Kayuhan offroad di sekitar tasik serta bukit Widuri bersama geng-geng otai SCT. Route pada kali ini adalah sejauh 50km dengan melalui Widuri + SCT Loop 1 dan seterusnya SCT Loop 2. Namun apakan daya, kita hanya mampu merancang. Semasa di trail Bukit Widuri setelah melayan singletrail di Tasik Widuri, basikal mengalami masalah teknikal. Rear shock @Fox Float RP23 mengeluarkan bunyi yang bising. Setelah itu pressure pun drop, suspect seal koyak atau bocor. Terpaksa menarik diri untuk meneruskan kayuhan manakala rakan yang lain meneruskan kayuhan.
Diharapkan route ini akan di"repeat" semula pad masa akan datang.
Bergambar diseklitar Tasik Widuri, kawasan ini pernah terbakar semasa musim panas hari itu. Masih nampak lagi kesan terbakar dan pokok masih belum tumbuh lagi...
Bacaan doa daripada Tuan Haji Azham sebelum memulakan kayuhan masuk ke laluan offroad...semoga kayuhan mendapat keberkatan dan dihindari dari segala musibah...
Memasuki laluan offroad di sekitar Tasik Widuri...laluan kering dan kurang lecah disebabkan kurangnya hujan yang turun sejak kebelakangan ini...
Pokok tumbangan di laluan....sama-sama mengalihkan pokok reput yang telah menyembah bumi....nasib baik ringan sahaja pokok tersebut....
Setelah melayan trail disekeliling Tasik Widuri...bergambar dulu sebelum masuk ke trail Bukit Widuri...
Masih ada lagi rakan yang belum sampai dan tinggal dibelakang....tunggu dulu sambil bergambar...
Tenang sahaja suasana tasik di waktu pagi...
Hanya mampu untuk berkayuh sejauh ini sahaja disebabkan masalah basikal serta mengelakan sebarang kemalangan serta kesulitan semasa di dalam trail..terpaksa mengundurkan diri dan berkayuh pulang ke rumah dalam keadaan hampa....tak mengapa lain kali boleh repeat lagi....
Nasib baik berjaya sampai di rumah walaupun dalam keadaan basikal bermasalah....kena repair basikal dulu...takut jadi balik problem...
In sya Allah akan repeat semula trail ini....
No comments:
Post a Comment