Sunday, 30 September 2012

UPM MTB Fete 2012 - 30 September 2012

UPM MTB Fete 2012 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, Serdang telah menarik lebih kurang 1600 penyertaan dari seluruh negara. Jarak kayuhan sejauh 45 kilometer yang cukup memeritkan untuk setiap peserta. Laluan berbukit serta hutan di kawasan Mardi memang sudah awal-awal dijangkakan akan menduga mental dan fizikal pengayuh. Pendakian yang banyak serta laluan yang licin memang cukup mencabar. Banyak menolak ketika pendakian disebabkan oleh trek yang terlalu licin serta peserta yang menolak kerana keletihan di laluan trek.

Setelah bergelumang dengan lumpur di kawasan berbukit, laluan road yang panjang dengan pendakian di kawasan universiti cukup memeritkan. Setelah pendakian tarmac selesai, dihidangkan pula laluan semak di tepi highway PLUS dengan laluan di dalam longkang yang tak pernah dibuat dek orang. Banyak menolak dari mengayuh di kawasan ini. Sepatutnya, penganjur lebih peka dengan keadaan trek supaya tidak membahayakan peserta.

Laluan seterusnya lebih terbuka serta pendakian yang panjang di kawasan berbukit dan seterusnya menyusuri di tepi laluan rel Transit KLIA memang cukup meletihkan. Apabila sampai di Last Check Point, baki jarak sejauh 3 kilometer amat melegakan. Laluan road menuju ke finishing line tidak semudah itu apabila kami dilencongkan ke laluan offroad yang sememangnya bukan laluan untuk mountain bike kerana lebih sesuai untuk aktiviti hiking. Dengan kudrat yang tinggal tak seberapa, kami terpaksa menolak basikal di laluan curam yang sememangnya mengarut!!!

Distance : 46.0 Kilometer
Moving Time : 3 hours 39 minutes
Stopped Time : 16 minutes 11 seconds
Max Speed : 44.7 km/hour
Moving Avg : 12.6 km/hour



Bersama Nazmi.....

Tapak jamboree, di padang kawat


Peserta di garisan permulaan.....

Briefing dari pihak penganjur tentang laluan trek...


Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi...

Memasuki pintu utama Mardi Serdang....

Laluan offroad bermula....

Tolak basikal....

Trek licin dan berlumpur...


Check Point 2....

Pemandangan menarik di sini....


Climbing lagi.....

Check Point 3.....


Mari Tolak Basikal....



Tolak lagi....


Tolak...lagi...lagi...

Letih menolak basikal jea....


Laluan tramac di sekitar universiti...

Menyusuri semak di tepi Lebuhraya PLUS.....

Laluan di dalam longkang.....memang hebat



Ini bukan mountain bike tapi mountain hiking....

Jenuh menolak....

Laluan pokok pine....


Sampai di finishing line....



Jarak keseluruhan...45Km memenatkan...


Kepada pihak penganjur, mungkin komen ini boleh dijadikan panduan untuk event akan datang :

1. Pastikan jarak kayuhan bersesuaian dengan keadaan trek yang disediakan. Untuk memastikan kesesuaian trek, "test trek" perlu dilakukan terlebih dahulu dengan menjemput rider yang ada untuk merasai keadaan trek dan memberikan komen serta pandangan supaya tidak berlaku penganjur yang "syok sendiri".

2. Medal merupakan satu cenderahati untuk dikenang oleh setiap riders. Oleh itu, tidak rugi jika finishing medal disediakan untuk setiap peserta bagi menghargai komitmen serta penghargaan bagi mereka yang memerah kudrat bagi menghabiskan kayuhan.

3. Makanan tengahari yang ala-kadar serta air di dalam trek tidak mencukupi terutama di Last Check Point.

4. Dengan keadaan trek yang disediakan, jarak yang dirasakan sesuai hanya sekitar 30km sahaja bukan 45km yang sememangnya cukup meletihkan.


"Kami mengucapkan takziah kepada riders dari Pasoh,Jelebu,Negeri Sembilan yang telah meninggal dunia semasa kayuhan, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tergolong di dalam kalangan orang yang beriman....al-fatihah....."

Berita kematian arwah di akhbar Harian Metro :

http://www.hmetro.com.my/articles/Mukakebiruan_nafastercungap/Article

15 comments:

  1. Yelah penganjur bukan nak bagi happi tapi nak syok sendiri bagi peserta mati

    ReplyDelete
  2. - Penganjur buat duit ni .. air tak cukup .. 100plus pun takder (penaja 100plus).. medal tak der walaupun dlm form tulis sapa dpt tamatkan dapat medal .. banyak gak dengar cerita yg chickenloop pun dapat medal ... tak check sticker ker ???...
    - cabutan/hadiah pukul 4 pun tak habis lagi ... dok buat lawak 2 org tu .. lupa kot riders nak kena gi sembahyang zuhur ...
    - Takziah .. moga dapat share punca kematian utk ikhtibar riders & penganjur

    ReplyDelete
  3. jauh takpe...asalakan tak memeritkan...riders..

