Pendakian tidak lah begitu santai walaupun ketinggian bukit hanya 410m dari aras laut. Pemandangan di sekitar Darul Quran, MRSM KKB serta Kem Bina Semangat dapat dilihat dari atas puncak. Laluan ke puncak adalah mudah dilihat serta terbuka. Laluan 4X4 disepanjang laluan sehingga ke puncak. Terdapat kawasan batu besar yang dikenali sebagai Bukit Batu Belah dan terdapat lagenda yang tersendiri di kawasan ini. Dikatakan bahawa kawasan puncak bukit ini telah dijadikan sebagai tempat pertapaan bagi panglima yang menjaga kawasan negeri Selangor ini seketika dulu. Batu ini telah dibelah dua sebagai menguji kekuatan persilatan pendekar tersebut. Tetapi tidak diketahui nama pendeka tersebut. Untuk ke puncak ini terdapat 2 laluan yang boleh didaki. Laluan yang agak mencabar adalah dari kuil Hindu yang terletak berhampiran dengan pekan KKB.
Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian....puncak bukit ini merupakan tempat sukan udara paraglider pada hujung minggu...ramai yang meluncur turun melalui udara dan mendarat di padang bola sepak di Taman Tasik Millennium
Wife pun nak follow hiking jugak pagi nie.... hujan renyai-renyai sewaktu awal pendakian....
Laluan 4x4 sehingga ke puncak....memang pacak sehingga ke puncak... jarak pendakian lebih kurang 3.2km....laluan ini juga digunakan untuk membawa penerjun ke puncak....di awal pagi tiada kenderaan yang lalu lalang mungkin disebabkan cuaca masih hujan...
Fuuuhhh...boleh tahan jugak mendaki dekat bukit nie....walaupun nampak mudah tapi tak jumpa laluan landai pun...semuanya mendaki sahaja...
Jauh lagi nak daki nie.....laluan agak licin dan berlumpur disebabkan hujan yang turun....
Terserempak dengan Jefri @David semasa mendaki....training berlari katanya....
Setelah puas mendaki...akhirnya sampai di puncak Bukit Batu Pahat....di atas puncak ini terdapat pondok serta tandas disediakan terutama kepada para penerjun...
Layan awan carpet pagi nie....disebabkan hujan yang turun sejak pukul 5 pagi tadi...cuaca menjadi sejuk dan dingin...boleh layan pemandangan kabus dulu...
Bergambar dulu di puncak.....
Tak tinggi tapi terasa pewaii jugak sebab dah lama tak hiking....
Dari atas puncak...kami turun ke kawasan tapak warisan Batu Belah....lebih kurang 500 meter turun semula untuk ke sini....jika naik melalui kuil akan sampai di sini dahulu sebelum sampai ke puncak Batu Pahat....
Kawasan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri....dan dari sini dapat melayan view permandangan di sekitar pekan KKB....
Bergambar atas batu besar dulu....mendamaikan suasana di sini....sambil layan tiupan angin...
Tak ramai yang turun ke kawasan ini....mungkin disebabkan laluan trailnya yang berselut serta licin akibat hujan lebat yang turun,,,,
Bukit Batu Belah.....di kawasan ini terdapat sebuah batu besar yang telah terbelah dua,,,,dikatakan batu ini telah dibelahkan oleh seorang pendekar bagi meguji ilmu persilatannya...
Pemandangan sekitar pekan KKB.....di atas puncak nampak kecik jea bangunan dekat bawah...
Batu besar yang telah terbelah dua....menjadi lagenda di kawasan ini...
Laluan denai turun ke Batu Belah dari puncak Bukit Batu Pahat....
Peluncur paraglider bersiap sedia di atas puncak....
Ramai peserta yang terbang pagi nie....promotion untuk kali ini kepada sesiapa yang berminat untuk terbang ke udara sebanyak RM210 seorang.... dulu dah pernah merasa terbang semasa berkayuh di Malang, Surabaya..memang syok dapat terbang sambil melihat pemandangan dari udara...
Semasa turun dari puncak....powil yang membawa penerjun serta peserta mendaki ke puncak....pendaftaran di lakukan di tempat pendaratan di padang bola Tasik Milenium....
Wife bersemanggat untuk menghabiskan pendakian....
Akhirnya sampai di starting point....
Meluncur di udara....
Jika hendak mendaki di sini...parking kenderaan di hadapan IKBN Pertak atau di tempat letak kenderaan di Tasik Mellinium....
Dah lama tak hiking...terasa bonk pulak....
Next time cari gunung pulak.....
Nicely written 👌
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeletePatutnya kt batu belah letaklah signboard untukwmemberitahu sejarah bagi mereka tidak mengetahuinya
ReplyDelete