Saturday, 26 September 2020

Endurance Ride @Proton City Loop (140Km) - 26 September 2020

 Kayuhan santai ke Proton Tanjung Malim pada minggu nie bersama dengan Hanazli. Kayuhan bermula dari Bukit Sentosa menuju ke Taman Perumahan Ros-Masjid Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-KKB-Kelumpang-Tanjung Malim-UPSI-Proton City-Proton Tanjung Malim-Behrang Station-Tanjung Malim-Kelumpang-KKB-Rasa dan balik semula ke Bukit Sentosa. Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi di hadapan Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa.

Cuaca pagi ini agak redup tetapi panas ketika tengahari. Berhenti di Antara Gapi untuk bersarapan pagi dulu sebelum meneruskan kayuhan ke Tanjung Malim. 


Kayuhan ke Tanjung Malim minggu nie....buat loop dekat Proton City sebelum kayuhan pulang ke Bukit Beruntung....

Bersama Hanazli pada pagi nie...Basri tak join sebab ride Ysuku ke Kari Kambing 40 Hari....tak dapat nak join Basri kali inie sebab visa tak approved....

Sarapan pagi di Antara Gapi....port lepak kalau berkayuh di sini....

Climbing menuju ke Kelumpang....cross laluan keretapi....hari dah semakin panas....bahang semakin terasa...

Bergambar di hadapan pintu masuk UPSI....dah lama tak bergambar di sini...kalau sampai di Tanjung Malim pun hanya di warung misteri jea...jarang dah ke sini...

Simpang 4 Tanjung Malim.....kenderaan banyak hari nie...

Panas.....macam nak barai jea.....

Menuju ke Proton City.....laluan semakin mendaki dan cuaca semakin panas....

Lalu di hadapan UPSI campus yang baru....dah lama tak ke sini...jika dulu, setiap hari Jumaat akan solat Jumaat di sini....masjid besar dan ada air-cond....

Menuju ke simpang Proton City.... tidak banyak kenderaan di sini...maklumlah cuti hujung minggu...

Laluan masuk ke Proton City.....dah lama tak jejak kaki dekat masjid Proton City...kalau dulu sebelum nak ke Kulim Kedah pasti solat subuh dulu dekat sini sebelum meneruskan perjalanan ke kilang Mazda di Kulim....

Laluan menuju ke Proton Tanjung Malim..... nampak beberapa biji lori membawa kenderaan Proton keluar dari kilang....pengeluaran kenderaan Proton semakin rancak ketika ini...maklumlah X50 semakin laris dan booking pun dah banyak katanya....

Kayuhan semakin perlahan ketika ini...maklumlah hari semakin panas...

Dah lama tak masuk Proton Tanjung Malim....rasanya dah tak ada keperluan setakat  ini...bidang dah bertukar...urusan kerja pun dah tak berkaitan lagi...

Bergambar dulu di signboard Proton Tanjung Malim....tak sah kalau tak bergambar di sini kalau dah sampai di sini...

Bergambar tengah-tengah panas....


Mendaki di laluan ini...walaupun pun tak pacak tapi pendakian panjang di kawasan nie...mental koyak...

Berteduh tepi jalan dulu...hari panas sangat....

Highway PLUS.....menuju ke Tol Behrang....

Sampai di Petronas Tanjung Malim...minggu lepas pun lepak kat sini jugak....refill air dulu sambil rehat ambil angin....muka dah barai dah....bonk teruk nie....

Commuter Station Tanjung Malim....menuju ke pekan Tanjung Malim untuk makan tengahari....perut dah lapar....kena carbo-loading dulu....jauh lagi nak balik nie...

Lepak makan di Restoran Ghani.....restoran mamak di Tanjung Malim...restoran nie nampak macam rare jea..

Makan mee goreng mamak jea....jadi lah untuk carbo-loading untuk kayuh balik nanti....lepas nie tentu azab terutama di laluan mendaki dari Kerling menuju ke KKB....dalam cuaca panas macam nie mental kena kuat....

Meneruskan semula kayuhan ke KKB...singgah di Petronas KKB untuk solat Zohor dulu....kayuhan hari nie santai jea...tak perlu nak rushing sangat...banyak berhenti untuk rehat...

Time panas-panas nie...pekena aiskrim durian memang nikmat yang tak terkata....rehat dulu sebelum layan roller coaster dekat Rasa lepas nie...

Sampai Widuri....lepak tepi jalan dulu...beli air kelapa...tapi hari macam dah mendung nak hujan....kena bergerak cepat...takut mandi hujan kejap lagi....

Cukup untuk kayuhan minggu nie....next week kayuh lagi selagi mampu....kesihatan perlu diutamakan....

Mileage belum dapat status century ride lagi...next ride kena plan 160km pulak....nak harapkan event basikal memang tak ada lah sehingga hujung tahun....tahun depan pun tak tentu lagi...takut Covid-19 masih lagi belum terkawal....apa-apa pun...kayuh tetap kayuh...

