Wednesday 16 February 2022

Solo Ride @BB-KKB-BB - 12 February 2022

Setelah hampir 3 bulan tidak berkayuh di atas jalanraya, akhirnya minggu nie berkayuh santai dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Baharu jea. Kayuhan santai secara solo sambil menikmati suasana berkabus di pagi hari. Kali terakhir kayuh pun pada tahun lepas ke Janda Baik, tahun ini baru pertama kali kayuh road. Semenjak kena booster ini, terasa malas sangat nak berkayuh sebab terasa cepat letih dan mengah pulak. Takut push lebih sangat jadi lain pulak.

Kayuhan road yang pertama untuk tahun ini...kayuh solo jea sebab takut kena tinggal nanti...lagi pun badan tak berapa fit semenjak kena booster nie...

Port biasa....lepak sini dulu sambil ambil gambar dulu...hari dah semakin panas....kenderaan banyak pulak hari ni...maklumlah hari Sabtu, ramai yang bekerja...

Kuda besi yang masih setia.....hampir 10 tahun sudah bersama... dulu, kini dan selamanya...

Tunggu keretapi tapi tak kunjung tiba....bergerak menuju ke Kuala Kubu Bahru...dan berpatah balik melalui jalan Ampang Pecah...tak ramai terserempak dengan pengayuh pagi ini...hanya berselisih dengan 5 orang pengayuh sahaja...

Nak mintak nyawa kayuh dekat dragon back Rasa nie....berroller-coaster....terasa macam jauh jea jarak kayuhan kali ini....

On the way balik.....climbing panjang yang terakhir sebelum sampai di Widuri....letih climbing nie....walaupun tak pacak tetapi climbing panjang....

Time balik tak banyak kenderaan di sini.....cuaca cerah tapi nasib baik berangin....tak panas terik sangat....

Solo jea laaa....

Jadilah untuk permulaan....dapatlah 56km jea....next time kayuh lagi....


Saturday 5 February 2022

Forest Skywalk @FRIM Kepong - 2 February 2022

Sudah lama sebenarnya merancang untuk berjalan menyusuri Skywalk FRIM Kepong, tetapi disebabkan MCO pada tahun lepas terpaksa menagguhkan hasrat untuk ke sana. Namun minggun ini sempena cuti Tahun Baru Cina berpeluang untuk berjalan di atas lalaun setinggi 141 meter dari aras laut. Forest Skywalk FRIM merupakan laluan kanopi yang kedua dibina di FRIM dan terletak di Taman Botani Kepong (KBG). Laluan tertinggi ialah 141 meter di atas paras laut. Struktur ini diperbuat menggunakan aluminium dengan tiub keluli dan disokong oleh wayar besi. Skywalk ini terdiri daripada 11 menara dan 8 jambatan yang mempunyai ketinggian yang berbeza-beza dari 18m sehinggalah 50m dengan jumlah panjang laluan sejauh 250m. Dari pintu masuk Forest Skywalk, perlu untuk berjalan mendaki sejauh 100m. Pengunjung dibenarkan berada di skywalk selama 30 hingga 40 minit sahaja untuk melengkapkan satu gelung laluan. Jumlah pengunjung yang dibenarkan untuk 1 slot masa adalah seramai lebih kurang 35 orang sahaja. Setiap slot mengambil masa selama 30 minit sahaja. Oleh itu, pengunjung perlu mematuhi masa yang telah ditetapkan semasa membeli tiket. Pembelian tiket hanya secara dalam talian sahaja. Tiada penjualan tiket di kaunter. Oleh itu, perlu merancang bila dan masa yang sesuai untuk ke sini. Digalakan pergi di waktu pagi disebabkan semasa waktu tengahari, keadaan di atas jambatan agak panas disebabkan tiada tempat untuk berteduh, hanya laluan terbuka sahaja.

Jika ingin merasa puncak 50m paling tinggi, boleh mendaki menara yang ada tetapi bayaran tambahan sebanyak RM5 dikenakan. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk memanjat menara 50m dalam satu masa. 

Bergambar di pintu masuk Forest Skywalk FRIM....slot paling awal pada pukul 8.30pagi...kami ambil slot ketiga pada pukul 9.30 pagi....jumlah pengunjung dihadkan semasa di atas jambatan dan sosial distance pun diambil kira semasa musim pendemic ini....

Laluan menuju ke skywalk....dari pintu masuk Taman Botani ke sini mengambil masa lebih kurang 20minit.... ada yang datang untuk berjogging disekeliling tasik dan ada juga yang datang untuk berlari di dalam trail hutan...


