Kayuhan pembuka tirai tahun baru 2021walaupun sudah 2 minggu berlalu dengan kesibukan urusan kerja serta keluarga. Kayuhan solo di musim MCO@PKP kali kedua di Selangor disebabkan penambahan kadar jangkitan Covid-19 yang tinggi sejak akhir-akhir ini. SOP kali ini hanya membenarkan kayuhan solo disekitar radius 10km dalam tempoh masa 6 pagi sehingga 8 malam. Disebabkan sudah lama tidak berkayuh, kali ini hanya kayuhan santai sahaja dan jarak kayuhan juga dihadkan supaya tidak melanggar SOP.
Kayuhan bermula seawal jam 7 pagi dalam keadaan masih lagi gelap dan keadaan jalanraya yang agak lenggang disebabkan banyak sektor ekonomi yang masih lagi ditutupkan dan orang ramai tidak bekerja. Cuaca pagi ini mendung dan memang sesuai untuk berkayuh.
Kayuhan musim PKP dan juga pertama kali untuk tahun nie....boleh dikatakan kayuhan tahun baru laa...
Kayuh solo jea pagi nie...follow SOP...nanti kena saman susah...i-Sinar pun tak dapat...tapi kalau dapat pun..takut upgrade basikal pulak...
Bukan senang dapat peluang tengok keretapi lalu....ini keretapi nak ke utara ini tapi bukan ETS....
Masih lagi jentera lama....kalau dapat i-Sinar confirm tukar frame baru....pakai apa yang ada jea...
Layan tengok keretapi lalu jea laa...pagi nie tak ramai yang berkayuh...kalau terserempak pun ramai yang solo jea...follow SOP tak boleh berkumpulan.... asalkan dapat kayuh..janji kayuh...
Sempat juga record time keretapi ETS lalu....
Tak tunggu lama.....terus patah balik....tak boleh lama-lama kali ini....
On the way balik pun kenderaan tak banyak....tapi laluan disini tetapi kenderaan laju...kena lebih berhati-hati terutama pada lori dan bas....
Cukup lah asalkan keluar peluh.....next time kayuh lagi...harap-harap MCO tak lama lah kali ini...lepas 26hb kita kayuh jauh pulak....lepas PKPB hari tuu baru plan nak kayuh jauh kena lockdown balik...apa-apa hal kita follow SOP...."KitaJagaKita"....harap Covid-19 ini akan berakhir tidak lama lagi....
In sya Allah....
No comments:
Post a Comment