Sunday, 5 April 2015

Shah Alam Enduride 2015 - 5 April 2015

Shah Alam Enduride 2015 merupakan penganjuran kali kedua pada tahun ini setelah berjaya pada tahun lepas. Penyertaan kali ini bertambah berbanding tahun lepas dan kali ini Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipilih sebagai tapak acara. Sememangnya, kayuhan enduride ini merupakan salah satu kayuhan yang "tough" pada tahun lepas dan kali ini bertambah cabarannya lagi apabila laluan "dragon back" digunakan sebagai laluan selain pendakian di Cahaya SPK. Cukup memenatkan serta menguji segala kudrat dan keringat yang ada sebelum sampai ke garisan penamat.

Laluan kali ini berbeza seperti tahun lepas dan kali ini melalui Dataran Kemerdekaan Shah Alam-Bukit Jelutong-Kota Damansara-Sungai Buloh-Bukit Rahman Putra-Batu Arang-Fruit Valley Bestari Jaya-Ijok-Taman Tasik Puteri-Puncak Alam-Dragon Back-Cahaya SPK-TTDI Jaya-Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Kayuhan sejauh 128km dan penatnya sama seperti kayuhan century ride namun cabarannya tetap maksimum.


Penganjuran kali ke-2 tahun ini setelah berjaya pada tahun lepas...

Jersey Mastana lah pulak kali ini....

Geng-geng kuat Mastana....


Starting line....lebih kurang 1000 orang menyertainya walaupun pendaftaran mencecah 1300 orang...


Water Station 2....refill air dulu sebelum layan "dragon back"...

Water Station di kawasan Ijok....


Waaaa....adda jugak gambar time tengah kayuh... 



"Dragon Back"....cuaca panas...pendakian yang cukup memeritkan....


Pendakian di Cahaya SPK.....

Sampai finishing line....alhamdullilah....


Medal sebagai kenangan....cukup perit untuk memilikinya....


Fairuz dan Iswardy PKNS....hebat dia orang nie....

Kenangan terindah......

Laluan sejauh 128km....laluan kali ini memang mencabar tetapi laluan tahun lepas memang lagi mencabar...namun pendakian di "dragon back" serta "Cahaya SPK" memang Kaw-Kaw......

No comments:

Post a Comment