Laluan kali ini bermula di Kedai JiwaBasikal dan menuju ke trek Sungai Buaya. Trek kali ini licin dan berlumpur disebabkan hujan lebat yang turun pada hari sebelumnya. Pelbagai kumpulan serta individu telah turun berkayuh kali ini dan terima kasih diucapkan kepada JiwaBasikal, Sentosa Cycling Team (SCT), Sungai Buaya Cycling Club (SBCC), ARB Tasik Puteri serta geng basikal yang lain yang menjayakan kayuhan pada kali ini.
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat....amin..
PRCC berkumpul semula.....
Nasir-Basri-Babat-Mie Cha-Afitz-Azam-Nuar-Abun-Josh-Wak
Berkumpul di Kedai JiwaBasikal......
Rakan kayuhan dari ARB....
Ucapan dari wakil arwah....
Pak Hassan sebagai juruacara pada pagi ini....
Briefing serta bacaan doa sebelum memulakan kayuhan....
Kayuhan bermula pada pukul 9 pagi...
Laluan road menuju ke Prima Beruntung....
Awas!!! Kerbau melintas.....
Memasuki laluan offroad....dan seterusnya climbing concrete sehingga ke puncak....
Pendakian telah bermula....
Pendakian di ladang getah....laluan licin dan berlumpur...
Berehat di puncak sebelum layan downhill....
Sampai di kawasan Felda Sungai Buaya....
Memasuki laluan Lorong Tikus....
Climbing di laluan semak samun....banyak pokok tumbang di laluan ini....
Sampai di kolam pancing ikan di pinggir Sungai Buaya...
Laluan tarmac di Felda Sungai Buaya....
Menyusuri laluan tikus diantara Felda Sungai Buaya ke Prima Beruntung....
Sampai semula di kedai JiwaBasikal....nasib baik sempat sampai sebelum hujan turun dengan lebatnya...ada jugak rakan-rakan yang basah kuyup bermandi hujan...
Jamuan ringan untuk pengayuh disediakan oleh pihak JiwaBasikal....
Sumbangan telah disampaikan oleh Syeikh JiwaBasikal kepada Saudara Azmi selaku wakil kepada keluarga arwah....
Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat meringgankan beban yang ditanggung oleh keluarga arwah....
Al-Fatihah....
KIPIDAP!!!
ReplyDelete