Sunday, 27 November 2016

Penang Bridge International Marathon 2016 - 27 November 2016

Penyertaan kali kedua di Penang Bridge International Marathon, jika tahun lepas menyertai larian 10km, namum kali ini mencuba untuk Half Marathon pula. Starting line masih ditempat yang sama, namum kali ini akan bermula pada pukul 3 pagi selepas acara Full Marathon dilepaskan pada 1.30 pagi. First time berlari di awal pagi dan terasa mata memang mengantuk selepas berlari. Penyertaan keseluruhan mencecah seramai lebih kurang 20 ribu orang yang terdiri daripada peserta luar negara dan juga tempatan.


Half Marathon yang ke-4 untuk tahun ini....selepas Mizuno Night Run, Great Eastern Live Run dan juga Putrajaya Night Marathon....

Starting line....dah ramai peserta yang berada di garisan permulaan...banyak muka-muka peserta luar negara...

Solo jea kali ini....tidak berteman...

Peserta Full Marathon....di hadapan Eastin Hotel...tempat permulaan bagi acara 10km dan Fun Run...

Menuju ke starting line untuk acara HM...ramainya manusia...ada yang tidur di dalam khemah berhampiran garisan permulaan....menarik juga kalau nak buat tahun depan...bersantai sambil menikmati suasana malam di tepi laut....

Nasib baik pihak hotel menyediakan perkhidmatan shuttle bus ke Queenbay...parking memang penuh dan terpaksa berjalan lebih kurang 2km....

Queenbay Mall....ada Jusco disini dan banyak juga tempat-tempat hiburan di kawasan sekitar...

Tandas portable....peserta beratur panjang untuk menunggu giliran...banyak juga tandas diletakkan di sepanjang laluan larian untuk kemudahan para peserta...

Tidak pasti berapa ramai yang menyertai acara HM...rasanya lebih kurang 6k....


Flag off pada pukul 3 pagi....suasana dingin serta sejuk walaupun di tepi laut...

Berada di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'zam Shah....jambatan ditutup bermula pada pukul 12 tengah malam sehingga 10 pagi....

Mengantuk pulak mata nie.....ada jugak runner yang tidur di tepi jalan terutama di atas jambatan...tak pasti kategori apa...mungkin FM kot....


Sampai di finishing line....

Koleksi medal PBIM yang kedua....

Ramai peserta FM yang mula sampai.....hebat2 dia orang nie...berlari sepanjang malam...

Tidak menunggu lama...terus balik ke hotel disebabkan mata dah mengantuk sangat....letih rasanya berlari di awal pagi...

Belon pace untuk FM... boleh ikut mana yang suka...

Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.....

Saturday, 19 November 2016

BeeStorm Trail Run 2017 - 20 November 2016

Minggu ini berlari di dalam trail pula di BeeStorm Trail Run 2016. Larian bertempat di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kepong dengan penyertaan seramai lebih kurang 600 orang. Sepatutnya ini merupakan larian yang kedua di FRIM, namun larian yang pertama iaitu Fire Fighter Trail Run pada bulan lepas tidak dapat disertai disebabkan keletihan menyertai Shimano Burung Hantu Nite Ride di Ayer Keroh dan berasa malas untuk berlari dikeesokan harinya. Sebenarnya memang sudah lama hendak berlari di FRIM ini, jika sebelum ini hanya berkayuh di sini. Namun sebenarnya sudah jarang berkayuh di FRIM ini disebabkan laluan pintu belakang melalui Hospital Kusta telah ditutup disebabkan oleh pembangunan yang sedang dijalankan.

Bermula di kawasan tasik Kepong Botanical Garden dan flag off pada pukul 7.30 pagi dengan peserta lelaki pada semua katergori dilepaskan dahulu diikuti dengan peserta wanita. Larian yang boleh dikatakan 50/50 iaitu road serta offroad.


Larian trail di sekitar FRIM Kepong dan merupakan larian trail yang ketiga untuk tahun ini...

Warm-up dengan tarian zumba sebelum larian dimulakan...t-shirt berwarna kuning hitam yang bertemakan lebah bagi setiap peserta....


Flag off pada pukul 7.30 pagi dengan peserta lelaki dilepaskan dahulu....larian menuju ke Sengkuang Trail sebelum membelok masuk ke Tongkat Ali Trail dan seterusnya menuju ke Gravel Trail....memasuki laluan Kem Perah sebelum menuju semula ke tasik sambil mengelilingi tasik sebelum menuju ke penamat.... 
 
Menuju ke finishing line....

Bersama Afitz kali ini....lepas lari terus balik...tak tunggu untuk lucky draw...




Koleksi medal seterusnya untuk tahun ini....medal berwarna hijau dan bentuk agak menarik...

Jarak hanya 7.6km jea.... macam tak puas jea lari...

Kayuhan BERSIH5 @Bukit Malawati Kuala Selangor - 19 November 2016

Sempena himpunan Bersih5 pada hari ini maka kayuhan pada pagi ini juga dinamakan sebagai Kayuhan Bersih5 @Bukit Malawati. Walaupun tidak dapat berhimpun di Kuala Lumpur namun impian untuk perubahan sentiasa membara dan biarkan PRU14 nanti menjadi penentu. Kayuhan bermula di Aeon Anggun Rawang dan kali ini bertiga bersama Iskandar dan Hamdi. Hamdi sedang berjinak-jinak dengan RB dan kali ini merupakan kayuhan jarak jauh yang pertama dengan menggunakan jentera bernama Condor.

Bergerak pada pukul 8.45 pagi menuju ke Tasik Puteri-Kuang-Latar Highway-Ijok-Jalan Saga-Bukit Malawati-Ijok-Fruit Valley dan seterusnya kembali semula ke Aeon Rawang. Jarak kayuhan lebih kurang 100km dan ini juga salah satu persediaan untuk menghadapi kayuhan Audax300 pada malam tahun baru nanti.


Macam biasa...bila sampai di puncak pastikan akan bergambar sakan....

Pit stop di hujung highway Latar...memang wajib akan berhenti dulu dekat sini..berehat dulu sebelum meneruskan kayuhan...

Lima....tanda Bersih 5....

Hamdi menggunakan jentera jenama Condor...."macam penuh ku lihat basikal ini...tapi dimana eek..."

Polis road block selepas pusingan-u di Latar Highway...menahan peserta Bersih yang ingin berhimpun....

Sampai di puncak Bukit Malawati....ramai pengunjung hari ini...meriah...monyet-monyet disini pun gembira mendapat habuan makanan dari orang ramai... 

Monyet berkeliaran di kawasan sekitar...ada yang nampak jinak dan ada juga yang nampak ganas...


Cuaca hari ini agak panas terik....terasa bahangnya...


Bergerak turun menuju pulang....hari semakin panas...




Berhenti di gerai buah dekat Ijok....makan buah dulu sambil menghilangkan letih...cuaca semakin panas...refill air dulu sebelum layan climbing di Fruit Valley dan kawasan hutan menuju ke Tasik Puteri...


Akhirnya sampai jua di Aeon Rawang....lepak minum di kedai mamak dulu sebelum balik...

Woow....mahal helmet nie....Hamdi punya...khas untuk road bike katanya...

Jadilah....dapat 100km....lagi pun cuaca agak panas terik hari ini...

Puas....

Climbing paling tinggi di kawasan Fruit Valley....