Monday, 20 February 2017

BBR Trail Run Challenge 2017 - 19 February 2017

Penyertaan trail run buat kali pertama untuk tahun ini di BBR Trail Run Challenge yang bertempat di Sungai Buaya, Rawang. Disebabkan jarak yang tak jauh dari rumah, maka event ini terus diregister. Jarak larian sejauh 15km di sekitar Felda Sungai Buaya sehingga menghala ke Sungai Dua Rawang serta kawasan sekitarannya. Trail yang dihidangkan merupakan "fast trail" dan terdapat juga pemandangan yang menarik seperti di kawasan kebun sayur, tanaman rumput carpet serta lalaun di ladang kelapa sawit Waterfall.

Larian dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dengan lebih kurang 450 penyertaan pada kali ini.

Event trail run yang pertama untuk tahun ini....

Bersama runner handalan.....Iswardy PKNS dan Afitz....memang laju-laju dia orang nie...

Ramai runner telah bersedia di garisan permulaan iaitu berhadapan dengan Sekolah Menengah Sungai Buaya... cuaca pagi ini cerah walaupun hujan disebelah petang pada hari sebelumnya...


Bersama dengan geng-geng lain yang terdiri dari rakan-rakan dari Perodua....

Ceria...sebelum larian...

Habis berlari....lepak dulu sebelum balik...tak ada gambar semasa berlari kali ini disebabkan malas nak bergambar...lagi pun susah nak slide screen iphone bila tangan basah berpeluh...


Sebelum balik bergambar dulu....


Garisan penamat...walaupun masih ada runner yang baru sampai....

Bersama Yeo SBCC....dah lama tak berkayuh bersama...pagi ini datang pun sebagai pemerhati sahaja...

Medal kenangan untuk tahun ini....

No comments:

Post a Comment