Wednesday, 8 October 2014

Kayuhan Sup Tulang SBOT Trail + FRIM - 8 October 2014

Kayuhan santai di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong sempena cuti Hari Raya Aidiladha sambil melayan singletrek di SBOT Trail. Hanya berempat kali ini, maklumlah ramai rakan-rakan sudah mula bekerja dan tidak berjumpa pun rider di dalam trek. Hanya terserempak dengan seorang "mat salleh" yang sedang ber"touring" di laluan offroad semasa menuju balik ke Hospital Kusta. Parking di Hospital Kusta pun sesak disebabkan hari bekerja dan terpaksa parking di kawasan lapang berumput di tepi hospital.

Dipermulaan kayuhan, memasuki trail SBOT sambil melayan singleterk teknikal serta climbing dan downhill yang mengujakan. Trail yang berjarak lebih kurang 4km serta drop yang mengasah kemahiran serta keberanian.

Pemandangan yang menarik dari puncak....

Babat-Basri-Mie Cha-Nasir

Climbing terlebih dahulu.....


Layan view dulu sebelum layan singletrek....

Pokok tumbang....menghalang laluan...

Sampai di RnR.....rehat dulu...

Pokok tumbang lagi....

Hentian rehat seterusnya.....RnR Sarsi...

Dinamakan RnR Sarsi disebabkan ada sebatang pokok yang berbau sarsi...

Layan....

Layan downhill serta drop.....

Mie Cha pun layan jugak...

Basri pun sama.... 

Masuk Trail FRIM.....layan Tongkat Ali dulu...

Layan Sentang Trail pulak....

Tasik FRIM...kawasan larangan berbasikal tapi guard bagi kebenaran, mungkin sebab hari bekerja, tak ramai orang berjogging hari ini...

Aromatika Trail....layan...menuju FRIM Center Point...

Makan tengahari...Sup Tulang....memang terbaik....

Licin....nampak sangat lapar....

1 comment: