Setelah bergelumang dengan lumpur di kawasan berbukit, laluan road yang panjang dengan pendakian di kawasan universiti cukup memeritkan. Setelah pendakian tarmac selesai, dihidangkan pula laluan semak di tepi highway PLUS dengan laluan di dalam longkang yang tak pernah dibuat dek orang. Banyak menolak dari mengayuh di kawasan ini. Sepatutnya, penganjur lebih peka dengan keadaan trek supaya tidak membahayakan peserta.
Laluan seterusnya lebih terbuka serta pendakian yang panjang di kawasan berbukit dan seterusnya menyusuri di tepi laluan rel Transit KLIA memang cukup meletihkan. Apabila sampai di Last Check Point, baki jarak sejauh 3 kilometer amat melegakan. Laluan road menuju ke finishing line tidak semudah itu apabila kami dilencongkan ke laluan offroad yang sememangnya bukan laluan untuk mountain bike kerana lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Dengan kudrat yang tinggal tak seberapa, kami terpaksa menolak basikal di laluan curam yang sememangnya mengarut!!!
Distance : 46.0 Kilometer
Moving Time : 3 hours 39 minutes
Stopped Time : 16 minutes 11 seconds
Max Speed : 44.7 km/hour
Moving Avg : 12.6 km/hour
Bersama Nazmi.....
Tapak jamboree, di padang kawat
Peserta di garisan permulaan.....
Briefing dari pihak penganjur tentang laluan trek...
Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi...
Memasuki pintu utama Mardi Serdang....
Laluan offroad bermula....
Tolak basikal....
Trek licin dan berlumpur...
Check Point 2....
Pemandangan menarik di sini....
Climbing lagi.....
Check Point 3.....
Mari Tolak Basikal....
Tolak lagi....
Tolak...lagi...lagi...
Letih menolak basikal jea....
Laluan tramac di sekitar universiti...
Menyusuri semak di tepi Lebuhraya PLUS.....
Laluan di dalam longkang.....memang hebat
Ini bukan mountain bike tapi mountain hiking....
Jenuh menolak....
Laluan pokok pine....
Sampai di finishing line....
Jarak keseluruhan...45Km memenatkan...
Kepada pihak penganjur, mungkin komen ini boleh dijadikan panduan untuk event akan datang :
1. Pastikan jarak kayuhan bersesuaian dengan keadaan trek yang disediakan. Untuk memastikan kesesuaian trek, "test trek" perlu dilakukan terlebih dahulu dengan menjemput rider yang ada untuk merasai keadaan trek dan memberikan komen serta pandangan supaya tidak berlaku penganjur yang "syok sendiri".
2. Medal merupakan satu cenderahati untuk dikenang oleh setiap riders. Oleh itu, tidak rugi jika finishing medal disediakan untuk setiap peserta bagi menghargai komitmen serta penghargaan bagi mereka yang memerah kudrat bagi menghabiskan kayuhan.
3. Makanan tengahari yang ala-kadar serta air di dalam trek tidak mencukupi terutama di Last Check Point.
4. Dengan keadaan trek yang disediakan, jarak yang dirasakan sesuai hanya sekitar 30km sahaja bukan 45km yang sememangnya cukup meletihkan.
"Kami mengucapkan takziah kepada riders dari Pasoh,Jelebu,Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia semasa kayuhan, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di dalam kalangan orang yang beriman....al-fatihah....."
Berita kematian arwah di akhbar Harian Metro :
http://www.hmetro.com.my/articles/Mukakebiruan_nafastercungap/Article
Berita kematian arwah di akhbar Harian Metro :
http://www.hmetro.com.my/articles/Mukakebiruan_nafastercungap/Article