Sungai Chilling Sanctuary Ikan Kelah telah dibuka semula kepada orang ramai setelah hampir 3 tahun ditutup atas pelbagai faktor. Sebelum MCO lagi telah ditutup untuk orang ramai atas faktor keselamatan serta memastikan habitat ikan kelah tidak terjejas di sini. Peluang kali ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja setelah lama menunggu untuk mandi-manda di sini bersama keluarga. Kali terakhir ke sini pada tahun 2014, hampir 8 tahun lamanya.
Memang sudah menduga akan berlaku kesesakan orang ramai yang datang berhujung minggu di sini. Minggu lepas semasa berkayuh ke sini sudah melihat jumlah kenderaan yang banyak di kawasan parking kenderaan. Tetapi hari ini, lagi ramai daripada minggu lepas. Sampai kenderaan diparking dibahu jalan kerana tempat parking kenderaan sudah penuh macam sardin. Semasa sampai di sini, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Bersarapan pagi di pekan KKB dulu sebelum ke sini. Laluan masuk offroad dari pintu gerbang Sungai Chilling ke pintu masuk berpagar kawasan sungai sejauh lebih kurang 200 meter. Baru nak sampai lagi 100m dari pintu masuk, beratus pengunjung sedang beratur menunggu pintu masuk di buka. Bukan main ramai orang yang dah beratur untuk masuk. Tunggu 20 minit baru pintu masuk dibuka tepat jam 9.10 pagi.
Kali pertama bawa family ke sini....laluan ke air terjun sejauh 3km dari pintu masuk...laluan landai menyusuri sungai...mudah dan santai sahaja...tempoh masa lebih kurang 45 minit untuk sampai, namun bergantung kepada aras air sungai serta stamina masing-masing...
Pintu gerbang Sungai Chilling....di sini merupakan kawasan pemeliharaan ikan kelah...sepanjang sungai akan nampak ikan kelah berenang-berenang di permukaan air...namun awas, jangan cuba untuk memancing atau menangkap ikan....denda 10ribu kepada sesiapa yang melanggar arahan...
Laluan masuk sejauh 200m dari pintu gerbang Sungai Chilling....
Santai jea....dah lama tak hiking semenjak MCO tahun lalu...
Alamakkkk....trafic jem....pintu masuk belum lagi dibuka walaupun dekat signboard bagi tahu pukul 8 pagi sudah dibuka...sekarang sudah 8.40 pagi...tunggu jea laaa sampai pagar dibuka....pukul 9.10 pagi baru pintu dibuka....
Pondok tempat register sebelum masuk...sudah tiada bayaran dikenakan kepada penggunjung, jika dulu kalau tidak silap sebanyak RM2 dikenakan... makanan yang berplastik juga tidak dikenakan deposit seperti dulu....jika tidak RM2 akan dikenakan untuk setiap plastik yang dibawa masuk...time keluar nanti, bawa plastik semula dan deposit akan dikembalikan semula... pastikan kelonggaran ini jangan diambil mudah orang semua pengunjung...Jaga Kebersihan Hutan Kita..
6 lintasan sungai perlu diharungi sebelum sampai ke kawasan air terjun....paling tinggi pun air paras dada...sejuk dan segar air di sini...
Titi jambatan gantung....untuk melepasi jambatan ini, perlu melalui pemeriksaan barangan yang dibawa....Jangan bawa peralatan memancing serta menangkap ikan serta dapur memasak....kawasan air terjun tidak dibenarkan untuk memasak serta menghidupkan api...sila bawa makanan yang telah dibungkus serta sudah dimasak....
Sungai yang jernih serta sejuk....
Lintasan ke-2....lintasan ini tidak begitu dalam...hanya pada lintasan ke-5 & 6 yang agak dalam dan deras....yang lain OK jea...
Tali disediakan pada setiap lintasan...jika takut hanyut, berpautlah pada tali yang ada....
Nampak happy dapat main air sungai....air memang sejuk....
Setelah habis kesemua lintasan, baru lah sampai di kawasan air terjun Sungai Chilling....
Sampai juga akhirnya....setelah hampair 1 jam 10 minit berjalan....
Orang masih lagi tak ramai...dapat tempat duduk yang strategik...terus bentang ground sheet...lepak rehat sambil makan bekalan yang dibeli semasa di pekan KKB tadi....
Orang semakin ramai yang datang.....penuh kawasan mandi....berendam kejap jea sebab sejuk sangat....
Bermain dengan ikan kelah....memang banyak sangat ikan di sini....besar-besar ikan di sini.. tapi sayang tak boleh tangkap, boleh tengok jea...
Tiba-tiba cuaca menjadi gelap....tak lama lepas tuu, hujan pun turun....tak berlengah-lengah, terus packing barang untuk balik. Sebab takut kalau hujan lebat, paras air sungai akan naik dan susah nak menyeberangi sungai nanti....orang ramai pun dah mula berkemas untuk bergerak keluar...tak kurang juga ada yang baru sampai...hujan turun tidak lama tetapi tidak mahu mengambil sebarang risiko...
Tepat jam 12 tengahari, pengunjung tidak dibenarkan untuk ke air tejun Sungai Chilling disebabkan faktor masa serta cuaca, maklumlah disebelah petang selalunya hujan akan turun. Jika hujan lebat turun, maka laluan untuk keluar memang akan sukar....itu sebab kawasan ini selalu ditutup terutama jika berlaku musim hujan...pihak jabatan hutan tidak mahu mengambil sebarang risiko...namum pengunjung masih lagi dibenarkan untuk berkelah atau mandi-manda dikawasan masuk Sungai Chilling di mana tandas serta tempat untuk menyalin pakaian disediakan....surau juga terdapat di sini...
Jarak perjalanan sejauh 3km dan memakan masa selama lebih kurang 45 minit untuk sampai di kawasan air terjun....jika hendak datang, pastikan datang awal untuk memudahkan mendapatkan parking kenderaan....lepas berkelah dan jika masih bertenaga bolehlah menuju ke puncak Fraser Hill atau layan pemandangan di sekitar empangan KKB....
No comments:
Post a Comment