Monday, 11 March 2019

Hiking Reunion Pine Tree & Twin Peak Trail - 10 March 2019

Setelah sekian lama tidak berhiking bersama-sama dan kali terakhir berkumpul pada 2 tahun yang lepas semasa mendaki Gunung Irau. Kali ini boleh dikatakan sebagai "Hiking Reunion" ke Pine Tree & Twin Peak Trail di Fraser Hill. Trail yang boleh dikategorikan sebagai "hardcore" kerana mempunyai laluan yang tegak pacak sambil turun naik dengan menggunakan tali. Laluan terlumpur serta berselut menyebabkan kesukaran semasa mendaki dan kadang-kala terdapat halangan akar pokok serta batu yang licin.

Kami seramai 19 orang pendaki menyertai cabaran expidisi pada kali ini. Lebih kurang 1 bulan perancangan dan persiapan diatur serta permohonan permit mendaki dilakukan supaya tidak dikatakan mendaki secara haram. Semuanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan. Pendakian bermula seawal jam 7 pagi, dimana kami semua bermalam di atas puncak Fraser Hill bagi memudahkan pergerakan di waktu pagi. Ini disebabkan jarak masa yang lama diperlukan jika hendak naik puncak Fraser dalam suasana waktu pagi yang sejuk serta berkabus. 

Terdapat juga rakan-rakan yang bergerak di awal pagi dari Kuala Lumpur ke Fraser Hill kerana tidak tidur bermalam di atas puncak. Perjalanan dari trail head ke puncak Pine Tree mangambil masa lebih kurang 3 jam manakala dari puncak Pine Tree ke Twin Peak lebih kurang 1 jam. Kami mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk lepak sambil bersantai di atas puncak Twin Peak sebelum turun. Kami sampai di trail head semula pada pukul 5 petang dan masa pendakian yang diambil lebih kurang 10 jam. Cukup memenatkan serta meletihkan tetapi kepuasan memang terpancar di setiap wajah rakan-rakan apabila selamat sampai tanpa sebarang kecederaan serta kemalangan yang tidak diingini.

Bergambar di hadapan pintu gerbang trail head Pine Tree Trail.... memulakan pendakian pada pukul 7.20 pagi dalam suasana sejuk dan berkabus...

Jarak pendakian adalah sejauh 6km sehala dan memerlukan lebih kurang 4 jam untuk menawan puncak Twin Peak....

Mempersiapkan diri terlebih dahulu di laluan masuk trail head.....banyak kenderaan yang diletakkan di tepi bahu jalan... ramai pendaki yang telah masuk sejak awal lagi...

Berjalan kaki sejauh 300 meter sebelum sampai ke trail head....

Geng Prima Riders....semua memakai baju "One Tribe".....

Briefing terlebih dahulu....dan kumpulan dipecahkan ke beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan urusan pendakian disebabkan ramai pendaki pada kali ini dan keadaan dalam trail ramai dengan pendaki....

Bergambar dahulu sebelum memulakan pendakian.... keceriaan terpancar di setiap peserta..... 

Maklumat berkaitan dengan Pine Tree dan Twin Peak trail... signboard yang diletakkan di sebelah pintu masuk trial....

Trail dalam keadaan menurun semasa awal laluan....banyak menurun berbanding dengan mendaki...agak santai ketika ini tetapi azab nanti ketika balik kerana terpaksa mendaki semula...

Ceria....laluan menurun....mudah dan santai dalam suasana sejuk dingin...

Keadaan masih berkabus di dalam trail....

Menuruni tangga batu yang pertama....kecondongan tangga kehadapan menyebabkan perlu lebih berhati-hati semasa melangkah...

Woow...masih ceria lagi...maklumlah trail menurun jea.....belum mendaki sangat...

Turun sambil menggunakan tali....agak curam dan licin...

Gaya jea lebih....

Nasib baik ada tali....senang sikit nak turun....

Kawasan yang dilitupi dengan akar pokok kayu menyebabkan terbentuk seperti gua...dikatakan juga sebagi tempat binatang hutan berteduh....

