Sunday, 27 October 2013

Cameron Highland Thompson Trail Fun Ride 2013 - 25 October 2013

Minggu ini Prima Riders ber "Fun Ride" di Thompson Trail Cameron Highland. Trail yang sememangnya menarik untuk berkayuh di dalam cuaca sejuk dan dingin. Lebih kurang 1600 orang pengayuh dari serata semenanjung telah menyertainya dengan kawasan parking di Tanah Rata dijadikan tapak acara bermula.

Cuaca di sini walaupun hujan di sepanjang minggu dan dikhabarkan dengan berita buruk iaitu kejadian banjir besar di kawasan Ringlet, namun pada hari kayuhan semuanya berjalan lancar dengar cuaca mendung. Walaupun ini bukan kali pertama berkayuh di Thompson Trail tetapi ini merupakan kali pertama melalui laluan Highway Cameron Highland-Kuala Lipis menuju Post Monsoon, jika selama ini menggunakan laluan offroad downhill menuju ke Post Monsoon.

Tahniah kepada pihak pengajur di atas penganjuran yang sempurna serta meriah.....

Cameron Highland  Thompson Trail MTB Fun Ride 2013.....memang betul-betul fun ride....

Macam biasa...bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Parking kereta di Habu bagi mengelakkan masalah pengangkutan selepas habis event nanti....terpaksa kayuhan naik ke Tanah Rata pulak...

Geng XAR.....

PRCC
Nuar-Azam-Basri-Nasir-Babat-Afitz-Mie Cha.....

Menuju ke Ringlet....


Menunggu rider yang lain di Highway Cameron-Kuala Lipis....

Front Rider.....semuanya laju-laju belaka....

Cuba bersaing dengan Pro Rider....memang laju...

Basri cuba bersaing dengan Laura....tetapi kecundang...

Fairuz bersaing bersama Pro Rider....

Pro Rider.....


Downhill Highway Cameron-Kuala Lipis......kelajuan maksimum mencecah 68Km/h....

Perkampungan Orang Asli di tepi highway....

Rider memasuki laluan offroad....aksi climbing bermula...

Semuanya laju-laju....



Setelah puas downhill.....kali ini uphill laa pulak.....

Uphill concrete.....cukup meletihkan....menuju Perkampungan Orang Asli Kuala Boh....

Water Station.... refill air dulu....
  
Woow....masih ceria...

Singletrek menuju kawasan hutan Lembah Bertam....

Climbing lagi....terdengar deruan air sungai Lembah Bertam....

Laluan concrete licin dan basah.... menyukarkan kayuhan....

Pendakian di Perkampungan Orang Asli Kampung Penggen...hampir menuju kawasan Ladang Teh Boh....

Water Station seterusnya di ladang teh....

Air grape sejuk memang mengujakan.....terbaik untuk penganjur...

Pemandangan ladang teh yang cukup menyegarkan....

Pendakian di kawasan ladang teh serta pendakian di Bukit Meluat menuju kedai runcit Achi....

Kedai Runcit Achi....masih tidak berubah, seperti dahulu...

Pendakian panjang menuju Puncak Boh....

Bergambar dulu sebagai kenang-kenangan....

Sudah nampak Puncak Boh.... sikit lagi nak sampai....

Sayup mata memandang, berat lagi kaki yang mengayuh.....

Layan minum teh tarik dulu di Puncak Boh....sebelum layan downhill ke Finishing Line @Habu....

Wow....memag lazat teh nie....

Downhill turun menuju finishing line di Habu....


Sampai akhirnya....


Memang puas hati walaupun fun ride....

Ketinggian paling tinggi di Puncak Boh....

Trek sejauh 40km sahaja....

No comments:

Post a Comment