Thursday, 13 May 2021

PKP3.0 2nd Syawal Ride @KKB Loop Bermandi Hujan - 14 May 2021

Kayuhan di dalam hujan lebat di pagi Syawal yang kedua semasa menuju ke Hulu Yam Bahru. Kayuhan yang pada mulanya dikatakan di dalam keadaan mendung dan sedikit hujan renyai-renyai tetapi akhirnya basah kuyup semasa menuju ke Hulu Yam Bahru. Dipermulaan kayuhan tidak menjangkakan akan bermandi hujan di pagi Jumaat ini, namun apakan daya kita hanya mampu merancang. Lagi pun memang dah lama tak mandi hujan semasa berkayuh. Sekali-sekala mandi hujan memang syok.

Kayuhan pagi ini bermula seawal jam 7 pagi dalam suasana yang mendung serta dingin. Semasa melalui kawasan Sirim Rasa, kawasan ini telah pun terlebih dahulu hujan dan permukaan jalan raya digenangi oleh air serta basah. Semasa menuju ke KKB pun keadaan masih lagi sama. Namun semasa berpatah balik dan menuju ke Hulu Yam, hujan turun dengan lebatnya. Berteduh di bus stop kejap untuk menyimpan handphone dan seterusnya meneruskan kayuhan disebabkan merasakan hujan ini akan turun lama. Tak perlu tunggu sampai redup. Niat hati nak layan KOM ke puncak Avian tetapi disebabkan hujan, melencong ke Antara Gapi untuk balik semula ke Bukit Beruntung. Hujan masih lagi lebat. Tetapi tak perasan pulak Garmin terpadam semasa berada di sini. Hanya me"record"kan jarak 63km jea, sepatutnya 80km sehingga sampai di Bukit Beruntung. Frust jugak sebab tak dapat record mileage dengan complete. Apa-apa pun, apa kan daya.


Kayuhan di dalam hujan di pagi Syawal di hari Jumaat...dah lama tak mandi hujan memang best....nasib baik tak ada petir...

Laluan menuju ke Rasa....di awal pagi masih mendung serta redup....memang seronok berkayuh time-time nie...tak rasa bahang mentari...

Pintu hadapan Sirim Rasa....lenggang...ramai yang masih lagi bercuti....keadaan jalan raya pun lenggang di pagi ini disebabkan kita masih lagi terkurung dengan PKP...nak pergi beraya pun tak boleh, nasib baik masih boleh berkayuh...

Persimpangan Rasa-KKB.....jalan raya basah....hujan telah pun turun di kawasan ini....

Tunggu keretapi lalu.....lama jugak tunggu..tapi tak lalu-lalu pun.....perkhidmatan keretapi pun mungkin terganggu disebabkan PKP ini...sebab ramai yang tak boleh nak balik kampung...keretapi pun tak ada penumpang....

Cuaca gelap semasa berada di atas jambatan laluan keretapi di Hulu Yam....nampaknya hujan akan turun... 

Dekat depan tuu dah gelap nampaknya....bersedia untuk mandi hujan....apakan daya..nasib baik ada bawak plastik...boleh bungkus handphone jika hujan lebat...

Kayuhan diteruskan.....

Tersadai dekat bus stop pekan Hulu Yam Bahru....berhenti kejap untuk simpan handphone...takut basah kena hujan....tunggu jugak hujan berhenti...tapi nampak macam lama lagi hujan turun...meneruskan semula kayuhan menuju ke Antara Gapi di dalam hujan....

Lebat.....

Sampai di Antara Gapi....bergambar dulu dekat sini...hujan masih lagi turun...tak perasan time dekat sini, Garmin terpadam pulak....masa dekat simpang Perodua baru perasan yang Garmin tak menyala...tapi try hidupkan, tapi tak mahu nyala...mungkin bateri dah habis....lupa nak charge semalam...huhuhu..sedih..terus tak ada semangat nak kayuh...

Sepatutnya record mileage lebih kurang 80km....tetapi apa kan daya...hanya record 63km jea....next time kena lebih beringat...kena charge bateri awal-awal dan kasi penuh supaya tak padam di tengah jalan nanti....

Jadi lah buat kali ini....lepas raya ni kena kayuh lebih sikit...maklumlah rendang dan ketupat banyak dah telan...walaupun PKP, hidangan makanan masih tetap sama....walaupun banyak gerai lemang yang telah diarahkan tutup disebabkan PKP ini...banyak gerai yang ditutup dekat Bukit Beruntung nie...kasihan kepada peniaga-peniaga yang telah membuat persiapan....doakan semoga segalanya akan pulih seperti sedia kala....

#pray for Palestine

No comments:

Post a Comment