Sunday, 8 November 2015

Asean Cycle Fest Kuala Lumpur 2015 - 8 November 2015

Asean Cycle Fest Kuala Lumpur 2015 telah diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur selama 3 hari bermula pada 6-8 November 2015. Acara telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Asean Sprint King, KL Sprint King dan OCBC Cycle. Kategori Asean Sprint King hanya terbuka kepada rider jemputan dari negara Asean sahaja manakala KL Sprint King dan OCBC Cycle terbuka kepada semua peserta.

KL Sprint King berlangsung pada hari Sabtu yang terdiri daripada kategori road bike,mtb,folding bike, fixie bike, fat bike dan BMX. Manakala acara Asean Sprint King dan OCBC Cycle dijalankan pada hari Ahad. Menyertai acara OCBC Cycle dengan kayuhan sebanyak 5 lap dan setiap lap sejauh 8.4km. Kayuhan bermula pada pukul 6.30 pagi dan jarak kayuhan perlu dihabiskan dalam masa 2 jam sebelum time out.

Event road bike di sekitar KL....memang awesome...

Bergambar setelah menghabiskan kayuhan....

Di garisan permulaan di awal pagi....suasana masih gelap....

Bersama Iswardy PKNS....

Iskandar-Babat-Iswardy

Bangunan Sultan Abdul Samad...berhadapan dengan Dataran Merdeka....

Flag off pukul 6.30 pagi...dengan jumalah peserta mencecah 1700 orang....semua kategori dilepaskan serentak menyebabkan kesesakan di awal kayuhan....

Peserta yang telah menamatkan kayuhan sejauh 42km....

Lepak dulu sambil makan breakfast yang disediakan....

Mavic.....3 wakil duta...


Avanti Corsa DR2....dah lama berjasa....


Bergambar dulu sebelum balik....

Gambar kenangan.....

Koleksi medal yang seterusnya.....tercapai jua hasrat ingin berkayuh di OCBC setelah lama terpendam....

Jarak kayuhan sejauh 41km....5 pusingan...



No comments:

Post a Comment