    ReplyDelete
  4. arwah dari pasoh 1... org panggil acui...
    berita masuk metro 1st OCT 20121...
    patut penganjur 100% d persalahkan!!!
    sesiapa nampak ada medic or JPA at any check point???

    ReplyDelete
  5. taktik penganjur meletakkan awek yg comel2 di persimpangan amat berkesan dan sedikit sebanyak dapat meredakan hati para rider yang tgh hangin...

    Kalo aku tau xdapat ranking n medal>>>sumpah x hingin aku travel 100 km ke UPM tu!!!

    ReplyDelete
  6. Selain rider meninggal dunia.. dpt info gak ramai rider yang cedera.. patah pinggang, bahu, tangan.. masyallah..
    Sedih betul. Rasanya penganjur makan duit ni.. medal pun tak mau bagi...

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum..

    Walaupun saya tidak menyertai acara kali ini. Nasihat saya kpd penganjur2 event harus peka dengan keadaan seperti ini. Antaranya: keselamatan riders, keperluan minuman & makanan cukup, track yang munasabah.

    Harus diingat bahawa tidak semua rider yg dlm katogeri expert. Oleh itu, keadaan track yg dicadangan harus dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

    Tujuan utama perlu jelas, para rider menyertai bukannya utk menyusahkan diri tapi untuk bersukan dan "Fun".

    Akhir sekali, utk penganjur fikir-fikirkan lah.. balik kpd tujuan asal.. tak perlu utamakan nama dan duit saja. Sama-sama kita ubah dan menganjurkan sesuatu utk kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  8. Panas, panas belaka komen yang diberi, ada apa-apa komen penganjur?

    ReplyDelete
  9. la ni penganjur tengah kira untung...banyak dapat tu.....rasanya upm ni tiru jambore utm tahun 2011.... tu yg jambore 2012.... tinggal berapa kerat org jer... alamak upm tahun depan alami nasib yg sama ler

    ReplyDelete
  10. penganjur buat trek syoq sendiri, ramai yang jatuh, ada yang patah, luka dan yang paling teruk sampai ada yang mati.

    penganjur buat untung gila2, kalau tengok senarai sponser herbat2 belaka, tp hampeh, air pun kasi air RO bukan mineral, 1oo plus langsung takder, check point yang jauh dan tak der air

    yang paling sakit hati, takde finisher medal. aku kayuh habis, sampai nak habis nyawa rasanya kat bukit last sekali tu, kalau tau tak der medal, baik aku ikut chicken loop

    nak tanya, anuar manan kayuh jugak ke masa laluan kat dalam longkang dengan bukit yang last tu?

    ReplyDelete
  11. Geng Suka Kayuh Pucon1 October 2012 at 21:35

    assalamualaikum dan selamat sejahtera utk riders2 sekalian...

    alhamdulillah bersyukur sangat2 sampai ke penamat dlm keadaan selamat... sebagai iktibar utk semua...saya menyokong 100% ape yg di perkatakan oleh PRCC,penat tu biasalah sbb nak enjoy bukan target menang tetapi.... penaja dah besar dan hadiah banyak x muat meja,apa salahnya sediakan medal n sijil... kalaulah 2 item tu upm dpt sediakan,saya rasa akan dtg mesti ramai yg nak join lagi.... MTB-Mari Tolak Basikal

    ReplyDelete
  12. Betul kata mr.babat... kita kayuh utk enjoy.. ranking 1-10 dan hadiah duit sila buang,, medal utk semua rider yg tamatkan kayuhan, minuman dan pisang dlm trek mesti cukup,, lucky draw tak yah byk2 pun tak pe.. itu sekadar pelengkap jamboree.. utk menghiburkan rider setelah penat berkayuh,, sambil2 tunggu lucky boleh berlawak sesama rider2... tapi kalau trek dah mcm hampeh... semua cabut balik la.. apa nak tunggu lagi.. aku pun cabut balik.. bukan sebab frust tak dpt medal,, tapi jamboree upm ni mcm tak enjoy leee... kalau bukit last tu dibuang.. aku rasa dah best.. tapi disebabkan dan bawa rider ke kawasan pokok pine yg tak seberapa tu... terpaksa memikul,, memanjat bukit sampai nak mampuss... habis hilang semua feel jamboree.. last.. kayuh tetap kayuh.. pilihan jamboree ditangan anda.. cauu

    ReplyDelete
  13. nasib baik aku panjat separuh jalan je pokok pain tu..nampak orang ramai injured sampai menaraung2, aku give up, aku trus shortcut downhill tu... janji dapat abis dan aku selamat pulang.xdpat sticker check point pun x pala.. dah la dtg sorang2 buatnya injured ..menyusahkan orang jer...

    ingatkan dah abis.. rupanya ada lg bukit kat depan walaupun dah meter dah tunjukkan 45 km masa tu.


    ReplyDelete