Sunday, 26 February 2017

Shah Alam Half Night Marathon 2017 - 26 February 2017

Larian Half Marathon yang pertama untuk tahun ini di Shah Alam Half Night Marathon. Ini merupakan kali kedua berlari di tengah malam disekitar bandaraya Shah Alam selepas Mizuno Wave Night Run pada tahun lepas. Jika dulu, Mizuno Wave Night Run merupakan kali pertama memasuki acara half marathon dan bermula di Stadium Shah Alam, namun kali ini masih dalam kategori yang sama tetapi bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Larian bermula pada pukul 12.30 tengah malam dan masa yang diperuntukkan bagi larian half marathon selama 4 jam. Larian di tengah malam kurang mengganggu kesesakan lalu lintas disekitar bandaraya Shah Alam namun masih perlu berhati-hati terutama di laluan yang gelap tanpa lampu jalan. Semasa perjalanan menuju ke Shah Alam, hujan turun dengan lebatnya dari Rawang sehinggalah ke Bukit Subang, namun kawasan sekitar Shah Alam masih lagi kering. Ini bermaksud sama ada kawasan di sekitar Shah Alam tidak hujan atau masih belum hujan lagi. Tetapi melihatkan keadaan langit yang gelap bersama tiupan angin, menandakan hujan akan turun. Tepat tekaan kali ini, hujan turun sejurus flag off bermula. 3km yang pertama bermandikan hujan di tengah malam. Sepanjang larian, hujan turun renyai-renyai dan kadang-kadang berhenti. Berlari dalam kesejukan malam yang dingin....


Larian half marathon yang pertama untuk tahun ini dan yang kedua di bandaraya Shah Alam pada awal pagi....

Sebelum memulakan larian...peserta kali ini dianggarkan seramai lebih kurang 6 ribu orang...dataran Shah Alam dipenuhi dengan runner yang tidak tidur sepanjang malam... 

Bersama Man Badang kali ini....

Flag off pada pukul 12.30 tengah malam....acara kali ni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu half marathon dan 10km....


Peserta front runner berada di garisan paling hadapan...laju-laju dia orang nie...memang tak terkejar pun...

Berada di garisan permulaan....





Ada jugak gambar time berlari....

Selesai larian pada pagi ini.....keletihan dan mengantuk....

Bergambar dulu sebelum balik....tak tunggu lama sebab mata dah mengantuk dan kena drive balik sorang-sorang... 


Ini sahaja yang mampu...target di bawah 3 jam tercapai namun tidak memperbaiki masa terbaik...masih perlu banyakkan usaha lagi....

Route yang berbeza dengan larian yang sebelum ini....

Monday, 20 February 2017

BBR Trail Run Challenge 2017 - 19 February 2017

Penyertaan trail run buat kali pertama untuk tahun ini di BBR Trail Run Challenge yang bertempat di Sungai Buaya, Rawang. Disebabkan jarak yang tak jauh dari rumah, maka event ini terus diregister. Jarak larian sejauh 15km di sekitar Felda Sungai Buaya sehingga menghala ke Sungai Dua Rawang serta kawasan sekitarannya. Trail yang dihidangkan merupakan "fast trail" dan terdapat juga pemandangan yang menarik seperti di kawasan kebun sayur, tanaman rumput carpet serta lalaun di ladang kelapa sawit Waterfall.

Larian dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dengan lebih kurang 450 penyertaan pada kali ini.

Event trail run yang pertama untuk tahun ini....

Bersama runner handalan.....Iswardy PKNS dan Afitz....memang laju-laju dia orang nie...

Ramai runner telah bersedia di garisan permulaan iaitu berhadapan dengan Sekolah Menengah Sungai Buaya... cuaca pagi ini cerah walaupun hujan disebelah petang pada hari sebelumnya...


Bersama dengan geng-geng lain yang terdiri dari rakan-rakan dari Perodua....

Ceria...sebelum larian...

Habis berlari....lepak dulu sebelum balik...tak ada gambar semasa berlari kali ini disebabkan malas nak bergambar...lagi pun susah nak slide screen iphone bila tangan basah berpeluh...


Sebelum balik bergambar dulu....


Garisan penamat...walaupun masih ada runner yang baru sampai....

Bersama Yeo SBCC....dah lama tak berkayuh bersama...pagi ini datang pun sebagai pemerhati sahaja...

Medal kenangan untuk tahun ini....

Sunday, 12 February 2017

Fraser Hill Renew Lesen 2017 - 12 February 2017

Jika tahun lepas hujung-hujung tahun baru renew lesen, tapi tahun ini renew awal sikit lesen Fraser Hill. Berkayuh dari Pejabat Pos Kuala Kubu Baru (KKB) menuju ke puncak Fraser Hill bersama Basri dan Abun. Ikut perancangan awal ingin berkayuh bersama geng JiwaBasikal tetapi disebabkan dia orang bermula di Sungai Chilling maka hanya berjumpa di puncak Fraser Hill. Hari ini berjumpa dengan ramai rakan kayuhan dan kesemuanya menuju ke puncak Fraser. Cuaca kali ini mendung serta berangin. Angin bertiup kencang, agak luar biasa daripada selalu. Pendakian di Empangan KKB memang menyeksakan akibat rintangan angin dan kadang-kadang dari arah tepi menyebabkan basikal sukar untuk dikawal.

 Kayuhan bermula lewat pada pukul 8.55 pagi dan tamat pada pukul 3 petang.


Sampai di puncak sebelum pukul 12 tengahari....pertama kali untuk tahun ini dan kali kedua bersama Avanti Corsa....


Signboard ini memang wajib bergambar jika berkayuh ke Fraser....

Basri....kayuh MTB jea...tayar pun pakai offroad jea...training untuk touring katanya...

Berselfie dulu....

Abun...training untuk touring jugak katanya....

Sampai di Pit Stop....Sungai Semangkok....

Berjumpa dengan geng otai yang kuat ...geng E.T Riders....

Sampai di Gap Fraser....

Ramai rider yang berkayuh di sini pada hari ini....cuaca masih mendung dan berangin....terasa sejuk dan dingin... ini kalau hujan confirm menggigil time turun nanti...

Pendakian ke puncak Fraser....terjumpa otai @penghulu Fraser Hill....Tokji...otai yang sememangnya cukup berbisa.... laluan ini memang makanan harian beliau...

Sampai di puncak....memang terasa sejuk kali ini....agak menggigil semasa sampai di sini...perut pun dah jadi lapar....berhenti di kedai runcit sambil membeli roti dan ais krim....memang nikmat memakan ice cream dalam kedinginan...


Sasaran tercapai untuk sampai sebelum pukul 12 tengahari....

Tak sangka dapat berjumpa dengan geng-geng lama semasa sekolah menengah dulu....

Macam biasa....tak sah kalau dah sampai kat puncak tapi tak bergambar dekat menara jam...

Jeff pun ada....siap pakai baju Prima lagi....

Melepak makan tengahari sambil menunggu rakan yang lain tiba...tidak menunggu lama, terus turun dari puncak disebabkan cuaca seperti hendak hujan...lagi pun Basri dan Abun hanya berkayuh sampai di Gap sahaja....turun berseorangan sambil menahan kesejukan...

Ramai rider sudah mula turun....dan ada juga yang bergerak ke gerai dekat masjid untuk makan tengahari....


Bergambar bersama Pak Syeikh JiwaBasikal sebelum turun....

Training untuk Powerman pada bulan March nanti....