Tuesday, 18 August 2015

#Run with Us 2015 - 16 August 2015

Minggu ini acara berlari-lari anak di Dataran Putrajaya sempena #Run With Us 2015. Lebih kurang seramai 4000 orang peserta telah menyertainya dengan jarak larian sejauh 12km disekitar Putrajaya. Ini merupakan acara larian kali kedua disepanjang tahun ini, jika sebelum ini di Padang Merbok Kuala Lumpur untuk larian "AmBank Kuala Lumpur Run 2015". Klik Di Sini

Teruja disebabkan pertama kali berlari di Putrajaya kerana jika dulu datang ke sini semata-mata untuk berbasikal terutama di Putrajaya Challenge Park (PCP) atau event basikal yang lain. Flag off pada pukul 6.45pagi, 15minit lewat dari masa asal. Dilepaskan oleh Perdana Menteri, namun tak perasan akan kelibatnya digarisan permulaan mungkin disebabkan terlalu ramai peserta dan suasana pun masih lagi gelap.

Laluan disekitar Putrajaya terdapat banyak pendakian yang panjang walaupun tidak terlalu curam namun tetap meletihkan.


Acara larian kedua untuk tahun ini dan pertama kali di Putrajaya.....

Suasana masih gelap dan peserta mula berkumpul di garisan permulaan....


Peserta membuat warming-up sebelum memulakan larian....aku hanya melakukan senaman regangan serta berlari-lari setempat untuk memanaskan badan....


Solo jea.....tak apa, asalkan dapat berlari....


Flag off pada pukul 6.45pagi.....


Menuju ke garisan penamat....malas nak mengambil gambar semasa larian......sebab letih nak keluarkan handphone....

Tidak menetapkan sebarang sasaran masa....cukup sekadar dapat menghabiskan larian....

Lepas habis larian....bergambar dulu...mintak adik dekat finishing line tolong ambilkan....

Cuaca dah mula panas.....ada jugak peserta mula meninggalkan tempat acara untuk balik....aku macam biasa, tak tunggu pun untuk cabutan lucky draw...sekadar puas dapat berlari, sudah cukup....

Khemah hadiah untuk pemenang.....

Koleksi medal untuk tahun ini.....

Larian sejauh 12km..... puas hati dapat berlari di Putrajaya.. in sya allah, bulan depan akan datang lagi ke sini....nak merasai larian di waktu malam pula.....

Dalam masa yang sama juga, terdapat event basikal di Putrajaya iaitu HEWM Fun Ride 2015 yang bertempat di Kementerian Pendidikan Malaysia, Presint 5....minta maaf jika menyebabkan anda semua terlewat disebabkan penutupan jalan terutama di simpang jalan...ini kerana semasa melaluinya terdapat 3 atau 4 buah kereta yang membawa basikal membunyikan "hon" kepada polis trafic untuk meminta kebenaran untuk meneruskan perjalanan....harap anda semua tidak terlewat....

No comments:

Post a Comment