Thursday 30 June 2022

Trip Kuala Mu @Kampung Gepeh Hulu - 25 June 2022

Pos Kuala Mu terletak jauh di kawasan pendalaman dengan dikelilingi oleh hutan dan sungai. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Piah, dan jarak perjalanan lebih kurang satu jam setengah jika datang dari pekan Sungai Siput. Terdapat 4 buah kampung di Kuala Mu iaitu Kampung Bersah, Kampung Toh, Kampung Gepeh dan Kampung Kuala Mu dengan penduduk keseluruhannya lebih kurang 900 orang.

Perkampungan di sini didiami oleh Orang Asli suku Termiar dan kawasan ini mulai dikenali oleh penggunjung luar semenjak tahun 2017. Perkampungan ini terletak di tanah tinggi Banjaran Titiwangsa yang sememangnya menawarkan pemandangan yang indah serta kejernihan air sungai yang mengalir di sepanjang perkampungan ini. Keindahan kawasan ini telah menjadi daya tarikan orang luar untuk datang ke sini bersama keluarga sambil berkhemah atau menginap di chalet-chalet yang disediakan. Chalet disini berbentuk rumah orang asli dan sememangnya akan dapat merasai bagaimana kehidupan penduduk asli di sini.

Tiga chalet yang terdapat di Pos Kuala Mu adalah Chalet Bersah, Chalet Dusun & Chalet Kampung Gepeh Hulu. 

Suasana petang yang mendamaikan di perkampung orang asli...

Suasana malam...ingatkan nak mandi malam ini...tapi celup kaki dalam air pun dah sejuk, inikan nak mandi....memang mengigil jawapanya....tak ada orang yang mandi pun....semuanya di dalam khemah masing-masing...


Kanak-kanak bermain di tebing sungai...

Masak sarapan pagi.....dapur di beranda hadapan pondok....cuaca baik sekali tanpa hujan yang turun...

Atap dari resam dan kayu pokok hutan....memang sempoi chalet ini....

Dinding pokok-pokok kayu....terdapat plug point bagi setiap chalet....boleh kalau nak charge handphone...memang senang ada punca elektrik ini...semua peralatan boleh digunakan...

Masak nasi goreng...ada nugget dan ayam goreng...

Simple jea.....asalkan sedap...perut pun memang dah lapar...

Ramai pengunjung pada minggu ini....padat di setiap ruang...tapak khemah pun penuh...

Di waktu ini,,, sudah ramai pengunjung yang balik....kami pun bersiap-siap mengemas barang untuk bergerak pulang....sebelum balik, kami sempat singgah di Chalet Bersah dan Air Terjun Lata Penyel di Pos Yum...

Tuesday 28 June 2022

Sepetang d'Kuala Mu @gelagat aksi anak-anak Orang Asli - 25 June 2022

Kesempatan di waktu petang digunakan untuk bersiar-siar di sekitar perkampungan Orang Asli Kampung Gepeh Hulu sambil menikmati keindahan sungai serta gelagat anak-anak orang asli yang mandi-manda di sungai. Berhadapan chalet Gepeh Hulu terdapat sebuah lagi chalet iaitu chalet Dusun. Diuruskan oleh penjaga yang lain namun struktur chalet tersebut seakan sama dengan di sini. Hanya yang berbeza dari segi permukaan tanah kerana chalet Dusun dibina di tepi lereng bukit. Untuk naik ke chalet perlu mendaki sedikit.  

Kadar bayaran chalet hampir sama dengan chalet Gepeh Hulu. Tetapi disini tidak disediakan tapak untuk berkhemah, hanya chalet yang perlu disewa. 


Pondok masuk ke chalet Gepeh Hulu....segala urusan chalet serta bayaran parking kenderaan dilakukan di sini...owner chalet, En Johari akan sentiasa berada di sini sambil memantau penggunjung yang tiba...keramahan En. Johari yang sudi membantu apabila memerlukan bantuan...

