Monday 31 December 2012

Jamboree sepanjang tahun 2012.....

Berikut merupakan acara jamboree yang disertai disepanjang tahun 2012. Banyak suka dan duka dilalui, ada event jamboree yang mantap dan terbaik serta ada juga jamboree yang ala-ala kadar dan kurang persediaan. Apa-apa pun segalanya sudah berlalu pergi....diharapkan tahun 2013 akan lebih mewarnai sukan berbasikal di tanahair kita dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada cara hidup yang sihat. Selamat berkayuh.....Kayuh tetap Kayuh!!!


UPSI Rainforest MTB Jamboree 2012
1 January 2012
Jamboree pembuka tirai untuk tahun ini. Trek yang menarik serta kayuhan di dalam suasana hutan yang berbukit-bukau.

Sungai Selangor Endurance Ride 2012
14 January 2012
Kayuhan di sekitar Bestari Jaya dan Ijok. Masih teringat climbing bukit zig-zag yang menarik serta mencabar fizikal dan mental.

Kuala Pilah Royal MTB Jamboree 2012
28 January 2012
Kayuhan sempena sambutan Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Trek yang menarik serta mencabar.

Felda MTB Jamborace 2012
26 February 2012
Kayuhan 100% di kawasan ladang kelapa sawit. Laluan di lerang bukit yang terbuka serta dalam cuaca yang panas.Tetapi menarik...

Raub MTB Jamboree 2012
25 March 2012
Kayuhan di kawasan ladang kelapa sawit serta hutan belukar. Trek santai dan relax... 

Kayuhan Basikal Jamboree Senawang 2012
31 March 2012
Mengimbau kembali Jamboree Senawang 2011, kerana laluan lebih kurang sama tetapi cabaran tetap berbeza...

Mastana 360 Hash
8 April 2012
Trek memang menarik....menanti Hash 2013 pulak....

Putrajaya MTB Jamboree 2012
21 April 2012 
Kayuhan santai di sekitar Putrajaya....sambil melayan perasaan... 

Jasin S2H Jamboree 2012
29 April 2012 
Antara event yang mempunyai penyertaan yang paling ramai. Tetapi semuanya berjalan dengan cukup sempurna dan teratur serta tidak dilupakan Bukit Langsat..antara event yang ditunggu pada tahun hadapan...

Cycle 4 Care
6 May 2012
Kayuhan sambil menyumbang kepada rumah anak-anak yatim dan rumah kebajikan. Layan Bukit Ramlee, Bukit Altantuya, Green Hill di sekitar Alam Budiman. 

Belia Selangor MTB Fun Ride 2012
13 May 2012
Kayuhan anjuran Majlis Belia Selangor sempena Hari Belia peringkat negeri Selangor. Trek laluan disekitar Kuala Kubu Baru.

UTHM MTB Ride 2012
2 June 2012
Kayuhan di Universiti Teknologi Hussien Onn, Batu Pahat, Johor. Trek di kawasan ladang kelapa sawit dan landai.... 

Jamboree MTB Kuntau 2012
 17 June 2012
Kayuhan di dalam hujan lebat memang amat menyeronokan....trek pun menarik dan mencabar...

Bagan Datoh Challenge 2012
30 June 2012
Kayuhan road sejauh 180Km dari Batu Caves menuju ke Sekolah Sains Bagan Datoh. Seramai 100 pengayuh menyahut cabaran sempena kempen "Share The Road" oleh E.T Riders.... 

Dusun MTB Ride 2012
7 July 2012
Antara jamboree yang mendapat kritikan yang hebat daripada para peserta kerana persedian yang kurang mantap dari segi laluan trek dan pengurusan...

JW MTB Carnival KL 2012
8 July 2012
Trek mencabar mental dan fizikal. Laluan trek yang licin serta banyak pendakian dan memang cukup meletihkan...

Kayuh Bendang 2012
1 September 2012
Kayuhan di sawah bendang di sekitar Bertam Perdana,Kepala Batas, Pulau Pinang. Event yang mendapat kritikan daripada peserta disebabkan ramai peserta tersesat di awal kayuhan.

Campaign For A Lane 4th Edition
9 September 2012
Acara tahunan oleh G-Club Penang Cyclist telah menarik penyertaan seramai 3,503 peserta. Kayuhan road disekeliling Pulau Mutiara dengan tempat permulaan di Esplanade (Padang Kota Lama). Sungguh menarik... CFAL 5th Edition pada tahun hadapan pasti ditunggu-tunggu.... 

