Sunday, 4 October 2015

Plentong Epic Ride 2015 - 3 October 2015

Muncul kembali setelah berehat selama setahun. Kali ini lebih mencabar serta menduga kemampuan setiap peserta. "Plentong Epic Ride 2015" tahun ini merupakan jarak yang paling jauh setakat ini dengan jarak keseluruhan sejauh 70km. Namun dibahagikan kepada 2 loop kayuhan, kedua-dua loop sejauh 35km. Terpulang kepada peserta untuk membuat 1 loop atau 2 loop. Kali ini tanpa Fairuz, namun ditemani oleh Afitz, Iskandar, Wak dan Hamdi.

Jumlah peserta kali ini lebih kurang 815 orang dan terdiri daripada pelbagai negara yang datang dari Singapore. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Plentong Epic Ride sememangnya menjadi daya tarikan kepada peminat-peminat mountain bike dari seberang tambak Johor.


Penyertaan kali keempat pada tahun ini....

Kali ini bersama-sama rakan PRCC.....
Wak-Babat-Afitz-Iskandar-Hamdi

Tempat seperti biasa di gelanggang basketball Kampung Plentong Baru....


Di garisan permulaan....duduk di kelompok belakang.....


Ramai peserta dari luar negara yang datang dari Singapore......

Flag Off ...tepat pukul 8 pagi....

Antara bukit yang terawal di daki....licin serta basah akibat hujan pada hari sebelumnya...


Berkayuh di bahagian belakang Uitm Cawangan Masai, Pasir Gudang....antara uitm yang baru dibina di selatan tanahair...

Kesesakan sedikit....disebabkan peserta menolak basikal di kawasan pendaki dan ditepi pagar uitm...

Singletrek....laluan sempit dan menyebabkan berlaku kesesakan...membazir masa akibat menunggu giliran...


Pendakian di puncak pencawang....antara laluan yang sama sebelum ini....


Menarik mendaki di kawasan ini....walaupun tinggi namum berjaya ditawan....

Kesesakan sekali lagi....ramai rider menolak ketika menuruni bukit pencawang ini....

Masa berlalu terbiar begitu sahaja....

Lebih kurang 30 minit...masa terbuang disini...jam sudah menunjukkan pukul 10.20 pagi...hanya tinggal 1 jam lagi sebelum cut off time... jarak baru 20km....

CP 1 dan water station....

Meneruskan perjalanan semula sambil mengejar masa....

Laluan berpasir dan anak sungai....

Kawasan berpasir dan terbuka....


Memasuki laluan singletrek semula....

Tebing tinggi dan anak sungai....

Laluan tarmac terbuka....cuaca mendung dan berangin....


Pendakian....

Jika dulu...puncak bukit ini merupakan CP yang terakhir....

Sampai di CP Loop 1.....

Cut off masa tamat...sampai pada pukul 12 tengahari....setengah jam lewat...

Diarahkan ke finishing line oleh marshal...

Ini merupakan kayuhan Plentong Epic Ride yang ke-4 dan pertama kali tidak berjaya menghabiskannya....kecewa kerana banyak masa terbuang di dalam trek teruatama di bukit pencawang dan laluan singletrek.....diharapkan kehampaan ini akan ditebus kembali pada epic ride yang akan datang....

Sampai di finishing line....

Plak sebagai pengganti medal....satu kelainan berbanding dengan epic ride sebelum ini....

Acara lucky draw bermula....tidak menunggu sehingga habis acara disebabkan mengejar masa untuk pulang ke Kuala Lumpur....

No comments:

Post a Comment