Kejernihan serta kedinginan air sungai yang mengalir deras cukup dirasai kesegarannya....waktu tengahari pun air sungai disini masih lagi sejuk....menggigil kesejukan terutama di waktu pagi...

Sungai di hadapan chalet Dusun....air disini agak tenang...

Chalet yang terletak dilereng bukit....kena memanjat dulu untuk sampai ke chalet...

Jambatan besi Kampung Gepeh Hulu.....melihat gelagat anak-anak orang asli yang melakukan aksi terjunan dari jambatan ini...



Meriah suasana petang di sini...rata-rata anak orang asli ini tahu berenang....

Pelbagai aksi dipertunjukan untuk tontonan kami di sini....rasa terhibur dengan aksi-aksi mereka...

Sempat juga memberikan jajan yang dibawa untuk anak orang asli....jika ke sini jangan lupa untuk membawa makanan ringan untuk disedekahkan kepada mereka....ini sebagai tanda yang kita ini tetamu yang datang ke tempat mereka....kena hormat mereka sebagai penduduk di sini...jangan buat bising di waktu malam kerana rumah mereka tidak jauh dari kawasan chalet....

Monday 27 June 2022

Family Trip @Kuala Mu, Sungai Siput Perak - 25 June 2022

Percutian hujung minggu bersama keluarga yang tidak dirancang tetapi saat akhir menjadi kenyataan. Pada mulanya, perjalanan ke Kuala Mu secara convoy menaiki motosikal bersama rakan-rakan namun disaat akhir terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, ramai yang menarik diri. Disebabkan chalet sudah ditempah dan bayaran deposit telah dibayar, maka perubahan terpaksa dibuat dan akhirnya perjalanan kali ini bersama family. Bergerak dari Bukit Beruntung ke Post Kuala Mu pada pukul 9.45 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Tersangkut di highway selama lebih kurang 1jam disebabkan lori yang terbalik sebelum exit Bukit Tagar. Tidak berhenti dimana-mana, hanya berhenti untuk bungkus makanan tengahari  di Sungai Siput sebelum menuju ke Kuala Mu. 

Jarak dari pekan Sungai Siput ke Kuala Mu lebih kurang 60km dan mengambil masa lebih kurang 1jam setengah. Keadaan jalan agak baik kerana banyak lubang sudah diturap semula. Pemanduan di 18km yang terakhir menguji kemahiran serta keupayaan kenderaan kerana banyak laluan mendaki serta curam. Kelebaran jalan semakin sempit apabila menghampiri Kuala Mu. Post Kuala Mu merupakan perkampungan Orang Asli yang paling hujung. Sebelum itu akan melepasi Pos Perwor, RPS Legap, Pos Yum & Pos Poi. Hati-hati ketika memandu di sini disebabkan banyak kenderaan bermotor anak-anak orang asli di laluan ini. Faham-faham sahaja lah akan kelajuan mereka memecut di kampung mereka. Tetapi ramai yang melambai tangan semasa berselisih dan mereka nampak mesra dengan orang luar.


First time sampai di Kuala Mu. Sebelum ini hanya membaca dan melihat pengalaman orang lain yang pernah ke sini... ramai yang teruja dengan keindahan serta keasyikan disini...memang cantik pemandangan di sini....aman damai serta sejuk di waktu malam...

Beberapa pos perkampungan orang asli yang perlu dilalui....hati-hati, jangan sampai tersalah masuk simpangan... tersilap masuk simpang, sampai nak menuju ke Pos Poi...nasib baik perasaan tersalah jalan...

Air sungai yang sejuk serta dingin....memang mengigil kalau mandi....disini merupakan pertemuan antara 2 sungai iaitu sungai yang mengalir dari Kelantan dan juga Perak....air cetek namun deras....air jernih disebabkan tidak hujan, jika hujan pasti keroh dan berlumpur....