Sunday, 20 September 2020

Endurance Ride @Sungai Tenggi Loop (150Km) - 20 September 2020

Dah lama sangat tak buat kayuhan endurance ini, jadi kali ini nak mencuba nasib lah pulak. Buat Sungai Tenggi Loop dari Bukit Beruntung. Antara laluan yang dilalui ialah Bukit Sentosa-Sungai Choh-Pekan Rawang-Country Home Rawang-Batang Berjuntai-Unisel-Felda Sungai Tenggi-Felda Soeharto-Felda Gedangsa-Behrang Station-Tanjung Malim-Kelumpang-Kuala Kubu Bahru-Rasa dan kembali semula ke Bukit Sentosa. Fuuuhhh...mencabar sungguh kayuhan hari nie. Maklumlah dah lama tak cari pasal. Bonk teruk tapi puas. Puas sebab dapat habiskan kayuhan dan puas sebab dah lama tak duduk atas saddle. Tak puas sebab kaki cramp sebab lama tak kayuh. 

Kayuhan bermula seawal jam 7.15pagi bersama Hanazli dan Basri sahaja. Kayuhan santai ikut pace masing-masing, tak nak rushing sangat hanya nak habiskan kayuhan dengan selamat dan tanpa kecederaan. Kayuhan pagi ini dalam suasana mendung di awal pagi manakala panas semasa tengahari. Tetapi selepas pukul 2 petang, cuaca mendung semula. Berhenti makan tengahari di Felda Sungai Tenggi walaupun masih pagi lagi namun dapat jugak cari gerai makan nasi campur. Dapat refill energy sebab lepas nie laluan lagi teruk sebab banyak pendakian.


Bergambar dulu di depan Selangor Fruit Valley....kayuhan baru 35km time nie...dan cuaca masih lagi redup...

Dah lama tak berkayuh di laluan ini....Fruit Valley pun semakin meriah jika dibandingkan dulu...sekarang lebih terjaga dan penanaman buah-buahan juga giat dijalankan...

Posing dulu....jauh lagi nak kayuh nie.....ada balance 120km lagi nie....

Laluan menuju ke Felda Sungai Tenggi....hari dah mula panas.... bahang jalan raya sudah mula terasa...

Berhenti cari gerai makan tapi gerai tutup.... banyak pulak kedai yang tak buka....kena kayuh ke depan lagi...pergi dekat pekan Felda Sungai Tenggi....

Lepak kedai makan....banyak kedai dekat sini...station minyak BHP pun ada....makan terus tengahari....carbo-loading terus...lepas nie energy banyak nak guna...

Kalau dah lapar...semuanya sedap...licin pinggan...

Singgah masjid Felda Sungai Tenggi....cantik dan bersih masjid nie....tumpang buang air...nak sembahyang belum masuk waktu Zohor lagi...

Muka belum pewai lagi...tapi lepas nie...bonk teruk...huhuhuhu

Simpang dari Felda Soeharto....ke kiri menuju ke Sabak Bernam...ke kanan menuju ke Felda Gedangsa dan Tanjung Malim....

Pergghhh...tengok bukit kat depan tuu...terus mental down....baru lepas penat layan uphill dekat Felda Soeharto kena lagi dekat sini pulak....tinggi betul laluan nie...

Sampai di stesen minyak Petronas Tanjung Malim....lepak refill air dulu sambil solat dulu.... dah besar tandas dan surau dekat sini...dulu kecik dan sempit....sekarang dah selesa...

Pura-pura bonk jea nie.....kayuh strong....

Kayuh...kayuh jugak,,,kewajiban perlu diutamakan....

Refill air dulu...tapi beli dekat luar jea sebab tak bawak mask....tak ada mask tak boleh masuk....

Dah lama tak merasa kayuh jauh-jauh nie...sekali kena terus bonk....pewaii terus...cramp kaki... 5km nak sampai rumah, hari dah mula hujan renyai-renyai..sampai je dekat rumah, terus hujan selebat-lebatnya...nasib baik tak mandi hujan hari nie...

Next time boleh repeat lagi....nanti buat reverse pulak...



Monday, 14 September 2020

Hiking Bukit Batu Pahat sambil melayan panorama pekan KKB - 13 September 2020

Sudah lama perancangan untuk hiking ke Bukit Batu Pahat Kuala Kubu Baru dirancang bersama geng Prima Riders. Disebabkan pendemik Covid-19, maka perancangan tersebut terpaksa ditunda disebabkan Perintah Kawalan Terhad dikuatkuasakan. Walaupun pun bukit ini tidak berapa tinggi dan sesuai untuk semua golongan untuk bersantai. Bermula di Taman Rekreasi Millennium berhampiran dengan Pusat Darul Quran KKB. Kawasan ini meriah dengan aktiviti riadah terutama di waktu pagi dan petang disebabkan terdapat sebuah tasik disini dan sesuai untuk berjogging. Terdapat juga aktiviti paraglider di Bukit Batu Pahat terutama di pagi hujung minggu.