SBCC XC MTB Jamboree 2012
 23 September 2012
Trek yang menarik serta mendapat banyak pujian daripada peserta. Air cendol serta rojak buah pasti sentiasa diingati....

UPM MTB Fete 2012
30 September 2012
Acara jamboree yang mendapat kritikan paling hebat oleh peserta.

ECC Burung Hantu Nite Ride 2012
20 October 2012
Acara yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun ini...seperti yang dijangkakan, event ini terus meriah serta mantap seperti 3 tahun yang lepas....

Lake Princess MTB Fun Ride 2012
4 November 2012
Kayuhan santai dan relax.... tapi trek mencabar metal dan fizikal....

Sepang Jamboree 2012
11 November 2012
Kayuhan di sekitar Sepang di dalam ladang kelapa sawit. Trek yang meletihkan.....

Kayuhan Komuniti Malaysia Cergas 2012
24 November 2012
Kayuhan di dalam keadaan trek yang licin serta berlumpur disebabkan hujan turun dengan lebatnya di awal pagi....

Kayuh Lasak 2012
2 December 2012
Memang lasak.... kalau tak lasak bukan "Kayuh Lasak" namanya....

Fire X Ride Jamboree 2012
8 December 2012
Trek memang menarik....penganjuran memang terbaik....event yang ditunggu-tunggu pada tahun hadapan... 

Broga Reverse 116
9 December 2012
Kayuhan road sejauh 106km di Semenyih-Lenggeng-Jelebu...disebabkan tanah runtuh di kawasan Hulu Langat, jarak laluan telah diubah untuk keselamatan peserta....  

Perodua Mini Funride 2012
16 December 2012
Event jamboree yang terakhir pada tahun ini...semoga event kali ini akan menjadi titik mula untuk event yang lebih besar pada tahun hadapan...


Secara keseluruhannya, sebanyak 28 event jamboree telah disertai di sepanjang tahun ini. Semoga tahun hadapan dipermudahkan segala perancangan dan dipanjangkan umur untuk terus berkayuh....Selamat Menyambut Tahun Baru 2013....

Wednesday 26 December 2012

UPSI MTB Jamboree kembali lagi....

UPSI MTB Jamboree.... merupakan pembuka dan penutup jamboree pada tahun ini....Jika di awal tahun dikenali sebagai UPSI Rainforest MTB Jamboree, kali ini pula dikenali sebagai UPSI Extreme Rainforest MTB Jamboree.... mungkin kali ini lebih lasak dan mencabar fizikal dan mental para peserta....

Dimaklumkan, laluan kali ini lebih extreme...mencabar...berlumpur...berselut....(pesta lumpur)...dan sebagainya....

Jumpa di sana dan selamat berkayuh....

 
Antara laluan yang bakal dilalui...





 
 
 
Ulasan UPSI Rainforest MTB Jamboree 2012 yang lepas....

Wednesday 19 December 2012

Perodua Mini Fun Ride 2012 - 16 December 2012

Perodua Mini Fun Ride 2012 sempena Karnival Kelab Perodua Malaysia (KPM) telah berlangsung di perkarangan kilang pembuatan Perodua di Sungai Choh, Rawang. Acara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 100 penyertaan dari riders di sekitar Hulu Selangor. Pelbagai acara telah berlangsung sempena karnival ini seperti acara Paintball, pameran kereta, karaoke, futsal dan diceriakan oleh penampialn Nabil dengan Angah Raja Lawak sebagai pengacara majlis.

Diharapkan fun ride kali ini merupakan langkah permulaan bagi pengajuran yang lebih besar pada tahun hadapan......

Distance : 27.0 kilometers
Moving Time : 1 hours 56 minutes
Stopped Time : 5 minutes 54 seconds
Max Speed : 46.4 km/hour
Moving Avg : 13.9 km/hour

Bergambar sebelum kayuh dengan berlatar belakang Bangunan Korperat Perodua...

Di starting point...


Ceria.... kayuh santai-santai jea...



Pak Brahim & Lim....

Laluan road... Perodua E9....

Laluan tempat training.....


Offroad E9....ladang getah dan kelapa sawit....




Laluan singletrek yang menarik....

D'sahara...menuju kawasan perumahan Telipot...

Angkat basikal....

Check point 1....water point...


Kebun sayur Serendah....



Test trek Perodua....

Menuju garisan penamat....


Ceria... selepas menamatkan kayuhan...


Puncak paling tinggi... 341.5ft

Jarak keseluruhan...27 kilometers