Saturday, 29 August 2015

Perlis Century Ride 2015 - 29 August 2015

Pertama kali berkayuh di negeri yang paling utara di Semenanjung Malaysia iaitu Perlis yang merupakan satu pengalaman yang cukup berharga. Kayuhan "Perlis Century Ride 2015" telah memberi peluang untuk ke sana sambil meninkmati pemandangan yang indah sambil berbasikal. Walaupun jumlah penyertaan tidak seramai seperti century ride yang lain namun kemeriahan serta kepuasana tetap dirasai. Ini merupakan penyertaan kayuhan century ride yang ketujuh untuk tahun ini.

Bermula di hadapan Hotel Brasmana Putra Kuala Perlis, laluan yang dilalui melalui Kuala Perlis-Padang Besar-Chuping-Unimap-Tambun Tulang-Kangar-Sanglang-Kuala Perlis sejauh 161km.

Pertama kali event basikal tanpa plate number...selalunya time chip ditampalkan pada plate namun kali ini hanya time chip "my laps" saja ditampal pada handlebar...

Wakil PRCC....Is-Wak-Babat...

Sampai di starting line pada pukul 6.45pagi...

Flag off pada pukul 7.20pagi....


Sampai di garisan penamat....rentung, barai, bergegar kepala otak dan macam-macam lagi...semuanya rasa...tapi puas hati....

Fuuuhh...lega...

Koleksi medal century ride yang ketujuh untuk tahun ini....

Sehari sebelum event...semasa mengambil goodies bag di Hotel Brasmana Putra Kuala Perlis...




Penginapan di D'view Hotel Kuala Perlis....terbaik juga hotel ini walaupun merupakan rumah teres 3 tingkat yang telah diubahsuai....bilik selesa dan bersih...

Kenangan di Perlis....

Jarak kayuhan sejauh 161km....laluan berbukit di Chupping di mana melalui kawasan penanaman tebu namun dah tak nampak pokok tebu yang ditanam...hanya lalang serta semak samun...



Tuesday, 25 August 2015

Semenyih MTB Jamboree 2015 - 23 August 2015

Selepas berkayuh "fun ride" di Putrajaya, kami bergerak ke Semenyih untuk menyertai "Semenyih MTB Challenge 2015". Bertempat di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation telah berlansung acara "Jamboree" serta "Race". Proses pengambil goodies berjalan dengan lancar dan seterusnya menuju ke homestay di Taman Pelangi Semenyih berhadapan dengan Kem Batalion 4 PGA Semenyih.

Ketika sampai di homestay, semasa menurunkan basikal dari kereta didapati fork hadapan mengalami kebocoran seal angin menyebabkan "stantion tube" tenggelam. Kerosakan yang tidak boleh diperbaiki dengan serta merta. Terpaksa mengambil keputusan drastik dengan bergerak pulang ke Bukit Beruntung untuk mengambil basikal "back-up @ GT Avalanche". Seterusnya kembali semula ke Semenyih pada sebelah malamnya. Sukar rasanya berkayuh dengan basikal yang jarang digunakan, dari basikal "fullsus" ke "hardtail" memang ada banyak bezanya.

Kayuhan pada pagi tu telah bermula pada pukul 8.30pagi dengan keadaan pelepasan yang agak kelam-kabut disebabkan peserta belakang memintas peserta hadapan dengan cara yang kurang wajar. Kawalan dari penganjur agak longgar sehingga perkara yang sepatutnya boleh dijangkakan berlaku tidak diambil berat. Laluan trek sememangnya mencabar mental dan fizikal. Kawasan Semenyih sememang terkenal dengan keadaan berbukit bukau serta banyak pendakian. Perkara ini sepatutnya sudah sedia maklum bagi setiap peserta. Banyak berlaku kemalangan terutama di kawasan downhill kerana kawasan ini berbatu serta berpasir dan terdapat banyak alur-alur air di laluan trek.



Berada di garisan  permulaan...sudah lama tidak berkayuh dengan Lim (tokey basikal TX Lim Bukit Beruntung)....

Menunggukan pelepasan dari pihak penganjur.....

Ceria....

