Sebenarnya memang dah lama teringin nak berkayuh di KL Car Free Day, namun disebabkan pendemic Covid-19 yang melanda menyebabkan hasrat tidak berkesampaian. Apabila kelonggaran diberikan dan tidak perlu mematuhi SOP yang terlalu ketat, maka peluang untuk berkayuh kembali bersemangat. Walaupun event ini telah lama dimulakan semenjak tahun 2016, hanya setelah 6 tahun baru menyertainya.
Laluan sejauh 5km & 7km akan ditutup untuk semua kenderaan bermotor bermula dari pukul 7 pagi sehingga 9 pagi. Antara laluan yang ditutup adalah Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee. Minggu pertama dan ketiga sejauh 7km jalan ditutup sehingga ke KLCC. Namum pagi minggu ini laluan hanya sejauh 5km dibuka tanpa melalui KLCC. Jika dulu event ini hanya pada minggu pertama setiap bulan, namun acara ini sudah menjadi acara minggu bermula tahun ini. Setiap minggu pada hari Ahad akan ada Car Free Day. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berjogging, berbasikal, rollerblading/skateboarding atau berjalan kaki sahaja. Boleh refer dekat link ini untuk detail KL Car Free Day
First time berkayuh di KL Car Free Day.....next time nak repeat lagi....berkayuh santai sambil melayan suasana di bandaraya Kual Lumpur...
Bersama wife kali ini....dia teringin sangat nak berkayuh di KL....sekali-sekala beli jiwa....
First time kayuh basikal folding nie...agak kekok sikit....tak macam mtb...tayar kecik, penat sikit kayuh...
Jalan Sultan Ismail menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman....ramai jugak yang join pagi nie....ramai yang berbasikal & berlari....yang pakai roller blade pun ada jugak... yang beriadah bersama family pun ramai jugak...
Jalan Tunku Abdul Rahman....
Route untuk KL Car Free Day...laluan sejauh 5km dan 7km disekitar bandaraya Kuala Lumpur...
Pertama Complex....antara shopping mall yang paling lama di KL....memang best dekat sini, banyak jual barang ourdoor...
Kayuh santai jea.....just relax-relax jea....
Jalan ini memang top time bulan Ramadhan.....
KL Tower....mercu tanda Kuala Lumpur.....pernah sekali jea naik...itu pun dah lama sangat...lebih kurang 20 tahun yang lalu..itu pun time belum kahwin lagi..next time kena repeat balik kat sini....
Laluan kali ini tidak dibuka sehingga ke KLCC....simpang depan tu patah balik ke Jalan Sultan Ismail....next week buka kot sehingga ke KLCC....
Menuju ke Dataran Merdeka pulak....bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad....
Pertemuan dua sungai antara Sungai Gombak dan Sungai Klang....di Masjid Jamek KL...
Wagon ni kalau tak silap jual minuman kopi...tapi bila sampai dan packing nak tutup....tak merasa nak beli apa-apa....
Sungai Gombak....bersih tak ada sampah sarap tapi air tak jernih....keruh dan gelap...
Jambatan antara Masjid Jamek ke Dataran Merdeka....tadi ramai yang bergambar disini, sekarang dah kurang orang....mungkin ramai dah membawa haluan masing-masing disebabkan masa sudah hampir tamat...tak lama lagi semua jalan akan dibuka semula...
Tempat legend.....Central Market.....tempat yang penuh dengan kenangan....dulu time SRP tution dekat sini....Pusat Tution Kasturi....time free balik tution selalu singgah dekat sini terutama tempat orang melukis...layan artis yang sedang melukis...pelbagai gerai untuk survenior ada jual di sini yang bertemakan kebudayaan dan cara hidup Malaysia.... tapi dah lama jugak tak masuk sini...next time kena datang balik....
Ada gerai di sini.....laluan ditutup untuk basikal...hanya pejalan kaki sahaja...
Mileage 13km sahaja.....jadilah asalkan puas round-round KL....next time boleh repeat lagi...
Banyak lagi tempat yang boleh diexplore di sekitar KL...banyak lagi hidden place yang terdapat di sini...hanya perlu kayuh dan menghayatinya...
No comments:
Post a Comment