Ramai pendaki pada hari ini dengan kawasan parking kenderaan penuh di segenap ruang.
Berjaya sampai buat kali ketiga di puncak Bukit Kutu....
Jambatan besi rosak yang terpaksa dilintasi ....seperti biasa jika cuaca tidak hujan, mudah untuk diharungi namun berbahaya jika hujan lebat....
Sungai kedua yang terpaksa diharungi...
Pendakian bermula setelah menyeberangi sungai kedua setelah landai pada permulaannya...
Berkumpul dulu....kira jumlah rakan-rakan dulu sebagai langkah kepastian...
Pendakian pun bermula....
Mendaki dan mula mendaki...
Laluan ini agak curam sehingga memerlukan tali untuk mendaki....
Rehat dulu sebelum meneruskan semula pendakian....
Fuuuhhh.....pacaknya laluan ini....
Sampai di kawasan Batu Tedung...
Besar-besar batu dekat sini....
Rehat dulu sambil berselfie.....letih nak minta nyawa....
Bergambar dulu sini...sambil melayan pemandangan....
Hampir sampai ke puncak....
Sampai juga di puncak Bukit Kutu....
Cerobong chimney yang masih tinggi sebagai tinggalan sejarah di puncak bukit....
Merupakan salah satu mercu tanda Bukit Kutu....
Masak air dulu sambil menunggu rakan-rakan yang pergi ke kawasan Banglow British untuk bergambar.... tak pergi sebab bulan lepas dah pergi bergambar di sana....
Makan tengahari ditaja oleh Josh.....nasi berlauk ikan sardin....kalau dah lapar semuanya jadi sedap....
Pemandangan dari puncak...
Batu besar atas puncak....kali ini tidak naik ke atas disebabkan terlalu ramai yang menunggu giliran untuk naik....lagi pun dah penah naik kat atas tuu....
Berkumpul dulu sebelum bergerak turun pada pukul 2 petang....
Layan pemandangan semasa turun....
Sayup kelihatan tasik empangan KKB....
Menyeberangi kawasan sungai dan seterusnya menunaikan solat dulu sebelum bergerak ke kawasan parking kereta.... Sampai di parking kereta pada pukul 4.45 petang tanpa sebarang kecederaan yang tidak diingini dan semua peserta kumpulan berjaya sampai dengan selamat....
Assalam
ReplyDeletePerlu permit?
Even naik berdua..?
Mohon share..tk
Salam...
DeleteOfficially Perlu...
Tapi tak pernah apply pun...
Terdapat kutipan RM1 seorang dikenakan oleh Orang Asli Pertak
Assllkm perlu bawa tali ke ?
ReplyDeleteSalam...tak perlu..tempat yang curam & licin dah dipasangkan dengan tali...
Delete