Sunday, 30 September 2018

AXA Hearts In Action Run 2018 - 30 September 2018

Event yang pernah di"register" tahun lalu namun terpaksa menarik diri di saat akhir. Namun kali ini cuba untuk menyertainya dan tapak event bertempat di Anjung Floria Putrajaya. Terbahagi kepada 2 kategori iaitu 12km dan 6km. Acara ini bertujuan memberi pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat tentang pesakit cancer, jantung, kanak-kanak, alam sekitar dan juga penjagaan buah pinggang. Terdapat 5 jenis colour t-shirt yang boleh dipilih oleh peserta semasa mendaftar mengikut kesukaan masing-masing.

Lebih kurang 8 ribu peserta menyertainya pada kali ini dan sememangnya meriah. Flag off bagi kategori 12km pada pukul 6.30 pagi dan diikuti pula dengan kategori 6km.


Pertama kali menyertainya...meriah sambil beramal....

Lima golongan sasaran untuk acara ini...diharapakan ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang golongan ini....

Starting line di Floria Putrajaya.....

Flag off pukul 6.30 pagi untuk kategori 12km....


Masih belum ramai lagi runner yang masuk ke dalam starting line....

Larian hampir bermula...lebih kurang 1500 ribu peserta yang menyertai larian pada pagi ini....

Gambar semasa berlari....TQ CheckPointSpot.asia....

Ini baru nak masuk 4km....ada balance lagi 8km....hari baru nak cerah...

Sampai di garisan finishing....slow sangat pace hari nie... dah lama tak berlari dekat Putrajaya...

Dah lama tak berlari dekat event....last pun time dekat Kuala Terengganu hari tuu....lepas tuu ada jugak event yang terlepas sebab masalah kesihatan.....


Tapak event....ramai peserta yang telah sampai....kategori 6km mempunyai penyertaan paling ramai...ada yang berlari bersama keluarga....


Termenung sebab solo jea pagi nie....

Medal pun dah dapat...apa lagi chow dulu....macam biasa tak tunggu lama....lepas nie nak hantar anak balik asrama pulak...

Hari semakin panas....jom balik.... boleh konfius pulak time balik nak cari kereta parking dekat mana...time gelap tadi tak perasan parking dekat mana...nasib baik jumpa kereta...rupanya parking dekat area Wisma Tani....

Koleksi medal yang seterusnya pada tahun ini...

Laluan sejauh 12km jea.... jadilah asalkan dapat berlari....

No comments:

Post a Comment