Tuesday 7 July 2020

Otai Offroad Ride @Bukit Tagar - 5 July 2020

Kayuhan offroad minggu ini bersamai otai-otai SCT menuju ke Bukit Tagar. Sebenarnya sudah lama berhajat untuk berkayuh ke Bukit Tagar disebabkan sudah lama tidak berkayuh di sini, lebih kurang 6 tahun. Bermula di Kedai Ajis, seramai 11 orang pengayuh pada kali ini dengan laluan tarmac menuju ke Rasa sambil melayan "roller-coaster" di waktu pagi. Menyusuri di tepi Sungai Selangor menuju ke Bukit Tagar. Namun laluan tersasar daripada laluan yang dirancang disebabkan terlalu lama tidak berkayuh di sini sehingga lupa yang sebenarnya. Tersesat di dalam ladang kelapa sawit. Nasib baik ada kaki pancing serta pengusaha ladang yang membantu menunjukan laluan keluar.

Tidak pasti bagaimana boleh tersesat dari laluan yang pernah dilalui dengan terpaksa memasuki kolam penternakan ikan keli. Fuuhhh...nasib baik bukan peminat iakn keli, kalau tidak taubat tak mahu makan ikan keli lagi. Dengan keadaan kolam-kolam yang berbau sangat busuk. Tak pasti makanan ikan apa yang diberikan, namun melihat keadaan serta bau di dalam kolam memang sungguh memualkan. Loya anak tekak bila berkayuh di tepi kolam tersebut. Kepada mereka yang suka makan ikan keli, pastikan ikan keli tersebut diternak bukan dari kolam-kolam sekitar Bukit Tagar.

Terdapat laluan yang telah dilitupi dengan semak-samun terutama semasa ingin memasuki laluan trek kelapa sawit di MK Land. Jika dulu laluan ini merupakan laluan favorite semasa awal-awal mengenali dunia MTB. Laluan dari ladang estate SKC menuju ke MK Bunga Raya juga telah ditutup dan dikorek supaya tidak boleh dilalui. Dengan cuaca yang panas serta kekurangan bekalan air menyebabkan ramai yang tersadai setelah sampai di MK Land. Ada yang terpaksa meminta bantuan rescue.

Jambatan besi Rasa....jambatan ini masih kekal utuh walaupun kelihatan agak uzur...dulu laluan ini memang selalu digunakan semasa berkayuh...

Laluan tarmac ber"roller-coaster" menuju ke Rasa.....awal-awal dah letih mendaki di laluan ini...

Suasana masih dingin....awal pagi lagi...

Jambatan besi Rasa....banyak kenangan di sini....


Laluan berpasir serta berlumpur di sepanjang sungai....

Menarik laluan di sini...berkanopi serta landai...kadang-kadang ada jugak sedikit climbing... tapi tak tinggi pun...

Laluan ladang kelapa sawit....di sini baru perasan yang laluan ini tidak pernah dilalui sebelum ini....memang dah sah, tersesat...nasib baik Wak Indon pekerja ladang sawit serta kaki pancing membantu menunjukan jalan...

Bergambar dulu walaupun tengah letih....nasib baik ada Wak Indon yang sudi memberikan air mineral...dapat jugak top up air yang hanya tinggal suku jea...

Berpusing-pusing di dalam ladang sawit sambil mencari jalan keluar....

Ada anak sungai...tapi AWAS, air yang kurang selamat akibat racun perosak yang digunakan di ladang...

Tersesat sehingga ke kolam penternakan ikan keli....fuuhhh..bau jangan cakap...mual tekak...

Kolam dah jadi warna hijau....

Ikan keli melompat-lompat semasa diberikan makanan...tak pasti makanan apa yang diberikan...tapi bau memang kurang menyenangkan...

Rumah pump Sungai Selangor.....

Port kaki pancing...di bawah jambatan PLUS Highway....ramai kaki pancing memancing di sini....air pun deras...

Walaupun air sungai keroh,...tapi banyak ikan...

Laluan berpasir menuju ke MK Land....

PLUS Highway......

Laluan terowong bawah highway....laluan ini boleh menuju ke Prima Beruntung dan Bukit Tagar....

Laluan semak menuju ke ladang sawit MK Land.... tanah telah dikorek oleh pemilik tanah disebabkan tidak mahu sesiapa memasukinya...

Ada dua longkang besar yang telah dikorek....bekerjasama mengangkat basikal serta meredah semak-samun...

Laluan yang telah dikorek antara estate SKC menuju ke MK Land....dulu kawasan ini berkanopi, namun sekarang sudah berubah sama sekali...sudah hilang suasana ladang sawit di kawasan ini...jika dulu, kawasan nie merupakan kawasan rehat sebelum masuk ke MK Land...

Lebih kurang 47Km....rasanya dah lama tak beroffroad sejauh nie....memang terasa letih tapi puas...


Tercapai juga hasrat untuk berkayuh di laluan ini....teringat kenangan semasa berkayuh di sini..namun banyak yang telah berubah dan tidak seperti dulu lagi....