Sunday, 22 November 2015

Penang Bridge International Marathon 2015 - 22 November 2015

Memang sudah lama berhajat untuk berlari di Penang Bridge, kali ini berpeluang menyertai Penang Bridge International Marathon 2015. Antara acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat marathon setiap tahun. Hanya memasuki larian sejauh 10km sahaja, masih belum bersedia untuk jarak yang lebih jauh. Keseluruhan penyertaan mencecah seramai 28 ribu orang, satu angka yang besar berbanding acara marathon yang lain. Namun, pengurusannya berjalan dengan lancar dan teratur.

Bermula dengan acara full marathon pada pukul 1.30 pagi dan diikuti dengan haft marathon pada pukul 3 pagi, manakala acara 10km pada pukul 6.30 pagi. Petama kali berlari di Penang Bridge merupakan pengalaman yang baru dan agak teruja sedikit semasa memulakan larian.


Pertama kali memasuki larian Penang Bridge.....suatu kelainan...

Berada di garisan permulaan....


Bersama Iswady PKNS....laju bro nie...habis dalam masa 50 minit...

Bermula di hadapan Estin Hotel Bayan Lepas....

Suasana pagi yang dingin....

Larian bermula tepat jam 6.30 pagi....

Memasuki laluan ke Jambatan Pulau Pinang....

Cuaca dah mula terang....cahaya matahari sudah mula menyinar... 


Di atas jambatan Pulau Pinang....

Larian sejauh 5km sebelum berpatah balik ke Queenbay Mall....

Sampai di garisan penamat....catatan masa peribadi yang kurang memuaskan kali ini....mungkin banyak sangat makan nasi kandar semalam sehingga pedih perut semasa berlari...

Cukup untuk kali ini....

Bersama Iswardy di garisan penamat....



Antara peserta yang baru tiba ke garisan penamat....



Koleksi medal yang seterusnya....mungkin selepas ini kena cuba haft marathon pulak...

Jarak larian sejauh 10km.....

No comments:

Post a Comment