Kayuhan di ladang pisang serta pendakian di ladang kelapa sawit masih tetap diingati. Kemudian menyusuri laluan di tepi Highway PLUS seterusnya laluan singletrek yang menarik dan seterusnya pendakian tarmac sebelum menuju ke finishing line. Laluan tanah gambut serta berselut diakhir kayuhan memang cukup meletihkan tetapi puas....
Bernam Jaya MTB Jamboree 2010....kenangan yang tidak dapat dilupakan....antara jamboree yang terawal disertai....
Peserta di garisan permulaan....
Tapak acara...di atas Pintu Gerbang Bernam Jaya....
Acara dimeriahkan lagi oleh penyanyi jemputan Zainal Abidin.....Ezlynn juga tidak ketinggalan untuk menyanyi bersama...
Peserta terhibur dengan acara yang disediakan....cukup meriah terutama apabila ramai peserta menyanyi bersama-sama apabila Zainal Abidin mendendangkan lagu "Hijau"
Medal yang ingin dimiliki....medal sempena ulang tahun ke-50 PKNS....
Laluan yang mirip seakan dengan laluan BJJ10...namun tidak mengapa sudah 4 tahun berlalu, pasti ada kelainannya...
Terdapat 6 puncak yang perlu ditawan.....
Semoga berjumpa pada hujung minggu ini....Selamat Berkayuh....
No comments:
Post a Comment