Sunday, 18 December 2016

2XU Compression Night Run 2016 - 17 December 2016

2XU Compression Night Run 2016 di Putrajaya merupakan larian penutup tirai bagi tahun 2016. Ini merupakan larian Half Marathon yang ke-5 untuk tahun ini dan diharapkan tahun depan lebih ceria dan semoga diberikan kemudahan dan kesihatan yang berpanjangan. Penyertaan kali ini seramai lebih kurang 10 ribu orang yang dibahagikan kepada pelbagai kategori. Flag off dilakukan di Komplek Sukan Air Persint 6 Putrajaya pada pukul tepat jam 8 malam. Peserta HM dilepaskan pada pukul 8 malam manakala peserta 10km dilepaskan pada pukul 8.30 malam.


HM yang ke-5 untuk tahun ini...dan merupakan penutup event untuk tahun 2016...

Bersama Hamdi....walaupun terpisah diawal larian namun bertemu jua semasa 2km yang terakhir....

Peserta sudah mula berkumpul seawal jam 7 malam...cuaca malam ini memang baik walaupun sedikit berangin...


Flag off pada pukul 8 malam...dan tiada gambar semasa berlari disebabkan fokus dengan larian dan malas nak keluarkan handphone....baki 2km mengelilingi tasik dengan melalui kawasan Hotel Pullman sebelum berakhir di Komplek Sukan Air....sinaran lampu neon yang berwarna warni semasa menghampiri garisan penamat....

Selesai larian...lepak dulu sebelum balik...sebelum balik ambil T-Shirt Finisher dulu namun "refreshment" yang sepatutnya disediakan sudah habis walaupun masih ramai lagi peserta yang belum mengambilnya dan masih ramai lari peserta yang masih belum sampai digaris penamat.... 


Medal penutup tirai tahun 2016....

Ini jea yang termampu....syukur alhamdullilah...

Laluan yang agak sama seperti event-event sebelum ini walaupun begitu masih terdapat perbezaannya....

Pendakian menuju ke Alamanda sebelum berpatah balik menuju ke Komplek Sukan....laluan mengelilingi tasik sebelum menuju ke garisan penamat...

No comments:

Post a Comment