kimia, Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan aplikasi salutan bagi industri aeroangkasa. Kilang UMW Aerospace membekalkan komponen engine kapal terbang Rolls-Royce. 

Kawasan ini juga menyasarkan industri lain seperti perubatan, automitif, lokomotive dan logistik selain aeroangkasa. Taman ini direka bentuk untuk menjadi masa depan industri HVM yang menjurus kepada inovasi. Kawasan ini dijangkakan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan Hulu Selangor yang dikenalkan sebagai Hub Pemasangan Kenderaan.


Kayuhan santai jea...dah lama tak berkayuh di sini....last kayuh pun sebelum MCO yang pertama dulu...

Kayuhan bersama Danish @Babat Jr. dah lama tak berkayuh bersama...last kayuh pun rasanya time berumur 9 tahun...sekarang nie dah 14 tahun...lebih kurang 5 tahun..

Happy dapat kayuh kat sini....tak ada kenderaan yang lalu-lalang...hanya lori mengangkut tanah sahaja...

Layan folding bike hari nie....

Kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan....projek di sini terhenti semasa MCO dulu....namun sekarang ini rancak berjalan...banyak perubahan telah dilakukan...

Jalan raya sudah mula diturap...dan lampu jalan pun sudah dipasang...hanya masih belum berfungsi sahaja....

Kawasan ni masih lagi dalam pembinaan....sebenarnya tidak dibenarkan masuk..tetapi jika untuk berkayuh....pengawal keselamatan bagi kebenaran masuk...yang perlu adalah berhati-hati disebabkan banyak lori yang bergerak...kalau naik motor memang dia orang tak bagi...sebab takut curi besi dekat dalam kawasan ini...lagi pun kawasan ini memang trek basikal dulu sebelum dijadikan kawasan perindustrian...

Banyak kawasan yang telah diratakan...dulu dekat ini ada bukit yang dikenali sebagai Bukit Anjing....sebab banyak anjing di kawasan tuu...tapi semuanya sudah musnah digelek bulldozer...

Tangki air di kawasan berbukit....

Berdua jea....yang lain pekerja Indon dan Bangla yang sedang bekerja...

Panjat tangki air....dulu laluan ini masih bertanah liat...sekarang sudah ditabur dengan batu...


Masih dalam pembinaan lagi...belum siap sepenuhnya...ramai pekerja Indon di sini...nasib baik dia orang tak marah sebab berkayuh sampai ke sini...siap lambai tangan lagi....


Luas kawasan di sini...harap-harap akan menjadi kawasan perindustrian yang berjaya suatu hari nanti...dengan pembangunan yang pesat di kawasn Hulu Selangor...

Java Zelo Vs Santa Cruz
Folding Bike Vs Mountain Bike...

Saturday, 2 July 2022

Trip Kuala Mu @Air Terjun Lata Penyel Pos Yum - 26 June 2022

Dalam perjalanan pulang,kami singgah di Air Terjun Lata Penyel berhampiran dengan Pos Yum. Jarak perjalanan dari Kuala Mu lebih kurang 7km dan ia terletak di Kampung Rendeq yang didiami oleh kaum Asli Temiar. Jalan yang sudah berturap dengan tar, memudahkan para pengunjung untuk sampai ke sini. Terdapat chalet-chalet yang dibina dengan kemudahan bilik air. Terdapat juga kemudahan BBQ dan sememangnya sesuai untuk perkelahan bersama keluarga.

Tidak sukar untuk ke air terjun ini kerana jarak perjalanan dari tempat parking kenderaan hanya mengambil masa selama 10 minit sahaja dengan jarak 600meter. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan semasa masuk ke sini. Untuk masuk ke sini akan melalui beberapa rumah orang asli serta menyusuri kebun pokok koko milik mereka. Laluan santai dan hanya ada sedikit pendakian sahaja. Mudah dan senang untuk ke sana. Sepanjang perjalanan akan menempuhi kebun orang asli dan sungai berada di sebelah kanan. 

Di kawasan air terjun terdapat pondok-pondok buloh yang disediakan kepada pengunjung. Bersih kawasan ini tanpa sampah-sarap yang bersepah. Ketinggian air terjun ini lebih kurang 50-60 meter. Agak tinggi untuk memanjat di kawasan ini yang berbatu. Ramai yang mandi di bahagian bawah sahaja.

Pemandangan indah disekitar kawasan air terjun....air tetap sejuk dan dingin walaupun hari panas terik...

Berdua sahaja dengan wife....anak keletihan dan duduk di dalam kereta sahaja...

Laluan menuju ke kawasan air terjun...melalui beberapa buah rumah terlebih dahulu...

Kawasan kebun koko.....banyak buah koko di sini...koko merupakan sumber pendapatan penduduk asli di kawasan ini...


Wife keletihan walaupun jaraknya hanya 10 minit sahaja...

Hutan disekitarnya.....nyaman udara di kawasan ini...

Pagar di kebun orang asli....hati-hati ketika melangkah di sini...

Dah sampai pun....keluar peluh pun tak lagi....

Banyak pondok-pondok yang disediakan....

Keindahan air terjun Lata Penyel....Pos Yum...

Mengasyikan.....



Suka dapat buah koko yang diberikan oleh orang asli...buah kok yang telah masak...

Bayaran masuk yang dikenakan....papan white board disebelah tuu...adalah senarai nama pengunjung yang telah menempah untuk datang ke sini....dah ada yang tempah sehingga bulan September....memang kalau nak datang ke sini sambil buat aktiviti kena booking awal semoga tidak kecewa.....
Percutian singkat di Kuala Mu memang tidak mencukupi....akan repeat semula ke sini... in sya Allah...banyak lagi tempat yang boleh di explore di sini....