Monday, 10 August 2020

Hiking Bukit Keluang Besut Terengganu - 8 August 2020

Bukit Keluang terletak di dalam daerah Besut, Terengganu serta mempunyai ketinggian lebih kurang 300 meter dari aras laut. Kawasan ini terkenal disebabkan oleh pemandangan laut yang terbentang serta panorama yang sungguh cantik. Kawasan tebing tinggi yang curam dengan pemandangan mengadap Laut China Selatan sememangnya cukup memukau. Tetapi sebelum menikmati pemandangan tersebut perlulah mendaki bukit ini dengan keadaan tanah serta tebing yang curam serta pacak. Disepanjang laluan yang curam disediakan tali bagi memudahkan pendakian. 

Pendakain bermula lewat pada pukul 2 petang, disebabkan jarak perjalanan yang jauh dari Bukit Beruntung. Lagi pun di awal pagi singgah dulu di Kuala Terengganu untuk bersarapan pagi di gerai Nasi Dagang Atas Tol dulu dan kemudian bergambar di jambatan angkat dan seterusnya lepak disana untuk bergambar.

Dari tempat parking kereta, perlu berjalan sejauh lebih kurang 1km sebelum memulakan pendakian ke bukit ini.
Trailhead sebelum memulakan pendakian....terdapat signboard "Bukit Keluang" sebelum memasuki laluan trail.
Awal-awal dah mula mendaki...tak bagi peluang untuk menarik nafas..terus mencanak mendaki...tapi nasib baik ada tali untuk berpaut....senang sikit nak mendaki...jika hari hujan, pasti laluan mendaki menjadi semakin sukar....keadaan cuaca yang panas ketika ini menyebabkan tanah menjadi kering serta berdebu
Anak yang ingin mencuba untuk mendaki buat pertama kali... pewai teruk nampaknya...
Dahaga....lencun berpeluh...maklumlah pertama kali mendaki...kena pulak bukit pacak menegak....mandi peluh dibuatnya...
Jarak ke atas puncak tidak lah terlalu tinggi...tetapi kepada mereka yang baru ingin mencuba...ini merupakan pengalaman yang amat memeritkan....kepada mereka yang selalu hiking...bukit ini adalah santai sahaja...

Pewai teruk dah time nie...tapi masih boleh tersenyum tuu dah kira ok dah....

Ini reward yang dapat apabila sampai di puncak...pemandangan yang cukup menarik dengan laut yang terbentang luas serta kelihatan pulau-pulau disekitar perairan Terengganu...
Kelihatan juga...bot-bot nelayan persisir pantai yang sedang menangkap ikan....walaupun dengan terik mentari ketika ini...maklumlah pukul 2 petang baru start mendaki....orang pun tak ada dah ketika ini di puncak...hanya kami berempat sahaja bersama 3 kanak-kanak yang mendaki bersama-sama....
Bergambar dulu di tepi tebing....kena berhati-hati disebabkan tebing yang curam...jika tergelincir, confirm terus jatuh ke dalam laut...itu pun kalau tak tersangkut kat atas pokok....dengan keadaan tanah yang berpasir serta kering...memang perlu berhati-hati...tidak semua kawasan diletakan palang besi bagi mengelakkan orang ramai untuk turun ke tebing....

Rugi kalau dah sampai disini tetapi tidak bergambar di tiang ini.....trademark untuk Bukit Keluang ini.... bergambar dulu walaupun dalam keadaan panas terik serta tidak berangin ketika ini....
Cuaca agak panas....dengan tiada tiupan angin dari laut....memang terasa bahang ketika ini...
Signboard apabila sampai di puncak....ketinggian 396 MDAL tapi jam Garmin hanya menunjukkan ketinggian sekitar 131 meter dari aras laut...tak pasti mana yang betul...
Layan pemandangan dulu....dekat atas puncak ada pondok jika hendak berehat...tidak tunggu lama sangat disebabkan cuaca yang panas terik ketika ini....
Semasa turun....anak cakap letih dan panas....dekat kawasan ini ada tiupan angin sikit....lepak dulu untuk menyejukan peluh sebelum meneruskan untuk turun...
Turun pun agak mencabar jugak....laluan yang curam serta licin berpasir...kena lebih berhati-hati sambil turun memegang tali yang disediakan...
Pacak sangat....kepada meraka yang tidak biasa...situasi ini memang cukup azab.....memang curam bukit ini....jika naik dari arah pantai, maka akan mendaki dikawasan ini untuk sampai ke puncak....lebih baik naik dari laluan disebelah belakang bukit dan turun melalui kawasan ini...jika mendaki di kawasan ini akan mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke puncak disebabkan laluannya yang agak sukar....
Dah nak sampai dah.....anak dan wife dah tak sabar lagi sebab lutut dah sakit....maklumlah baru berjinak-jinak untuk hiking....anak perempuan cakap, dah serik dah nak naik bukit lain kali...ini semua dugaan....
Last sekali...menuruni anak tangga yang agak curam...kena berhati-hati, jika tersadung alamatnya tergolek hingga ke bawah lah nampaknya...time nie memang dah letih, selalunya akan hilang fokus...
Muka dah barai tapi masih cuba nak senyum....
Sampai jea dekat bawah...terus cari gerai air...memang dahaga sangat sebab cuaca panas dan kering...maklumlah dekat tepi laut, memang panas pun...
Elevation sampai kepuncak lebih kurang 144 meter sahaja....tak tinggi tapi tetap meletihkan....tapi ganjarannya memang superb....

Laluan loop ke puncak Bukit Keluang..gunakan laluan dari belakang lebih mudah berbanding jika naik dari arah pantai....climbingnya cukup memenatkan dan mencabar,,,,

1 comment:

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete