Tuesday, 29 September 2015

Plentong Epic Ride yang ditunggu-tunggu....

Setelah berehat sekali lagi tahun lepas (2014), kali ini muncul kembali dengan tema yang agak ganas dengan tema lanun ala-ala "Pirates Of The Caribbean". Format kayuhan juga berbeza tahun ini dengan 2 loop diperkenalkan dan setiap loop sejauh 35km. Terpulang kepada peserta ingin menghabiskan kedua-dua loop atau satu loop sahaja. Medal tetap diberikan dan hanya ranking number menjadi perbezaan.

Sememangnya, trek Plentong Epic ini merupakan antara trail terbaik yang pernah disertai. Singletreknya memang cukup berperisa dan enak dilayan, namun azabnya masih berbisa.


Plentong Epic Ride 2015
Penyertaan kali keempat setakat ini.....

Plentong Epic Ride 2013
Hujan lebat diakhir kayuhan...tapi laluan trek memang mencabar jiwa dan raga.... 

Plentong Epic Ride 2011
Laluan trek memang cukup mencabar mental dan fizikal di tahap maximum....laluan singletrek tetap terbaik...

Plentong Epic Ride 2010
Kali pertama menyertainya dan terus tertarik dengan hidangan trek yang disajikan..... menderita di dalam trek tetapi kepuasan setelah sampai di garisan penamat.....

Sunday, 27 September 2015

Mizuno Wave Run 2015....Postponed....

Larian "Mizuno Wave Run 2015" yang sepatutnya berlangsung pada hari ini terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan disebabkan keadaan jerebu yang teruk melanda di sekitar Putrajaya. Walaupun telah sampai awal di Putrajaya dan bermalam disana, namum terpaksa akur dengan keputusan yang diambil oleh pihak penganjur. Sempat berkunjung di Dataran Putrajaya pada malamnya dan dapat melihat khemah serta peralatan telah diletakkan disana.

Suasana malam di Dataran Putrajaya masih tetap meriah walaupun keadaan jerebu berada di paras kurang sihat namun masih ramai lagi yang melakukan aktiviti luar.


Ditunda namun tarikh masih belum ditetapkan....rasanya akan "clash" dengan event yang telah diregister  pada bulan October atau November nanti....

Pengumuman tentang penangguhan event oleh pihak penganjur di Facebook....

Keadaan jerebu di Putrajaya pada waktu malam.....

Jerebu pada pukul 1.30 tengahari....IPU semasa ini 200+

Monday, 21 September 2015

Training Mode : BB-KKB - 20 September 2015

Kayuhan training untuk persiapan Melaka Century Ride (MCR) pada bulan hadapan. Kayuhan dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Bahru sejauh lebih kurang 55km sahaja. Hanya berempat sahaja kali ini, laluan berbukit menuju ke Rasa serta melalui Jalan Ampang Pecah sebelum sampai ke Kuala Kubu Bahru. Macam biasa, pit stop di gerai makan di KKB sebelum menuju pulang ke Bukit Beruntung.

Persimpangan jalan menuju ke Kuala Kubu Bahru....

Wak...training untuk MCR katanya.....


Rail keretapi Komuter KTM.....

Anas....pun join sekali...tapi gambar Josh tak ada pulak...



Menuju pulang ke Bukit Beruntung....lepas ini layan climbing pulak....tengah panas nie...



Jarak 55km sshaja....




Saturday, 19 September 2015

Layan KDCF Trail.....19 September 2015

Minggu ini kayuh di Kota Damansara Community Forest (KDCF) Trail pulak, rasanya sudah hampir setahun tak masuk trail ini. Cuaca panas dan kering ketika ini memang sesuai untuk melayan singletrail teknikal. Jika musim hujan laluan licin dan berselut, mudah untuk tergolek terlentang. Ramai juga rider yang berkayuh pada pagi ini dan termasuk lah jogger.

Laluan Temuan Trail memang menjadi pilihan. Disebabkan masa yang terhad dan terdapat urusan di sebelah petang, hanya mampu untuk membuat 2 loop sahaja. Mungkin lain kali boleh datang lagi.


Pit Stop di dalam trail....lepak ambil nafas dulu...

Santa Cruz sudah boleh beraksi semula setelah berehat selama sebulan....

Wak pun join sekali pagi nie...

Afitz...penghulu KD, lead the group pagi nie....

Pilih laluan mana nak pegi....

Woow...ceria nampak...dah separuh nyawa nie....

Trail tak banyak berubah....

Abun tunjuk skill di celah-celah pokok....

Layan downhill serta drop....



Laluan trail kering....best dapat melayan singletrek....

Letih kayuh...rehat dulu...lepas nie layan lagi...2 loop jadi lah...

Macam biasa...lepas kayuh mengeteh dulu....kat Restoren Subaidah....

Sunday, 13 September 2015

Asean Riders Night Run 2015 - 12 September 2015

Asean Riders Night Run 2015 merupakan acara pertama berlari di waktu malam disepanjang menyertai aktiviti larian ini. Larian malam disekitar Putrajaya dengan penyertaan lebih kurang 2000 orang. Bermula di hadapan Istana Kehakiman Persint 3, larian telah dilepaskan pada pukul 8.40 malam.

Jarak larian hanya 5km sahaja dan tujuan sebenar menyertai acara ini adalah semata-mata untuk membawa family bersantai sambil menikmati suasana malam di Putrajaya. Cukup meriah di kawasan ini dengan pelbagai permainan seperti "roller blade", skate board serta basikal bermotor dan macam-macam lagi sedia untuk disewakan. Harga sewaan juga berpatutan dan begitu ramai yang hadir terutama menjelang tengah malam.


Larian malam yang pertama disertai.....

Bersama family yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan....


Warm-up dulu sebelum memulakan larian...


Tempat seperti biasa...di hadapan "Palace Of Justice"....

Hampir 2000 orang bersedia untuk larian...


Flag off pada pukul 8.40 malam....

Tamat larian....medal kaca sebagai kenangan....

Habis number plate basah serta koyak disebabkan peluh....

Anak bujang yang sentiasa memberikan semangat...

Sebelum balik....anak perempuan nak mencuba "roller blade" dulu...letih melayan sebab belum mahir lagi tapi dah minta beli sepasang untuk main dekat rumah....dulu time belajar pun aku active main roller blade nie...tapi dah lama tinggalkan, skill pun dah hilang....

Tak pasti pulak nama mainan ini....tapi layan jugak....sempoi...

Huhuhu....letih main roller blade daripada berlari.....

Jarak larian sejauh 5km....tapi tak complete sebab handphone kehabisan bateri....