Thursday, 20 July 2017

Santai Hiking @Bukit 2Ringgit Bukit Sentosa - 16 July 2017

Kebetulan geng-geng Prima Rider turun ke Bukit Beruntung untuk jamuan hari raya di rumah Mie Cha dan kesempatan diambil untuk mendaki Bukit 2Ringgit di sini. Ketinggian lebih kurang 250m sahaja dan sesuai untuk mereka yang ingin membawa family serta anak-anak untuk beriadah. Cuaca petang ini agak cerah serta panas walaupun hari sudah mulai petang.

Pendakian bermula lewat pada pukul 6.30 petang dengan pendakian di kawasan laluan ATV. Bukit ini telah ditarah dengan jentolak semata-mata bagi membuat trek ATV. Namun sukan ini tidak bertahan lama, hanya seketika walaupun kesan tarahan tanah di kawasan ini akan kekal selamanya.


Sampai di puncak Bukit 2Ringgit sebelum waktu maghrib....tidak pasti bagaimana nama bukit ini diberi nama, mungkin boleh try google atau cari dekat wikipedia....

Santai dan berborak-borak....maklumlah sudah lama tidak berjumpa dengan Tuan Hj.Azham....

Climbing pun bermula....

Ceria bersama Tn.Hj Azham.....lama tidak berkayuh dengan beliau...walaupun sudah berumur namun tenaga seperti orang muda....

Laluan ini sememangnya boleh berkayuh sehingga ke puncak....dah ramai rakan-rakan yang sudah sampai ke puncak dan layan downhill di sini....

Ada lagi climbing...ingatkan dah habis.....letih dah nie....

Huhuhuhu....mendaki lagi....


Last climbing sebelum sampai ke puncak....

Bergambar dulu.....


Serius nampak.....macam control nafas jea....

Layan pemandangan di atas puncak di waktu petang..... kawasan perumahan Telipot...

Trek motocross ...... boleh layan basikal lepas nie.....rindu rasanya...dah lama tak kayuh mtb....dah berabuk basikal...

Sampai puncak......

Nasib baik 2 ringgit...bukan 2 kupang....


Bergambar dulu sebelum turun....hari dah nak maghrib.....tak baik duduk dalam hutan waktu-waktu begini....

Turun.....laluan agak curam dan licin berpasir...

Laungan azan maghrib kedengaran dari Masjid As-Salam Bukit Sentosa.....hari semakin gelap....

Afitz dan Nuar...berlari-lari anak sambil turun di kawasan curam serta berpasir...
Semuanya selamat sampai turun....next time nak bercamping dekat atas puncak pulak....

No comments:

Post a Comment