Wednesday, 8 March 2023

SBCC Croco Ride 1.0 @ Sungai Buaya - 26 February 2023

 

Kayuhan santai selepas MCO di Sungai Buaya sempena SBCC Croco 1.0 Ride. Acara yang dianjurkan oleh kelab Sungai Buanya Cycling Club (SBCC) bagi meraikan rakan-rakan basikal yang sudah lama tidak berkayuh di sini semenjak ketiadaan Otai Jamboree. Trail di Sungai Buaya sememangnya pelbagai, ada single trail, laluan di celah-celah pokok getah, mendaki bukit bersemak-samun dan menyusuri ladang kelapa sawit. Penganjur menghadkan jumlah penyertaan tidak lebih daripada 200 orang. Mendaftar di saat-saat akhir, walaupun nyaris-nyaris tidak dapat slot. Kali ini first time berkayuh dengan Babat Jr. @Danish yang selama ini berhajat sangat untuk masuk jamboree. Ini merupakan kayuhan offroad yang pertama untuk Danish, walaupun dah berjanji untuk berkayuh bersama tetapi hanya nampak kelibatnya dipermulaan kayuhan, namun ketika memasuki laluan offroad, terus hilang entah kemana.

Laluan memang menyeronokan walaupun minta nyawa ketika mendaki bukit terutama selepas memasuki kawasan Felda Sungai Buaya. Akibat dah lama tak kayuh offroad semenjak sambung belajar ini, menyebabkan kayuhan terasa perit dan memenatkan. Laluan berselut serta lecah disebabkan hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini. Banyak lopak-lopak air yang perlu dielak semasa berkayuh. Support dari mashall memang terbaik. Ramai marshal geng-geng SBCC yang terlibat menjaga di water station serta persimpangan jalan. Terdapat juga laluan yang telah berubah disebabkan pokok disekelilingi semakin membesar dan ada juga laluan yang telah dibersihkan untuk tujuan pembangunan.

Diharapkan ada jamboree selepas ini, setelah sekian lama menyepi tanpa kayuhan Otai. Dulu tak dapat join sebab belum cukup umur lagi. Sekarang ini dah terlebih cukup pulak.


Event pertama berkayuh dengan Danish @Babat Jr..... dah minta register untuk event yang lain selepas ini...

Laluan tarmac lebih kurang 2km sebelum memasuki laluan offroad....santai-santai jea...

Fuuuhhhh...awal lagi untuk pewaiii....

Tak banyak gambar yang diambil semasa kayuhan....rasa malas pulak nak bergambar...fokus pada kayuhan sahaja....maklumlah dah lama tak berkayuh....nafas memang semput...

Antara bukit yang tinggi.....climbing sampai puncak....selepas tuuu layan downhill sehingga ke water station 1....

Danish dah sampai awal....habis kena tinggal dengan anak....janji nak kayuh sama-sama...hampeh....

Baru sampai finishing line.....hari dah panas....kuda tua baru sampai....alhamdullilah, berjaya juga sampai tanpa kecederaan...

Bapak dengan anak bergambar bersama....first time masuk event bersama....lepas ini akan banyak lagi event bersama akan disertai...

Wife yang sentiasa support hobi ini sejak dahulu lagi.....

Permulaan event untuk berkayuh semula selepas menyepi semasa MCO....tapi kali ini bergantung kepada kelapangan masa sebab class belajar akan bermula tidak lama lagi....

Event yang terbaik dari pihak SBCC.....next time akan join lagi....terima kasih semua....persiapan yang mantap serta teratur....

No comments:

Post a Comment