Lepak tepi sungai sambil menikmati secawan kopi Nescafe....sungguh menyegarkan...

Pondok kami berteduh pada malam ini...hanya berdindingkan buluh serta beratapkan daun rumbia...sebijik macam rumah orang asli....walaupun biasa-biasa tetapi tetap selesa untuk tidur....tapi waktu malam sememangnya sejuk dan mengigil....tidur pakai sleeping bag...kalau tak memang beku jawapnya...


Mandi petang...ramai pengunjung yang berkhemah pada minggu ini....penuh disepanjang sungai...chalet pun semuanya penuh ditempah....di sini merupakan chalet Kampung Gepeh Hilir, manakala diseberang sungai pula ,merupakan chalet Dusun.... disini terdapat 3 chalet yang boleh bermalam iaitu  Chalet Kampung Gepeh Hilir, Chalet Dusun dan Chalet Kampung Bersah. Tetapi Chalet Kampung Bersah nampak lebih cantik serta kemas. Chalet Kampung Bersah merupakan chalet yang pertama dijumpai apabila memasuki Pos Kuala Mu

Jarak sejauh 260km dari Bukit Beruntung menuju ke Pos Kuala Mu. Dengan temph perjalanan lebih kurang 5jam lebih sambil berhenti untuk berehat di Pekan Sungai Siput.

Masa perjalanan menjadi lewat disebabkan kemalangan di exit Bukit Tagar semasa awal perjalanan. Terperangkap selama lebih kurang satu jam.

Monday 6 June 2022

Sanctuary Ikan Kelah @Sungai Chilling - 5 June 2022

Sungai Chilling Sanctuary Ikan Kelah telah dibuka semula kepada orang ramai setelah hampir 3 tahun ditutup atas pelbagai faktor. Sebelum MCO lagi telah ditutup untuk orang ramai atas faktor keselamatan serta memastikan habitat ikan kelah tidak terjejas di sini. Peluang kali ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja setelah lama menunggu untuk mandi-manda di sini bersama keluarga. Kali terakhir ke sini pada tahun 2014, hampir 8 tahun lamanya. 

Memang sudah menduga akan berlaku kesesakan orang ramai yang datang berhujung minggu di sini. Minggu lepas semasa berkayuh ke sini sudah melihat jumlah kenderaan yang banyak di kawasan parking kenderaan. Tetapi hari ini, lagi ramai daripada minggu lepas. Sampai kenderaan diparking dibahu jalan kerana tempat parking kenderaan sudah penuh macam sardin. Semasa sampai di sini, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Bersarapan pagi di pekan KKB dulu sebelum ke sini. Laluan masuk offroad dari pintu gerbang Sungai Chilling ke pintu masuk berpagar kawasan sungai sejauh lebih kurang 200 meter. Baru nak sampai lagi 100m dari pintu masuk, beratus pengunjung sedang beratur menunggu pintu masuk di buka. Bukan main ramai orang yang dah beratur untuk masuk. Tunggu 20 minit baru pintu masuk dibuka tepat jam 9.10 pagi.

Kali pertama bawa family ke sini....laluan ke air terjun sejauh 3km dari pintu masuk...laluan landai menyusuri sungai...mudah dan santai sahaja...tempoh masa lebih kurang 45 minit untuk sampai, namun bergantung kepada aras air sungai serta stamina masing-masing...

Pintu gerbang Sungai Chilling....di sini merupakan kawasan pemeliharaan ikan kelah...sepanjang sungai akan nampak ikan kelah berenang-berenang di permukaan air...namun awas, jangan cuba untuk memancing atau menangkap ikan....denda 10ribu kepada sesiapa yang melanggar arahan...

Laluan masuk sejauh 200m dari pintu gerbang Sungai Chilling....

Santai jea....dah lama tak hiking semenjak MCO tahun lalu...

