Pendakian dari Bukit Putus lebih curam berbanding dari Ulu Bendul namum masa pendakian agak singkat jika dibandingkan dari Ulu Bendul. Lebih kurang 2 jam diperlukan untuk mendaki melalui kawasan Bukit Putus dan 3 jam diperlukan untuk menuruinya dari Ulu Bendul. Pendakian dari Ulu Bendul nampak lebih extreme jika dibandingkan dengan Bukit Putus disebabkan terlalu banyak pendakian yang pacak serta panjang yang semestinya memerlukan tenaga yang lebih. Masa pendakian dari Ulu Bendul lebih panjang disebabkan jarak yang lebih.
Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi dan sampai di kawasan Bukit Putus pada pukul 8.00 pagi sambil berhenti rehat untuk sarapan pagi di Hentian Rehat PLUS Seremban. Hanya 6 orang pendaki kali ini yang menyahut cabaran dan ada diantaranya bukan kali pertama mendaki di sini. Kesempatan cuti Tahun Baru Cina diambil untuk mendaki namum begitu ramai rakan-rakan yang mempunyai perancangan masing-masing dan tidak berkesempatan untuk mendaki bersama.
Berjaya menawan kembali Gunung Angsi setelah 21 tahun...kali pertama naik pada tahun 1997 semasa belajar di universiti dengan mengambil subject "Outdoor Recreation"...
Pintu masuk Gunung Ansi dari Bukit Putus....kemudahan tandas serta tempat mandi disediakan dan pendaftaran masuk juga di sini dengan bayaran sebanyak RM5.....
Jarak dan masa pendakian dari Bukit Putus lebih pendek manakala laluan mendaki dari Ulu Bendul agak lebih extreme serta mencabar, banyak pendakian pacak serta panjang di laluan ini....nasib baik turun melalui Ulu Bendul, jika menaik pasti akan menyumpah....
Pendakian pun bermula...
Slow2...baru nak warm-up....badan belum panas lagi....peluh belum keluar lagi...
Ada juga laluan yang agak landai...
Climbing lagi....laluan luas serta mudah kerana banyak akar-akar pokok yang berselirat yang boleh digunakan semasa mendaki....
Larangan memasuki hutan tanpa kebenaran....
Pacak....mencanak....peluh keluar mencurah-curah....mandi peluh...
Take five dulu....
Sambung lagi....pendakian...jika tidak silap ada 3 slop pendakian yang agak curam disini namun tidak seteruk di laluan Ulu Bendul...
Sampai di R&R.....rehat dulu....ada sejam setengah lagi nak sampai ke puncak...
Hiasan tanglung di kawasan ini sebagai sambutan Tahun Baru Cina....meriah..
Meneruskan semula pendakian.... kali ini walaupun curam tetapi tidak seteruk di awal laluan....
Mendaki lebih santai...dan kadang-kadang terdapat laluan landai serta menurun....
Sikit lagi nak sampai puncak....
Slow & easy...
Layan pemandangan di sekitar Senawang... dari sini hanya 18minit hendak sampai ke puncak...
Tak nampak pun ada air terjun....
Pendaki cilik...walaupun masih kecil tetapi lincah semasa mendaki...
Layan....
Hari semakin panas....matahari sudah mula menyinarkan cahayanya...
Menuju ke puncak....
Uuuiikk...ada bus stop kat atas puncak...tapi mana bas nye.... boleh tumpang turun...
Ketinggian Gunung Angsi...2702ft...
Malaysia Book of Record....acara memegang tangan beramai-ramai dari Ulu Bendul sehinggalah ke puncak....acara pada tahun lepas...
Sampai di puncak pada pukul 10.30 pagi setelah sejam setengah mendaki...
Alhamdullilah....selamat sampai...
Ramai pendaki di puncak....bersantai sebelum turun...
Bergerak turun pada pukul 11.30 pagi...tidak menunggu lama kerana perut sudah lapar...
Laluan agak curam....berhati-hati turun...
Bukit Botak....kawasan yang dulunya agak terbuka namun sudah ditumbuhi pokok dan semak....
Terpaksa menggunakan tali untuk turun di laluan ini...agak curam dan licin berpasir....
Sampai di kawasan Kolam Tangga Batu...
Berkelah sambil makan tengahari di Jeram Kak Lang... kawasan yang penuh dengan misteri, dikatakan kawasan ini dipenghuni oleh "Langsui" kawasan ini dilarang untuk berkhemah disebabkan faktor keselamatan...
Ration yang dibawa....terbaik pek nasi briani rendang daging yang siap untuk dimakan serta mempunyai pek pemanas yang hanya menggunakan air untuk memanaskannya...
Apiz...berselera...
Terima kasih sebab dapat merasa keenakan makanan dalam pek ini...
Nuar....masak maggie....fuuhhh memang power kalau dah lapar...
Lepas makan....aktiviti mandi sakan....
Fuuuhhh...sejuk gile air sungai nie....
Menggigil kesejukan...
Tak boleh nak berendam lama-lama...kecut jari kesejukan...
Dari Jeram Kak Lang....turun menyusuri sungai sehingga lah sampai ke kawasan perkelahan Ulu Bendul...
Hujan renyai-renyai mulai turun dengan guruh berdentum di langit.... semasa turun terdapat beberapa orang menanyakan keadaan semasa di puncak sama ada hujan atau tidak.... mula-mula tak perasan mengapakah persoalan itu diajukan, tetapi akhirnya mulai faham akan situasi yang pernah berlaku pada tahun 2011....
Kawasan perkelahan ini pernah dilanda tragedi "kepala air" pada tahun 2011 yang telah mengorbankan 5 orang kanak-kanak, disebabkan itu ramai penggunjung sentiasa berjaga-jaga semasa berkelah di sini terutama semasa musim hujan....
Ramai pengunjung pada hari nie...penuh sesak dengan kenderaan yang parking di bahu jalan...
Trans Gunung Angsi dari Bukit Putus ke Ulu Bendul....
No comments:
Post a Comment