Tuesday, 29 September 2015

Plentong Epic Ride yang ditunggu-tunggu....

Setelah berehat sekali lagi tahun lepas (2014), kali ini muncul kembali dengan tema yang agak ganas dengan tema lanun ala-ala "Pirates Of The Caribbean". Format kayuhan juga berbeza tahun ini dengan 2 loop diperkenalkan dan setiap loop sejauh 35km. Terpulang kepada peserta ingin menghabiskan kedua-dua loop atau satu loop sahaja. Medal tetap diberikan dan hanya ranking number menjadi perbezaan.

Sememangnya, trek Plentong Epic ini merupakan antara trail terbaik yang pernah disertai. Singletreknya memang cukup berperisa dan enak dilayan, namun azabnya masih berbisa.


Plentong Epic Ride 2015
Penyertaan kali keempat setakat ini.....

Plentong Epic Ride 2013
Hujan lebat diakhir kayuhan...tapi laluan trek memang mencabar jiwa dan raga.... 

Plentong Epic Ride 2011
Laluan trek memang cukup mencabar mental dan fizikal di tahap maximum....laluan singletrek tetap terbaik...

Plentong Epic Ride 2010
Kali pertama menyertainya dan terus tertarik dengan hidangan trek yang disajikan..... menderita di dalam trek tetapi kepuasan setelah sampai di garisan penamat.....

No comments:

Post a Comment