Taman Botani Kepong (KBG)...untuk sampai ke sini tidak boleh melalui pintu hadapan utama FRIM...kena melalui jalan belakang di kawasan perumahan. Ini disebabkan center FRIM masih lagi ditutup untuk orang ramai beriadah....hanya kawasan Taman Botani sahaja yang dibenarkan...oleh itu, terus sahaja ke KBG dan jangan masuk ke dalam FRIM....anda akan ditahan di pintu masuk FRIM oleh security nanti...

Kenderaan boleh diparking di dalam Taman Botani atau di kawasan luar disekitar taman perumahan jika ada ruang kosong...Sampai jea terus parking diluar Taman Botani, ingatkan tidak dibenarkan masuk, rupanya boleh dan banyak lagi parking kosong di dalam taman...tetapi bayaran RM5 dikenakan untuk setiap kenderaan...
Untuk masuk ke Taman Botani, dikenakan yuran masuk sebanyak RM1/seorang....bayaran hanya menggunakan Touch N' Go e-Wallet...bila tanya boleh bayar pakai cash tak,,,,jawapannya hanya e-wallet sahaja,,,oleh itu pastikan e-wallet anda sudah ditop-up dengan duit....nasib baik e-wallet ada duit sebab bulan lepas dah start pakai RFID dekat tol.....

Menuju ke pintu masuk skywalk FRIM...

Pembelian tiket secara online sahaja....
boleh beli dekat sini....https://skywalk.frim.gov.my/index.cfm
Dewasa : RM15
Pelajar Sekolah (7-17 tahun) : RM8
Warga Emas : RM10
Ini untuk warganegara sahaja...kalau bukan warganegara lebih mahal...

Tangga berbatu menuju ke skywalk....

Muka ceria diawal pagi.....


Fuuuhhh...nampak tinggi pulak platform jambatan tuu...kita tengok siapa yang gayat nanti...

Start mula menaiki tangga....bergerak menuju ke platform 18m....briefing keselamatan diberikan oleh staff FRIM sebelum naik....sila patuhi arahan yang diberikan....

Woow...seronoknya....ada goyang sikit-sikit platform jambatan nie....tak payah tengok bawah kalau gayat...buat-buat tak tahu jea...

Mendaki lagi untuk ketinggian yang seterusnya....semakin tinggi rasa semakin gayat pulak....terasa bergoyang-goyang pulak platform nie...

Wife sportting....tak gayat katanya...

Berposing sakan....

Laluan platfrom ini berbentuk empat segi....mana tempat naik disitu tempat turun...


Dilarang untuk berlari di atas jambatan....jalan pelan-pelan nanti bergoyang-goyang....

Tower 50m.....tak naik pun...nak naik kena beli ticket....puncak paling tinggi...boleh nampak view KL...


Nampak macam happy jea...tak gayat pun... 

Kadang-kadang kena buat-buat berani jugak....walaupun dalam hati ada goyang....tapi tengok orang lain selamba jea...terus rasa berani...

Lepas layan skywalk, ingatkan nak berjalan dalam kawasan FRIM, tapi masih tidak dibenarkan...kawasan central FRIM ditutup untuk orang ramai....ambil keputusan untuk balik jea, lagi pun hari dah mula panas terik....

Mileage 3km jea.....next time nak lari dalam trail dekat sini pulak....nampak trail kat sini macam menarik jea.... terasa dah lama sangat dah tak masuk FRIM nie, lebih kurang 6 atau 7 tahun....jika dulu selalu jugak berkayuh dekat sini tapi sejak banyak laluan trail yang ditutup untuk pengayuh basikal maka FRIM ini telah dilupakan...

Friday 4 February 2022

Berkelah bersama family @Empangan Lama Cherandong - 1 February 2022

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina digunakan sepenuhnya untuk berkelah bersama keluarga di Empanagn Lama Cherandong di Kuala Kubu Bahru. Empangan lama yang pernah digunakan semasa zaman penjajahan British dahulu namun kini terbiar menjadi tarikan sejarah di kawasan ini. Bergerak masuk ke trail pada pukul 8.30 pagi dengan keadaan tiada satu kenderaan pun yang parking di kawasan luar trail. Terasa hairan juga disebabkan masih tiada lagi penggunjung yang datang pada pagi ini. Disebabkan cuti perayaan, tidak ramai yang datang berkelah serta mandi di sini. Kami merupakan orang pertama yang sampai pada pagi ini di Empangan Cherandong.Keadaan masih lagi sunyi dan sepi. Namun tidak lama selepas itu, datang sekumpulan penggunjung yang telah berkhemah di Faruq Campsite. Rupanya member di tempat kerja lama yang menjadi guide untuk kumpulan tersebut. Tidak sangka dapat bertemu dengannya di sini. Dari mula sampai hingga time nak balik, tak sampai 15 orang yang datang ke sini.   

