Selepas berkayuh
"fun ride" di Putrajaya, kami bergerak ke Semenyih untuk menyertai
"Semenyih MTB Challenge 2015". Bertempat di
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation telah berlansung acara
"Jamboree" serta
"Race". Proses pengambil goodies berjalan dengan lancar dan seterusnya menuju ke homestay di
Taman Pelangi Semenyih berhadapan dengan
Kem Batalion 4 PGA Semenyih.
Ketika sampai di homestay, semasa menurunkan basikal dari kereta didapati fork hadapan mengalami kebocoran seal angin menyebabkan
"stantion tube" tenggelam. Kerosakan yang tidak boleh diperbaiki dengan serta merta. Terpaksa mengambil keputusan drastik dengan bergerak pulang ke Bukit Beruntung untuk mengambil basikal
"back-up @ GT Avalanche". Seterusnya kembali semula ke Semenyih pada sebelah malamnya. Sukar rasanya berkayuh dengan basikal yang jarang digunakan, dari basikal "fullsus" ke "hardtail" memang ada banyak bezanya.
Kayuhan pada pagi tu telah bermula pada pukul 8.30pagi dengan keadaan pelepasan yang agak kelam-kabut disebabkan peserta belakang memintas peserta hadapan dengan cara yang kurang wajar. Kawalan dari penganjur agak longgar sehingga perkara yang sepatutnya boleh dijangkakan berlaku tidak diambil berat. Laluan trek sememangnya mencabar mental dan fizikal. Kawasan Semenyih sememang terkenal dengan keadaan berbukit bukau serta banyak pendakian. Perkara ini sepatutnya sudah sedia maklum bagi setiap peserta. Banyak berlaku kemalangan terutama di kawasan downhill kerana kawasan ini berbatu serta berpasir dan terdapat banyak alur-alur air di laluan trek.
Berada di garisan permulaan...sudah lama tidak berkayuh dengan Lim (tokey basikal TX Lim Bukit Beruntung)....
Menunggukan pelepasan dari pihak penganjur.....
Ceria....
Kerosakan brake belakang dikesan....brake tak grip....minta bantuan Lim untuk pembaikan...namun tidak berjaya kerana terdapat "air trap" di dalam hose hydraulic....nekad untuk meneruskan kayuhan walaupun dengan hanya brake hadapan sahaja yang berfungsi....tetapi mimpi ngeri berlaku apabila brake hadapan juga mengalami kerosakan yang sama semasa kayuhan offroad baru masuk 5km....
Keadaan starting point yang agak kurang sesuai kerana sempit dan tanah tidak rata....
Kayuhan dilepaskan pada pukul 8.30pagi....
Baru masuk offroad dah jam.....
Pendakian bermula....
Tak larat tolak kiri....yang kuat kayuh kanan....
Pemandangan dari atas puncak bukit....
Melintasi titi di ladang getah....peserta menunggu giliran untuk melintas....
Pendakian yang dah tak tahu berapa kali nie...
Penat...turun basikal dan tolak....
Menuju ke puncak bukit yang tertinggi sekali.....cukup memeritkan di sini....
Ramai peserta yang tersadai di tepi trek melihat pendakian yang masih belum berkesudahan....
Puncak bukit....sayup melihat rakan lain yang masih di bawah....
Bergambar dulu....
Sampai juga akhirnya dengan keadaan basikal tanpa brake....nasib baik masa downhill tak berlaku apa-apa....
Secara keseluruhannya, terdapat banyak runggutan dari peserta disebabkan oleh kelemahan pengurusan oleh pihak penganjur. Kesilapan sama masih diulang di jamboree kali ini walaupun penah dilakukan oleh penganjur jamboree lain sebelum ini. Tiada sesiapa yang sepatutnya merunggut tentang laluan trek yang mencabar ini kerana sememangnya semua peserta sudah sedia maklum tentang bentuk muka bumi di kawasan Semenyih. Tetapi penyediaan air minuman yang kurang mencukupi di water station, kekurangan mashall di dalam trek serta medic yang terhad telah menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa melakukan ikhtiar sendiri serta dengan bantu rakan-rakan rider yang lain. Ini belum dikira lagi dengan rider yang tersesat jalan disebabkan oleh kurangnya signage di simpang-simpang jalan dan terdapat juga kemalangan dengan kenderaan awam semasa melalui laluan road sebelum menuju ke finishing line.
Diharapkan pihak penganjur dapat melakuan penambahbaikan pada penganjuran akan datang dan mengambil pandangan serta komen peserta secara positif.