Pendakian tidak lah begitu santai walaupun ketinggian bukit hanya 410m dari aras laut. Pemandangan di sekitar Darul Quran, MRSM KKB serta Kem Bina Semangat dapat dilihat dari atas puncak. Laluan ke puncak adalah mudah dilihat serta terbuka. Laluan 4X4 disepanjang laluan sehingga ke puncak. Terdapat  kawasan batu besar yang dikenali sebagai Bukit Batu Belah dan terdapat lagenda yang tersendiri di kawasan ini. Dikatakan bahawa kawasan puncak bukit ini telah dijadikan sebagai tempat pertapaan bagi panglima yang menjaga kawasan negeri Selangor ini seketika dulu. Batu ini telah dibelah dua sebagai menguji kekuatan persilatan pendekar tersebut. Tetapi tidak diketahui nama pendeka tersebut. Untuk ke puncak ini terdapat 2 laluan yang boleh didaki. Laluan yang agak mencabar adalah dari kuil Hindu yang terletak berhampiran dengan pekan KKB.


Bergambar dulu sebelum memulakan pendakian....puncak bukit ini merupakan tempat sukan udara paraglider pada hujung minggu...ramai yang meluncur turun melalui udara dan mendarat di padang bola sepak di Taman Tasik Millennium

Wife pun nak follow hiking jugak pagi nie.... hujan renyai-renyai sewaktu awal pendakian....

Laluan 4x4 sehingga ke puncak....memang pacak sehingga ke puncak... jarak pendakian lebih kurang 3.2km....laluan ini juga digunakan untuk membawa penerjun ke puncak....di awal pagi tiada kenderaan yang lalu lalang mungkin disebabkan cuaca masih hujan...

Fuuuhhh...boleh tahan jugak mendaki dekat bukit nie....walaupun nampak mudah tapi tak jumpa laluan landai pun...semuanya mendaki sahaja...

Jauh lagi nak daki nie.....laluan agak licin dan berlumpur disebabkan hujan yang turun....

Terserempak dengan Jefri @David semasa mendaki....training berlari katanya....

Setelah puas mendaki...akhirnya sampai di puncak Bukit Batu Pahat....di atas puncak ini terdapat pondok serta tandas disediakan terutama kepada para penerjun...

Layan awan carpet pagi nie....disebabkan hujan yang turun sejak pukul 5 pagi tadi...cuaca menjadi sejuk dan dingin...boleh layan pemandangan kabus dulu...

Bergambar dulu di puncak.....

Tak tinggi tapi terasa pewaii jugak sebab dah lama tak hiking....

Dari atas puncak...kami turun ke kawasan tapak warisan Batu Belah....lebih kurang 500 meter turun semula untuk ke sini....jika naik melalui kuil akan sampai di sini dahulu sebelum sampai ke puncak Batu Pahat....

Kawasan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri....dan dari sini dapat melayan view permandangan di sekitar pekan KKB....

Bergambar atas batu besar dulu....mendamaikan suasana di sini....sambil layan tiupan angin...

Tak ramai yang turun ke kawasan ini....mungkin disebabkan laluan trailnya yang berselut serta licin akibat hujan lebat yang turun,,,,

Bukit Batu Belah.....di kawasan ini terdapat sebuah batu besar yang telah terbelah dua,,,,dikatakan batu ini telah dibelahkan oleh seorang pendekar bagi meguji ilmu persilatannya...

Pemandangan sekitar pekan KKB.....di atas puncak nampak kecik jea bangunan dekat bawah...

Batu besar yang telah terbelah dua....menjadi lagenda di kawasan ini...

Laluan denai turun ke Batu Belah dari puncak Bukit Batu Pahat....

Peluncur paraglider bersiap sedia di atas puncak....



Ramai peserta yang terbang pagi nie....promotion untuk kali ini kepada sesiapa yang berminat untuk terbang ke udara sebanyak RM210 seorang.... dulu dah pernah merasa terbang semasa berkayuh di Malang, Surabaya..memang syok dapat terbang sambil melihat pemandangan dari udara...

Semasa turun dari puncak....powil yang membawa penerjun serta peserta mendaki ke puncak....pendaftaran di lakukan di tempat pendaratan di padang bola Tasik Milenium....

Wife bersemanggat untuk menghabiskan pendakian....

Akhirnya sampai di starting point....

Meluncur di udara....

Jika hendak mendaki di sini...parking kenderaan di hadapan IKBN Pertak atau di tempat letak kenderaan di Tasik Mellinium....

Dah lama tak hiking...terasa bonk pulak....

Next time cari gunung pulak.....