Selepas tamat kayuhan, terus bergegas menuju ke Pusat Pembuangan Undi DUN Gombak Setia iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. Mengundi di Saluran 4, dengan masih mengekalkan tempat pembuangan undi yang sama seperti 5 tahun yang lepas. Suasana di tempat mengundi yang tenang dengan kawalan daripada pihak berkuasa. Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia, terpaksa bergegas menghantar anak balik ke maktab.
Berkayuh bersama Wan Latiff....kali terakhir kayuh bersama pun semasa Audax200 tahun lepas...
Perang poster parti bertanding di Jalan Batu 7 Gombak....
Kawasan pembuangan undi....sudah mula sesak dengan pengundi yang ingin mengundi awal...
Climbing ke Genting Sempah...tidak ramai pengayuh yang berkayuh hari nie...hanya berselisih dengan beberapa orang sahaja...
Lenggang.....
Sampai di Genting Sempah.....sunyi...tidak meriah seperti biasa....ramai yang telah pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi...
Gerai jual buah dan air pun tutup.....
Tak tunggu lama...bergerak turun untuk menunaikan tanggungjawap sebagai warganegara...
Singgah dulu dekat bawah tower....bergambar di lereng highway dulu...
Highway....banyak jugak kereta....sibuk untuk balik mengundi kot...
Bergerak turun....santai-santai jea...
Akhirnya sampai....berkayuh terus ke rumah....bersiap-siap dan mandi untuk membuang undi...
Mengundi di sekolah lama....banyak nostalgia di sini....banyak kenangan suka dan duka...tapi itu semua banyak dijadikan sebagai pengajaran...
Saluran 1....golongan warga emas....beratur panjang...
Saluran 4....merupakan saluran yang tidak ramai pengundi.....yang paling ramai di saluran 6 iaitu golongan muda atau yang pertama kali mengundi...
Saluran 4....tahun ini tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di bilik mengundi....tidak seperti dulu....tak dapat nak tunjuk parti apa yang dipangkah.....tapi "Ini KaliLah"...itu sudah cukup untuk menterjemahkan segalanya....
Banyak jasa sekolah ini....walaupun pun tidak seperti dulu....
Selesai tanggungjawab....
Kayuhan kali ini....cukup sekadar ini....lagi pun dah lama tak berkayuh....minggu depan dah nak puasa....stop sebulan....
"Ini KaliLah".....
No comments:
Post a Comment