Sunday, 30 April 2017

Janamanjung Fellowship Ride (110Km) - 30 April 2017

Penyertaan kali ke-4 di Janamanjung Fellowship Ride semenjak tahun 2014. Hanya kali ini terdapat kelainan apabila ia diadakan bukan di dalam Stesen Janakuasa Janamanjung sebaliknya di kawasan peranginan Teluk Batik. Penyertaan kali ini juga kelihatan agak berkurangan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Mungkin faktor masa kerana terdapat banyak event-event yang besar pada hari yang sama. Namun begitu kemeriahan masih tetap dirasakan.

Pelepasan dimulakan pada pukul 7.30 pagi dengan jarak kayuhan sejauh 110km dengan meliputi kawasan sekitar seperti di Pantai Remis, Air Tawar, Beruas dan seterusnya ke Teluk Batik. Seramai 1,012 orang yang mendaftar pada kali ini.

Penyertaan kali ke-4 berturut-turut semenjak tahun 2014...

Berkumpulan di garisan permulaan seawal jam 6.40 pagi dan pelepasan dilakukan pada pukul 7.30 pagi...pada kebiasaannya ia dilepaskan pada pukul 7 pagi, mungkin faktor jarak yang berkurangan maka masa pelepasan dilambatkan....


Solo jea pagi ini....

Flag off.....menuju ke Pantai Remis...

Sampai di Water Station yang pertama....

Dewan Orang Ramai...Kampung Matang Acheh...

Berehat selama lebih kurang 30 minit sebelum memulakan semula kayuhan...


Baru 50km....masih ada baki lagi 60km....

Kayuhan akan bersambung semula....namun masih menunggu last rider sampai di Water Station dulu...

Antara rider yang baru sampai...respect dengan uncle ini...basikal biasa sahaja, namun berkayuh sehingga ke garisan penamat...tak perlu basikal yang mahal-mahal jika kita ingin menjaga kesihatan...

Water Station yang kedua...di sini juga berihat selama lebih kurang 30 minit...

Jarak sudah 80km...hanya tinggal baki 30km sahaja...marshall bagi tahu, selepas ini rider akan dilepaskan mengikut kelajuan masing-masing...follow pace masing-masing mengikut kemampuan...

Cuaca dah mula panas ketika ini...terik sangat...

Berjaya juga sampai di garisan penamat....koleksi medal yang ke-4 untuk Janamanjung...


Dari dulu sehingga sekarang...medal Janamanjung memang mantap dan bersaiz besar...antara koleksi medal terbaik untuk tahun ini...

Syukur....alhamdullilah....

Jarak sejauh 110km yang landai serta kurang berbukit....namun permukaan jalan agak teruk disebabkan keadaan jalan tar yang merekah, pecah serta berlubang....

No comments:

Post a Comment