Alamakkkk....trafic jem....pintu masuk belum lagi dibuka walaupun dekat signboard bagi tahu pukul 8 pagi sudah dibuka...sekarang sudah 8.40 pagi...tunggu jea laaa sampai pagar dibuka....pukul 9.10 pagi baru pintu dibuka....

Pondok tempat register sebelum masuk...sudah tiada bayaran dikenakan kepada penggunjung, jika dulu kalau tidak silap sebanyak RM2 dikenakan... makanan yang berplastik juga tidak dikenakan deposit seperti dulu....jika tidak RM2 akan dikenakan untuk setiap plastik yang dibawa masuk...time keluar nanti, bawa plastik semula dan deposit akan dikembalikan semula... pastikan kelonggaran ini jangan diambil mudah orang semua pengunjung...Jaga Kebersihan Hutan Kita..

6 lintasan sungai perlu diharungi sebelum sampai ke kawasan air terjun....paling tinggi pun air paras dada...sejuk dan segar air di sini...

Titi jambatan gantung....untuk melepasi jambatan ini, perlu melalui pemeriksaan barangan yang dibawa....Jangan bawa peralatan memancing serta menangkap ikan serta dapur memasak....kawasan air terjun tidak dibenarkan untuk memasak serta menghidupkan api...sila bawa makanan yang telah dibungkus serta sudah dimasak....

Sungai yang jernih serta sejuk....

Lintasan ke-2....lintasan ini tidak begitu dalam...hanya pada lintasan ke-5 & 6 yang agak dalam dan deras....yang lain OK jea...

Tali disediakan pada setiap lintasan...jika takut hanyut, berpautlah pada tali yang ada....

Nampak happy dapat main air sungai....air memang sejuk....

Setelah habis kesemua lintasan, baru lah sampai di kawasan air terjun Sungai Chilling....

Sampai juga akhirnya....setelah hampair 1 jam 10 minit berjalan....

Orang masih lagi tak ramai...dapat tempat duduk yang strategik...terus bentang ground sheet...lepak rehat sambil makan bekalan yang dibeli semasa di pekan KKB tadi....

Orang semakin ramai yang datang.....penuh kawasan mandi....berendam kejap jea sebab sejuk sangat....

Bermain dengan ikan kelah....memang banyak sangat ikan di sini....besar-besar ikan di sini.. tapi sayang tak boleh tangkap, boleh tengok jea...

Tiba-tiba cuaca menjadi gelap....tak lama lepas tuu, hujan pun turun....tak berlengah-lengah, terus packing barang untuk balik. Sebab takut kalau hujan lebat, paras air sungai akan naik dan susah nak menyeberangi sungai nanti....orang ramai pun dah mula berkemas untuk bergerak keluar...tak kurang juga ada yang baru sampai...hujan turun tidak lama tetapi tidak mahu mengambil sebarang risiko...

Tepat jam 12 tengahari, pengunjung tidak dibenarkan untuk ke air tejun Sungai Chilling disebabkan faktor masa serta cuaca, maklumlah disebelah petang selalunya hujan akan turun. Jika hujan lebat turun, maka laluan untuk keluar memang akan sukar....itu sebab kawasan ini selalu ditutup terutama jika berlaku musim hujan...pihak jabatan hutan tidak mahu mengambil sebarang risiko...namum pengunjung masih lagi dibenarkan untuk berkelah atau mandi-manda dikawasan masuk Sungai Chilling di mana tandas serta tempat untuk menyalin pakaian disediakan....surau juga terdapat di sini...

Jarak perjalanan sejauh 3km dan memakan masa selama lebih kurang 45 minit untuk sampai di kawasan air terjun....jika hendak datang, pastikan datang awal untuk memudahkan mendapatkan parking kenderaan....lepas berkelah dan jika masih bertenaga bolehlah menuju ke puncak Fraser Hill atau layan pemandangan di sekitar empangan KKB....