Mula mendaki pada pukul 8.40 pagi dikawasan parking kereta yang disediakan. Bayaran masuk sebanyak RM1 seorang dikenakan oleh pihak Perkampungan Orang Asli. Terdapat 3 sungai akan ditempuhi disepanjang perjalanan. Laluan landai serta lecah diawal trek dan mula mendaki selepas melepasi sungai yang ketiga. Pendakian lebih curam serta licin jika dibandingkan dengan laluan pendakian ke Lata Medang. Terdapat banyak lereng yang curam serta pacak sehingga menguji segala kudrat dan juga mental.
Dipertengahan perjalanan terdapat kawasan yang dikenali sebagai Batu Tedung, iaitu kawasan berbatu yang besar serta luas. Manakala di puncak terdapat bongkah batu yang besar dan merupakan puncak tertinggi di Bukit Kutu ini. Terdapat juga peninggalan kesan rumah banglow ala-Ingeris di atas puncak bukit ini yang didiami oleh pegawai British semasa zaman penjajahan di Tanah Melayu dahulu. Hampir seratus pendaki yang mendaki Bukit Kutu pada hari ini dan semasa perjalanan turun hujan lebat mulai turun menyebabkan laluan menjadi licin dan berselut. Sama situasi semasa kami menuruni Lata Medang pada tahun lepas. Cabaran yang sukar semasa menyeberangi sungai yang terakhir apabila arus deras serta paras air yang tinggi akibat hujan. Sampai di tempat parking kereta pada pukul 4.30 petang.
Menghayati pemandangan di atas batu besar yang merupakan puncak tertinggi di Bukit Kutu...
Kami sepuluh orang kesemuanya....namun ramai juga pengunjung lain yang mengambil kesempatan sempena cuti Krismas....
Jambatan besi yang pertama....hiking pun bermula...
Bergambar dulu...awal lagi masih bertenaga....
Prima Riders....minggu ini basikal simpan dulu...kita hiking..
Jambatan besi kedua...jambatan ini telah roboh namun masih tetap digunakan...
Bergambar dulu...jambatan ini lah yang akan mencabar kami semasa pulang nanti...lihat sahaja keadaan jambatan ini..tidak sukar semasa air cetek namun menggerunkan semasa hari hujan....
Muka dah letih nie...
Laluan landai di awal pendakian...
Menyeberangi anak sungai...selepas ini pendakian yang sebenarnya bermula...
Air segar dan sejuk...
Tu dia.....pendakian yang tak putus-putus selama lebih kurang 2 jam....
Rehat dulu....jauh lagi perjalanan....
Peluh dah mula keluar.....baju dah mula basah....baru ada rasa...
Kena senyum walaupun dah minta nyawa....
Pendakian di celah-celah akar pokok kena lebih berhati-hati bagi mengelakkan kaki tersadung atau tergelincir...
Tak habis-habis lagi nie....kepala lutut dah mula sakit....
Jauh lagi nak sampai puncak ke??? apasal tak sampai-sampai lagi nie...
Asyik mendaki jea...bila nak landai nie...
Main celah-celah pokok buloh pulak...kena hati-hati, takut terhantuk kepala...
Kawasan Batu Tedung....memang besar-besar batu dekat sini....memang macam kepala ular tedung...
Ilmu tolak batu...jurus pertapaan peringkat tertinggi...nak masuk ultra marathon kena menuntut ilmu ini dulu...
Apa lagi...bergambar sakan laah...
Tapi sayang...pada zaman moden ini pun masih ada yang berfikiran primitive macam zaman batu...keindahan alam diconteng dengan sesuka hati....masuk ke hutan untuk melihat keindahan alam dan bukan menjadi kaum primitive yang tidak bertamadun...mengelarkan diri sebagai pencinta alam tapi air setin yang masih belum diminum mampu di bawa masuk ke dalam hutan,namun tin yang sudah kosong menjadi berat sehingga tidak terdaya lalu dilontar di tepi denai...
Lepak berehat di sini dulu sebelum meneruskan pendakian...ada lagi 45 minit untuk sampai ke puncak...
"BOB" ??? apa yang cuba disampaikan....penunggu setia di sini pun tak pasti apakah jawapan... kelibat 2 ekor anjing yang menjaga kawasan ini...tidak menggangu pendaki hanya memerhatikan sahaja....
Bergambar dulu..... belum sampai puncak lagi....
Sayup kelihatan empangan KKB....
Pendakian lagi....
Bila nak sampai nie....
Muka dah letih nie...
Kesan tinggalan rumah banglow di sini....dah sampai puncak..
Bergambar kenangan....
Berada di puncak...Jalur Gemilang megah berkibar...
Panjat tangga aluminium untuk melihat pemandangan di sekitar puncak...
Gayat ooohhh....
Pendaki yang telah sampai berihat di puncak sambil menikmati makanan tengahari yang dibawa...
Saujana mata memandang....
Gayat jugak nie....kuat kan semangat...
Nasib baik kuat tangga nie...terima kasih kepada mereka yang telah bersusah payah membawa tangga ini sehingga ke atas puncak...
Berderau darah bila duduk dekat atas batu nie...
Hanya dua orang sahaja yang boleh duduk di atas batu pada satu masa...ruang yang terhad...
Empangan KKB....cantik pemandangan dari sini...
Gayat...lama-lama duduk kat atas ini...lepas ambil gambar, cepat-cepat turun...ramai lagi yang tunggu giliran nak naik...
Cool....Puas...
Seram sejuk jea kat atas nie sambil ditiup angin...
Kesan peninggalan banglow pegawai British di atas puncak Bukit Kutu...
Hujan turun semasa kami menuruni Bukit Kutu....arus sungai menjadi deras dan paras air menjadi tinggi...menyukarkan semasa ingin melintasinya...
Kedudukan platform yang sengget menyukarkan pergerakan...
Arus deras...
Berjaya menyeberanginya....
Paras air pun tinggi dan arus menjadi deras....cukup bahaya jika kita tidak berhati-hati dengan alam...
Syukur alhamdullilah...semuanya selamat sampai di parking kereta pada pukul 4.30 petang...
In syah Allah...next trip...Gunung Nuang...
No comments:
Post a Comment