Geng Prima....

Take five dulu sambil bergambar..... sudah separuh daripada jarak perjalanan untuk sampai ke puncak...

Kawasan paling mencabar....mencabar diri untuk terus memanjat keatas....gayat rasanya....dengan ketinggian tegak pacak...hanya berpaut pada tali yang disediakan....

Setiap langkah perlu berhati-hati disebabkan tebing terlalu curam....

Fuuhhh....seramnya masa nak panjat.....

Akhirnya sampai di puncak Pine Tree......

Sampai di puncak Pine Tree pada pukul 10.30 pagi setelah pendakian selama 2 jam 50 minit...

Layan bergambar dulu sementara menunggu rakan-rakan lain sampai...ada juga rakan-rakan yang telah mula bergerak menuju ke puncak Twin Peak...

Berjumpa semula dengan Josh dan Nasir....kemudian mereka bergerak awal ke Twin Peak bagi memasak air dan makanan...

Alhamdullilah...akhirnya sampai di puncak Twin Peak....

Pendakian selama lebih kurang 50 minit dari puncak Pine Tree ke puncak Twin Peak....laluan menurun dulu dari puncak Pine Tree dan kemudian mendaki sehingga sampai ke puncak Twin Peak...

Kenduri kendarat di atas puncak....keluarkan semua makanan yang di bawa utnuk makan tengahari...

Ramai pendaki di atas puncak sehingga tiada ruang.... memang ramai pendaki hari ini....

Bergambar dulu sebelum turun....kami bergerak turun pada pukul 1 tengahari setelah lebih kurang 2 jam berehat di atas puncak...

Laluan sukar semasa turun dari puncak Pine Tree....perlu berhati-hati semasa melangkah turun...keadaan tebing yang curam serta berbatu....

Gayat semasa turun...nasib baik ada disediakan tali.....penggunaan tali semasa turun banyak membantu...

Akhirnya sampai jua di pintu gerbang trail head.....alhamdullilah selamat sampai pada pukul 4.20 petang setelah hampir 10 jam mendaki....

Jarak perjalanan dari pintu trail head sehingga ke puncak Twin Peak lebih kurang 6km.... ada laluan menurun dan ada juga yang mendatar....mendaki pun tidak kurang banyaknya jugak....persiapan mental perlu ada disebabkan trail ini banyak menurun semasa pergi namun apabila badan sudah letih semasa balik, banyak dihidangkan dengan laluan mendaki yang sememangnya memerlukan kekuatan tenaga untuk mendaki....bekalan air yang mencukupi perlu dibawa sekurang-kurangnya 3L seorang kerana tiada punca air di sepanjang laluan.... bekalan makanan yang mencukupi bagi makanan tengahari adalah amat perlu...ini disebabkan masa pendakian adalah lama dan makanan yang mencukupi akan memastikan pendaki masih tetap bertenaga sehingga sampai di trail head.....pemakaian kasut yang sesuai sangat penting kerana laluan ini banyak berbatu serta berakar kayu dan licin. Kasut hiking adalah satu kemestian dan bukannya kasut sukan @jogging. Kepada mereka yang ingin mendaki di sini, sila memohon permit mendaki dari Jabatan Hutan Raub. Tindakan memasuki hutan tanpa permit hanya akan menyusahkan orang lain terutama jika anda dalam kumpulan yang ramai. 
Selamat Mendaki.....

1 comment:

  1. MOUNT GUIDE SERVICE (Licensed Nature Guide)
    MEMBERS OF MALAYSIA MOUNTAIN GUIDE ASSOCIATE
    (MMGA) 3216#
    TEBING TINGGI BACKPACKER (FB)

    PROVIDES :
    -Forestry permit arrangements
    -police report
    -nature guide
    -emergency kit
    -4x4 transport (if needed)
    -Camping gear(tent, fly and ground sheets)
    -Ration preparation
    -Porter service(optional)

    ANDY
    0179997790
    CALL /WHATAPS /SMS

    ReplyDelete