Bergerak pulang pada pukul 11.30 pagi dan jarak dari waterfall ke tempat parking kenderaan lebih kurang 2km sahaja dan masa yang diambil lebih kurang 45 minit. 

Tak ramai orang kali ini.....jika tidak tempat ini menjadi tumpuan orang ramai...disebabkan cuti Tahun Baru Cina, ramai yang balik kampung atau pergi holiday...

Bersama family kali ini...dia orang nak merasa mandi sungai sambil masak-masak...

Wife dah 2 kali datang ke sini....katanya tak puas kat sini, nanti nak datang lagi...

Sampai di Faruq Waterfall & Campsite Buloh Telor...yuran masuk sebanyak RM2 dikenakan untuk mandi manda di empangan...kutipan ini bagi menjaga kebersihan kawasan empangan dan menyediakan tempat untuk membuang sampah...sememangnya kawasan ini terjaga dan bersih....tong sampah disediakan dan sentiasa dibersihkan... 

Menurut brother Faruq ini....mulai bulan February, permit masuk diperlukan untuk ke empangan oleh pihak Jabatan Hutan Negeri Selangor... kena apply dulu sebelum datang....bila tempat dah terkenal, memang macam nie lah jadinya...kalau dulu tak ada siap yang kisah...sekarang nak kena apply permit pulak, kalau tak ada nanti kena saman.....datang nak happy-happy bersama keluarga tetapi lain jadinya...

Perjalanan dari post Faruq ke empangan Cherandong tak sampai 10 minit....

Cross sungai dulu untuk sampai ke empangan....keadaan masih lagi sunyi...masih tiada orang lagi di sini...

Happy sebab dah sampai....tak jauh pun nak berjalan ke sini....tak sampai sejam dari parking kereta dah sampai ini....kalau bawa family memang sesuai sangat....laluan pun tak ada climbing sangat...menyusuri ladang kelapa sawit sahaja...

Papan tanda "Dilarang Masuk" telah dipasang oleh pihak Jabatan Hutan....

Sampai-sampai jea....terus buka ground sheet dan masak nugget dengan nasi goreng....perut terasa lapar laa pulak....sebelum mandi, kita makan dulu... 

Masak air panas....nak buat kopi....kali ini pakai 3-in-1 jea....senang sikit...sebab malas nak bawak banyak barang-barang...

Santai jea....wife sibuk masak nugget....tak mandi katanya sebab air dia sejuk sangat....memang sejuk air dekat sini....waktu tengahari pun sejuk, inikan pagi lagi....memang mengigil rasanya...


Deruan air terjun di empangan ini memang mengasyikan....tak berani nak panjat sampai tingkat atas sebab curam sangat....tempat pijak pun tak besar....cukup-cukup untuk kaki jea....batu tak berapa licin dan kurang berlumut....tapi lebih baik berhati-hati, jangan panjat empangan ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini....

Terserempak dengan kawan tempat kerja lama....sekarang ini buat full time outdoor activity....bawa group Issey (pelakon & pelawak serta penyampai radio) bermalam di sini...

Anak bujang mandi sakan......macam tak pernah jumpa sungai....dah mandi tak nak balik pulak...

Deras air yang turun dari empangan ini...

Posing dulu sebelum balik....bila nak balik baru ada penggunjung lain yang tiba....

Permandangan dari atas empangan....

Kawasan bersih dan terjaga....tong sampah pun ada disediakan,,,,jangan buang sampah di merata-rata...lagi elok bawa sendiri keluar sampah tuuu....pandai bawa masuk dalam trek dan panadi jugak bawak keluar sampah tuu...

Laluan pergi-balik dan pusing-pusing disekitar campsite, dapatlah mileage 8km....pergi dan balik lebih kurang 4km jea.....

Laluan memang santai jea.....menyusuri sungai semasa berjalan masuk....boleh tengok kederasan air di sungai ini...kalau bernasib baik, boleh tengok orang water rafting dekat sini....sungai ini memang sesuai untuk sukan air extreme sebab terdapat jeram yang deras serta sungai yang lebar....next time nak plan water rafting dekat sini pulak...