Lebih kurang 4000 orang peserta telah mengambil bahagian dan acara ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu 10km "Competitive" dan "Recreational". Ini merupakan kali pertama berlari di sini jika sebelum ini hanya di Padang Merbuk dan Putrajaya. Terdapat sedikit kelainan pada kali ini dari segi laluan serta suasana sekeliling. Namun tanpa diduga, hujan turun dengan lebatnya berserta dentuman kilat serta petir semasa larian sehingga memaksa pihak penganjur membatalkan larian namun tidak semua peserta mengetahuinya dan larian masih diteruskan.
Keadaan agak kelam kabut apabila tiba di finishing line kerana tiada garisan penamat dan peserta sampai di finishing dalam keadaan berterabur. Bernasib baik kerana mendapat finishing goodies bag kerana terdapat peserta hampa disebabkan ada segelitir peserta yang mengambil lebih daripada satu. Walaupun terdapat banyak kritikan daripada peserta, namun kepuasan diri sendiri yang paling utama serta pengalaman berlari di dalam hujan lebat sememangnya satu pengalaman yang cukup berharga sebagai kenangan di masa hadapan....
Larian night run yang pertama di Setia Alam.....
Bersedia untuk larian.....
Cuaca masih cerah semasa baru sampai di Setia Alam Convention Center....
Ramai peserta telah sampai dan memenuhi kawasan padang....
Acara sampingan untuk peserta.....berlari ke tembok tinggi....
Bergambar dulu.....sambil menanti acara bermula....
Nama-nama peserta di paparan sebagai kenangan....
Bersama family yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan....
Cuaca tiba-tiba mendung dan gelap seperti hujan akan turun....
Tidak dapat merekodkan larian disebabkan phone bag tidak kalis air...terpaksa diserahkan kepada wife sebab memang akan menjangkakan hujan akan turun.....
Pengacara majlis.....
Larian ditangguhkan seketika apabila hujan mulai turun...setelah 15 minit berlalu dan hujan mulai berhenti...maka peserta berkumpul semula di garisan penamat...namun hujan tersebut hanyalah permulaan....yang sebenarnya turun dengan lebatnya apabila selepas 20 minit peserta dilepaskan....pengalaman yang berharga kerana bukan senang dapat berlari dalam hujan...
Medal lain daripada yang lain...
No comments:
Post a Comment