Kerosakan brake belakang dikesan....brake tak grip....minta bantuan Lim untuk pembaikan...namun tidak berjaya kerana terdapat "air trap" di dalam hose hydraulic....nekad untuk meneruskan kayuhan walaupun dengan hanya brake hadapan sahaja yang berfungsi....tetapi mimpi ngeri berlaku apabila brake hadapan juga mengalami kerosakan yang sama semasa kayuhan offroad baru masuk 5km....

Keadaan starting point yang agak kurang sesuai kerana sempit dan tanah tidak rata....




Kayuhan dilepaskan pada pukul 8.30pagi....

Baru masuk offroad dah jam.....


Pendakian bermula....

Tak larat tolak kiri....yang kuat kayuh kanan....

Pemandangan dari atas puncak bukit....


Melintasi titi di ladang getah....peserta menunggu giliran untuk melintas....

Pendakian yang dah tak tahu berapa kali nie...

Penat...turun basikal dan tolak....


Menuju ke puncak bukit yang tertinggi sekali.....cukup memeritkan di sini....

Ramai peserta yang tersadai di tepi trek melihat pendakian yang masih belum berkesudahan....

Puncak bukit....sayup melihat rakan lain yang masih di bawah....

Bergambar dulu....

Sampai juga akhirnya dengan keadaan basikal tanpa brake....nasib baik masa downhill tak berlaku apa-apa....


Secara keseluruhannya, terdapat banyak runggutan dari peserta disebabkan oleh kelemahan pengurusan oleh pihak penganjur. Kesilapan sama masih diulang di jamboree kali ini walaupun penah dilakukan oleh penganjur jamboree lain sebelum ini. Tiada sesiapa yang sepatutnya merunggut tentang laluan trek yang mencabar ini kerana sememangnya semua peserta sudah sedia maklum tentang bentuk muka bumi di kawasan Semenyih. Tetapi penyediaan air minuman yang kurang mencukupi di water station, kekurangan mashall di dalam trek serta medic yang terhad telah menyebabkan mangsa kemalangan terpaksa melakukan ikhtiar sendiri serta dengan bantu rakan-rakan rider yang lain. Ini belum dikira lagi dengan rider yang tersesat jalan disebabkan oleh kurangnya signage di simpang-simpang jalan dan terdapat juga kemalangan dengan kenderaan awam semasa melalui laluan road sebelum menuju ke finishing line.

Diharapkan pihak penganjur dapat melakuan penambahbaikan pada penganjuran akan datang dan mengambil pandangan serta komen peserta secara positif.

Sunday, 23 August 2015

Halal Fun Ride 2015 - 22 August 2015

Halal Fun Ride 2015 telah berlangsung di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Kayuhan santai ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan telah menarik minat seramai lebih kurang 3000 orang peserta. Kayuhan sejauh 30km mengeliling Putrajaya dan telah dilepaskan pada pukul 8.30 pagi oleh YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dato' Dusuki. Ucapan perasmian dan pelancaran "Kempen Yakini Halal Malaysia" telah dilakukan serentak bersama dengan flag off "Halal Fun Ride".

Sebenarnya, penyertaan kali ini tidak dirancang kerana pada awalnya kami telah mendaftar untuk Semenyih MTB Jamboree. Tapi disebabkan yuran penyertaan hanya RM20 dan selepas acara boleh terus bergerak ke Semenyih, kami mengambil keputusan untuk menyertainya.


Fun Ride yang dianjurkan oleh Jakim....ramai orang tertanya-tanya kenapa nama event ini "Halal Fun Ride".....

Bergambar dulu sebelum kayuhan.....PRCC-JiwaBasikal-KDRC....

Bermula diperkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @Masjid Besi...

Ada juga peserta yang membawa anak kecil kayuh bersama.....

Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi....

Kayuhan menuju ke Dataran Putrajaya................

Ceria....




Berhenti bergambar dahulu....

Water Station di KM15.....

Menuju ke garisan penamat....


Selesai kayuhan....dengan jarak kayuhan sejauh 28km....


Acara yang sebenarnya ditunggu-tunggu....melepak di kedai mamak bersebelahan Istana Kehakiman....mengambil peluang untuk berkumpul bersama-sama rakan kayuhan....