Sunday, 2 August 2015

Port Dickson International Duathlon 2015 - 2 August 2015

Port Dickson International Duathlon 2015 merupakan acara duathlon yang pertama kali disertai setakat ini. Sekadar untuk mencuba dan merasai pengalaman berlari serta berbasikal. Tidak meletakkan sebarang sasaran masa pada kali ini, sekadar berharap agar dapat menghabiskan acara dalam masa yang ditetapkan.

Penyertaan kali ini mencecah seramai lebih kurang 1000 orang yang terdiri daripada warga tempatan serta luar negara. Bermula di padang kawad Muzium Tentera Port Dickson dengan larian disekitar kawasan kem tentera dan kayuhan sehingga ke Linggi. Larian pertama sejauh 5km, seterusnya kayuhan sejauh 30km dan larian semula sejauh 5km. Larian kedua dalam keadaan keletihan namun alhamdullilah tidak berlaku sebarang "cramp" semasa larian.



Acara duathlon yang pertama kali disertai....

Bersama Anas, Iswardy dan Iskandar....

Semasa berada di transition area...meletakkan basikal dan barangan ditempat yang disediakan..  

Bersemangat sebelum memulakan larian....

Bergambar dulu di garisan finishing....

Ramai peserta sudah bersedia di garisan permulaan....

Hujan renyai-renyai mula turun semasa larian dimulakan....

Cuaca masih gelap.....


Larian pertama menuju ke transition area....

Kayuhan basikal bermula....30km...

Berpatah balik menuju ke transition area...

Kayuhan sejauh 30km....walaupun actual hanya 28.4km sahaja....

Menuju ke transition area semula untuk larian kali kedua....sebelum menuju ke finishing line....

Larian menuju ke garisan penamat setelah larian terakhir dilakukan...

50m lagi sebelum sampai di garisan penamat....

Sampai di garisan finishing...

Masa tidak rasmi....2jam 34minit....

Fairuz dan Sudin datang berkayuh dari Melaka ke PD untuk memberikan moral support....

Tercapai juga hasrat untuk menyertai duathlon....lain kali boleh mencuba lagi....

Koleksi medal sebagi kenangan.....

No comments:

Post a Comment