Thursday 30 October 2014

ECC Nite Ride Burung Hantu semenjak 2009 sehingga kini....

Jamboree kayuhan malam "ECC Nite Ride Burung Hantu" merupakan acara kayuhan malam yang pastinya ditunggu-tunggu oleh setiap pengayuh mtb. Sejak dianjurkan pada tahun 2009 sehingga 2013, masih belum terlepas untuk menyertainya. Ini kerana kayuhan malam ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri serta trek yang dihidangkan adalah bersesuai dengan suasana malam dan kurang berteknikal.

Jika tahun lepas diadakan di Stadium Hang Jebat, pada tahun ini Dataran Ayer Keroh dipilih semula untuk penganjuran. Diharapkan tahun ini tidak bermandikan hujan semasa kayuhan, namun cuaca yang kerap hujan di waktu ini pasti akan mengundang pelbagai cabaran dan halangan. Diharapkan tahun ini akan lebih meriah berbanding pada tahun sebelumnya.


ECC Nite Ride Burung Hantu 2009

ECC Nite Ride Burung Hantu 2010

ECC Nite Ride Burung Hantu 2011

ECC Nite Ride Burung Hantu 2012

Shimano ECC Nite Ride Burung Hantu 2013


Medal sebagai kenangan.....
In sya allah, koleksi medal yang ke-6 pada malam minggu ini.... 

Monday 27 October 2014

Melaka Century Ride (MCR) 2014 - 26 October 2014

Melaka Century Ride 2014 merupakan kayuhan ketiga "century ride" pada tahun ini selepas KCR & TCR. Bertempat di Bayou Resort Hotel di Bukit Katil, telah menarik minat seramai 2632 penyertaan dan merupakan penyertaan seramai setakat ini di century ride. Kayuhan di bahagikan kepada acara "race" dan juga "century ride". Perlepasan telah dilakuan pada pukul 7.20pagi oleh tetamu kehormatan dengan acara race mendahului.

Laluan meliputi Bukit Katil-Ayer Molek-Tanjung Kling-Sungai Udang-Masjid Tanah-Alor Gajah-Selandar-Jasin-Bemban-Bukit Katil sejauh 150km. Laluan adalah landai serta sedikit pendakian sehingga ke Alor Gajah dan seterusnya pendakian di Selandar menuju ke Jasin. Pendakian sebenar adalah selepas Water Station 3 sehingga menuju ke Jasin. Laluan ala-ala Dragon Back memang cukup mencabar mental dan fizikal peserta dengan cuaca panas dan kering.


Acara century ride yang ketiga untuk tahun ini...

Starting line...jersey Mastana kali ini....

Kayuhan bermula pada pukul 7.20 pagi....dengan peserta race dilepaskan dahulu....




Tamat kayuhan sejauh 150km.....memang puas...

Mandi air bomba.....panas-panas begini memang cukup menyegarkan....



Menunggu acara lucky draw....macam biasa, tak lucky pun....



Sekalung medal untuk kenangan....




 


Wednesday 22 October 2014

Last Training for MCR - 22 October 2014

Cuti umum perayaan Deepavali digunakan sepenuhnya bagi persiapan terakhir untuk Melaka Century Ride (MCR) pada hujung minggu ini. Laluan yang dicari adalah Bkt. Beruntung-Rawang-Selayang-Ulu Yam-Empangan Batu-Batang Kali-Rasa-Bkt. Beruntung semula. Jarak kayuhan sejauh 84km sahaja dengan seramai 11 orang pengayuh berserta dengan 2 orang marshall bermotor.


Bergambar dulu dihadapan kedai Jiwa Basikal Bkt.Beruntung....

Kayuhan bermula pada pukul 8.20pagi....


Berhenti seketika  di Shell Templer Park.... 

Penerangan dari otai-otai berkaitan keselamatan semasa menunggang basikal di jalan raya yang sibuk kerana terdapat 2 orang newbies yang first time berkayuh....


Jalan Templer Park menuju ke Selayang.....


Sampai di check point seterusnya....kawasan rehat di Empangan Batu...

 
Minum dulu...pekena teh-o panas dulu....


Kawasan berpagar disekeliling tasik Empangan Batu...diberitakan oleh peniaga disini, pagar ini dibina bagi mengelakkan aktiviti jenayah dikawasan ini....rupanya sudah setahun pagar ini dibina...

Sampai di puncak paling tinggi...kawasan ini merupakan tempat "pengemar air bukit" mengambil air untuk disimpan didalam botol untuk dibuat air minuman....

Jauh lagi perjalanan....

Meneruskan semula kayuhan....lepas ini layan downhill pulak...

Semuanya selamat sampai semula di kedai Jiwa Basikal....

Jarak kayuhan sejauh 84km.....



Berjumpa di MCR pada hujung minggu ini....

Monday 13 October 2014

Fraser Hill Easy Ride - 12 October 2014

Kayuhan santai ke puncak Fraser Hill dengan kayuhan bermula di kawasan parking Sg. Chilling. Seramai 7 orang  menyertainya termasuk Khairul Azwa Verve. Cuaca mendung dan berkabus di awal pagi namun hujan renyai-renyai semasa turun dari puncak. Tahun ini merupakan kali pertama berkayuh ke sini, tak diduga sudah hampir penghujung tahun baru berpeluang untuk sampai ke sini. Apa-apa pun setiap tahun pasti berkayuh di sini sambil menikmati udara yang segar serta nyaman...  


PRCC bersama Azwa & family...

Bermula di Sg. Chilling kerana ada rakan yang membawa family untuk berkelah di sini....

Berehat seketika....

Pit Stop....Air Terjun Sungai Semangkok...


Gap Fraser Hill....

8km lagi nak sampai puncak...

Rehat dulu sebelum memulakan kayuhan semula....




Setiap kali sampai ke Fraser....kedai runcit ini pasti menjadi pilihan....

Photo shot.....







Board untuk mereka yang ingin meletakkan logo kumpulan masing-masing....