Kayuhan santai selepas MCO di Sungai Buaya sempena SBCC
Croco 1.0 Ride. Acara yang dianjurkan oleh kelab Sungai Buanya Cycling Club
(SBCC) bagi meraikan rakan-rakan basikal yang sudah lama tidak berkayuh di sini
semenjak ketiadaan Otai Jamboree. Trail di Sungai Buaya sememangnya pelbagai,
ada single trail, laluan di celah-celah pokok getah, mendaki bukit
bersemak-samun dan menyusuri ladang kelapa sawit. Penganjur menghadkan jumlah
penyertaan tidak lebih daripada 200 orang. Mendaftar di saat-saat akhir,
walaupun nyaris-nyaris tidak dapat slot. Kali ini first time berkayuh dengan
Babat Jr. @Danish yang selama ini berhajat sangat untuk masuk jamboree. Ini
merupakan kayuhan offroad yang pertama untuk Danish, walaupun dah berjanji
untuk berkayuh bersama tetapi hanya nampak kelibatnya dipermulaan kayuhan,
namun ketika memasuki laluan offroad, terus hilang entah kemana.
Laluan memang menyeronokan walaupun minta nyawa ketika
mendaki bukit terutama selepas memasuki kawasan Felda Sungai Buaya. Akibat dah
lama tak kayuh offroad semenjak sambung belajar ini, menyebabkan kayuhan terasa
perit dan memenatkan. Laluan berselut serta lecah disebabkan hujan yang kerap
turun sejak kebelakangan ini. Banyak lopak-lopak air yang perlu dielak semasa
berkayuh. Support dari mashall memang terbaik. Ramai marshal geng-geng SBCC
yang terlibat menjaga di water station serta persimpangan jalan. Terdapat juga
laluan yang telah berubah disebabkan pokok disekelilingi semakin membesar dan
ada juga laluan yang telah dibersihkan untuk tujuan pembangunan.
Diharapkan ada jamboree selepas ini, setelah sekian lama
menyepi tanpa kayuhan Otai. Dulu tak dapat join sebab belum cukup umur lagi.
Sekarang ini dah terlebih cukup pulak.
No comments:
Post a Comment