Tempat permulaan masih ditempat yang sama iaitu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Seperti tahun lepas, terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori "race" dan "century ride". Kategori race dilepaskan dahulu dan diikuti oleh kategori enduride sejauh 120km. "Cut Off" masa adalah lebih singkat bagi memastikan keselamatan pengayuh kerana laluan balik di kawasan Sungai Buloh adalah sibuk pada waktu puncak serta sering berlaku kesesakan lalu lintas.
Shah Alam Enduride 2015 - 5 April 2015
Shah Alam Enduride 2014 - 18 May 2014
Penyertaan kali ketiga semenjak tahun 2014....
Di awal pagi....di hadapan garisan pemulaan....peserta race dilepaskan dahulu pada pukul 7.20 pagi dan diikuti oleh peserta enduride....
Lambat sampai....berada dikedudukan belakang....
Solo rider pada pagi ini.... apa nak kisah, layan jea...
Sampai di garisan penamat....cuaca panas terik...
Alhamdullilah...selamat sampai dengan selamat...
Antara rider-rider yang baru sampai di garisan penamat....
Kayuhan yang menguji mental dan fizikal...tetapi berpuas hati walaupun sengsara untuk menghabiskannya...
Layan mandi air lori tangki dulu....cukup menyegarkan badan....mandi sampai kecut jari kesejukan....
Iswardy.....tidak berkayuh kali ini tetapi datang untuk memberikan sokongan....
Lepak di finishing line....credit to Tok Man..
Medal sebagai kenangan dan kepuasan...
Kepuasan untuk diri sendiri....
Memperbaiki catatan masa peribadi pada tahun ini....
Laluan : Dataran Kemerdekaan Shah Alam-Bukit Jelutong-Cahaya SPK-Alam Budiman-Dragon Back-Bukit Kerayong-Ijok-Kota Puteri-Batu Arang-Kuang-Bukit Rahman Putra-Sungai Buloh-Subang Lama-Bukit Jelutong-TTDI Jaya-Dataran Kemerdekaan Shah Alam....
No comments:
Post a Comment