Saturday 27 February 2016

Lesen Genting Perez@Peras - 27 February 2016

Sememangnya sudah lama berhajat hendak berkayuh ke Genting Perez walaupun dulu (tahun 2012) pernah menyertai kayuhan Broga Reverse 116 - Broga Reverse 116, namun disaat akhir laluan ini ditutup disebabkan berlakunya tanah runtuh. Bermula di Semenyih, seramai 8 orang pengayuh berkayuh melalui laluan Broga-Jeram Toi-Kuala Klawang-Pekan Jelebu-Genting Perez-Empangan Semenyih-Kawasan Air Terjun Sungai Tekala dan seterusnya ke Semenyih semula.

Kayuhan bermula pada pukul 8.15pagi dan berakhir pada sebelah petangnya. Cukup mencabar kayuhan disini, banyak pendakian dan ditambah pun dengan cuaca yang panas ketika ini, sememangnya menguji mental dan fizikal.

Gambar kenangan...puncak genting sebelum turun ke Empangan Semenyih...

Persimpangan jalan menuju ke Jeram Toi...

Pit Stop....relax tunggu rakan-rakan lain...


Model Qu Puteh...

Wakil PRCC....2 orang jea...

Hamdi...King Of Mountain.....

Persimpangan jalan menuju ke Kuala Kelawang....


Pit Stop....tempat kenangan tahun 2012....

Best climbing.....kalau dulu pakai mtb tapi kini pakai RB pulak....

Puncak bukit sebelum turun ke Kuala Kelawang....

Angin kuat disini....sejuk dan dingin....

Makan tengahari di Pekan Kuala Kelawang....

Peergghh.......climbing tak ingat....tidur dulu...cuaca panas...

Sampai juga di puncak.... 

Berhenti minum di kawasan perkelahan Sungai Tekala.....air dah habis....refill air dulu...lagi 16km nak sampai pekan Semenyih....

Alhamdullilah...semuanya selamat sampai....

Jarak kayuhan...115km....

Lega....dapat habiskan.... 

Puncak paling tinggi....467m...3 kali pendakian di Genting Perez....

Sunday 14 February 2016

Ride @Genting Sempah - 14 February 2016

Kayuhan seterusnya pada minggu nie ke Genting Sempah, Karak. Bermula dari Batu 51/2 Jalan Gombak menuju ke puncak Genting Sempah. Seperti biasa, laluan ini merupakan laluan kegemaran para pengayuh basikal di sekitar Lembah Klang kerana tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang disini walaupun keadaan jalan yang agak sempit terutama di selekoh jalan.

Cuaca pagi ini cukup nyaman terutama semasa sampai di Genting Sempah. Dengan tiupan angin yang sejuk  serta nyaman. Setelah sampai di puncak, terpaksa menunggu Iskandar yang baru memulakan kayuhan dari Hospital Orang Asli disebabkan terlewat pada pagi ini.


Bergambar dulu...diharapkan penggunan kenderaan lain supaya dapat berkongsi jalan raya dengan pengguna basikal yang lain dan penunggang basikal juga harus menghormati undang-undang jalan raya....

Sampai di puncak Genting Sempah.... cuaca berangin dan nyaman...



Rider berhenti rehat di sini....ada yang terus ke Janda Baik dan ada juga yang berpatah balik dan tak ketinggalan juga, ada yang bersarapan pagi di RnR Genting Sempah....





Woow...Highway Karak....tingginya...

Huhuhu...selfie dengan Iskandar dulu sebelum turun....




Puncak paling tinggi...637meter....

Jadi lah....mileage pegi-balik dapat 51km....

Saturday 13 February 2016

Solo Ride....Bukit Beruntung-Sg.Chiling KKB - 13 February 2016

Kayuhan solo dari Bukit Beruntung ke Sungai Chiling, Pertak Kuala Kubu Baru sebagai persediaan Powerman Putrajaya pada bulan hadapan. Kayuhan santai dalam cuaca yang berangin dan redup, namun tak ramai rider pada hari ini yang kelihatan, mungkin masih mode bercuti lagi.


Macam biasa...bergambar di signboard Empangan KKB....tak sah kalau tak bergambar di sini...

Selfie dulu di persimpanagn Kuala Kubu Bahru....



Pakai jersey Mastana hari ini....dah lama tak pakai jersey nie....

Menuju ke Empangan KKB....suasana sunyi dan sekali-sekala baru nampak kelibat rider yang berkayuh....


Air takungan masih di tahap maksimum....alhamdullilah...


Suasana damai yang menyegarkan....

Menghayati keindahan alam ciptaan Allah....


Tenang.....

Kenderaan banyak di bahu jalan di kawasan perkelahan Sungai Chiling....


Membuat pusing u-turn disini....menuju pulang ke Bukit Beruntung semula....

Profile ketinggian untuk kayuhan hari ini....